8 -Trust Me

104 11 1
                                    

 Trust me, honey

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Trust me, honey. ❣️
__________________________________

"Saya dah jatuh cinta dengan dia." Balas Jungkook serentak membuatkan semua yang berada disitu tergamam.

" Jungkook, awak jangan main-main ye. " Balas Syazryn. Mana tak terkejutnya, kpop idol Korea datang Malaysia nak lamar anak sedara dia lepastu cakap dah jatuh cinta? Biar betul wo.

" Saya takkan main-main dengan benda yang boleh melibatkan hidup saya." Ujar Jungkook dengan memaparkan riak wajah serious. Nampaknya dia betul betul serious!

" Auntie bukan apa ye Jungkook. Tapi kalau auntie setuju sekali pun, Afrina belum tentu setuju. Walaupun Jungkook ni memang lelaki idaman yang hari hari dia puji depan auntie. Lelaki yang ada dalