1 - Reality

196 16 0
                                    

Still with you 💜___________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Still with you 💜
___________________________________

Siling bilik itu aku pandang lama. Mengenangkan nasibku yang malang ini. Nak tahu kenapa malang? Malang kerana tidak dapat membeli album BTS keluaran terbaru. Dengan penuh rasa kesal, aku bangun menuju ke dapur untuk memujuk ibuku.

" Ibu, sekali je lagi nak beli album BTS yang baru tu." Pujukku sambil memuncungkan bibirku yang comel ini dengan harapan ibu akan termakan dengan pujuk rayuku ini.

" Takde takde, baik ibu beli baju kelawar ibu, lagi bagus. Angah baru saja beli album sebulan lepas kan? Takkan lah nak beli lagi. Cuba berjimat cermat sikit." Bebel Puan Shu.

" Tapi ibu, ni edisi baru. Yang Angah beli bulan lepas tu edisi bulan lepas. Ni edisi bulan ni ibuu." Pujukku lagi

" My answer is no. Go to your room. Study. Apa ingat dah lepas pt3 tak payah study ke? Sedor sikit diri mung tu nak SPM tahun depan."

Ah sudah bebel lagi. Saya undur diri dahulu.

___________________________________

~ Jeon Jungkook ~

Jam di dinding aku pandang lama. Tanpa membuang masa bergegas aku berlari turun dari katil menuju ke ruangtamu. Kurang asam betul hyung-hyung aku ni tak kejut aku. Sudah lah hari ini aku perlu dengar kemana destinasi world tour aku seterusnya.

" Yah Jin hyung, kenapa tak ke— annyeong pdnim. Mianhae lambat." kataku sambil menunduk hormat dihadapan Pdnim.

Bukannya tak kenal Pdnim ni. Seorang saja lambat, memang habis semua dapat bebelan dia. Katanya tidur awal lah, jangan main game tengah malam lah itu lah ini lah. Eh dah macam bapak aku pula dia ni.

" Ha, buat apa malam tadi?! Saya dah cakap sharp pukul 8 mesti ada di ruangtamu menunggu saya bukan saya yang kena tunggu kamu! " tengking pdnim sampai tersembur air liur dekat muka handsome aku ni

" Mianhae. Salah saya, hukum saya sahaja."balasku pendek

" Aish. Harini saya lepaskan awak memandangkan saya punya jadual pack. Tapi lain kali jangan harap ye."

Syukur ya Tuhan. Thank you schedule for saving me.

Bergegas aku merebahkan punggungku disebelah Taehyung dan Namjoon manakala Hoseok, Yoongi, Seokjin dan Jimin hyung didepanku

" Baiklah, mari kita sambung. Minggu depan kamu semua akan berangkat ke Malaysia untuk mempromosikan keluaran produk Cowag disana. Kamu akan menetap disana selama seminggu. Itu sahaja untuk hari ini, sila pack barang awal awal. Jangan jadi macam bulan lepas. Ada yang tak bawa boxer la itu la ini lah. Faham?! "

"Faham!" Jerit kami serentak

Alah pdnim ni, marah aku sebab bangun lambat last last tu je nak bagitau. Tampor satgi. Eh takde lah saya sayang pdnim hihi.

Jap, kenapa ye aku rasa excited nak ke Malaysia? Nak jumpa jodoh ke? Eh merepek apa ni. Mungkin kerana sudah sekian lama aku tidak jejakkan kaki disana.

__________________________________

~ Afrina Alysha ~

"Af! Af! Woi pekak badak betul perempuan ni geramnya aku." jerit salah seorang sahabatku. Siapa lagi kalau bukan Eliana. Siapa sahaja tak kenal dia, suara paling kuat. Bukan kuat menyanyi atau kuat membawang, tapi paling kuat memanggil aku setiap pagi didepan pagar sampai semua pun dah terbiasa dengan tabiat dia.

" Oi setan, kau diam sikit boleh tak? Pagi-pagi dah memekak minah ni aduh pekak telinga aku. Nak apa jerit jerit nama aku yang sedap ni? Nak penumbuk? " balasku dengan penuh rasa geram dan malu. Walaupun setiap hari aku hadap benda sama tapi malu tu Tuhan saja yang tahu. Mujurlah kawan kalau tak dah
lama aku swing kepala minah ni

" Hehe Af ku sayang, kau tak dengar cerita ke? Takkan Afrina si Army ni takde tahu apa apa?

Ye. Aku seorang Army. Kalau dah Army semestinya lah Group Idolaku bernama BTS. Bukan Bandar Tasik Selatan ye tapi Bangtan Sonyeondan.

Mujurlah rakan-rakan aku ni memahami dan menghormati minat aku. Biasalah, kalau tidak ada sahaja yang nak menghina minat kita, kutuk bagai sedangkan dia sendiri muka macam atap.

Oh, ter face shaming 🙊

" Berita?! Berita apa?! Pasal BTS ke?! EH APA APA BAGITAU AKU SEKARANG! " jeritku sambil menarik narik tangan El

" Nampak. Dengar je BTS kau pula jadi setan." balas Eliana sarkastik. Aku terus menjelingnya dah teruskan perjalananku ke kelas.

"Okay okay. Kau takkan tak tahu next week BTS datang Malaysia? Serious kau tak tahu? Aku rasa kau tak tahu sebab kalau kau tahu. Confirm harini kau senyum macam orang gila."

" KAU JANGAN MAIN MAIN EL. BETUL KE DIORANG DATANG MALAYSIA? " jeritku semula apabila mendengar berita gempar ni.

Gila kau BTS datang Malaysia kot. OMG !!!

" Iya! Aku baru baca pagi tadi. Terkejut beruk aku. Nak call kau tapi tulah kredit habis hehehe. Jap! Takkan kau tak tahu? Mak kau kan agent Cowag tu? Diorang datang sebab nak lancarkan Cowag tu lah"

"OMGG MY HUSBAND JEON JUNGKOOK WE WILL MEET EACH OTHER I'M PROMISE YOU DARLING" jeritku lagi. Semua yang berada dikoridor itu memandangku dengan pandangan jijik. Eh kisah apa aku, suami aku nak datang Malaysia kot!

"Ah sudah mati aku. Menyesal aku bagitau kau sekarang. Dah bukan kan realiti dah kau ni, memang sah dah berhalu ni. Aku nak lari dulu, kembalilah kamu ke realiti kehidupan wahai Afrina Alysha" Kata Eliana lalu laju sahaja dia membuka langkah ingin memasuki kelasnya.

Oh iya, aku ni budak pandai. Kelas pun mestilah kelas pandai. El tu bengap sikit sebab tu dia kelas belakang hihi.

Jap, dari tadi aku meroyan dengan El saja. Mana lagi 3 ekor sahabat aku? Takkan tak datang lagi.

"Woi Jeon Afrina! Aku tahu confirm kau dah tahu berita tu kan sebab tu dah macam orang tak siuman sengih sorang sorang tu" jerit Wana. Aina dan Naja mengangguk tanda setuju dengan katakan Wana

Syazwana atau panggilan manja nya Wana. Sahabatku yang kedua. Dia ni ganas sikit. Bengap jangan cakap sama level dengan El sebabtu diorang classmate.

Naja dan Aina juga sahabatku. Dorang ni pandai. Sama lah macam aku. Ha mereka ni classmate aku. Sebabtu aku kata level mereka sampai macam aku. Tapi tu dari segi pelajaran lah, kalau dari segi kesetanan, semestinya lah aku yang paling baik.

" Kau waras lagi kan?! "
__________________________________

don't forget to vote and comments tau! thankyouuu. borahaeee 💜

[C] No Touchy Please! || JJKWhere stories live. Discover now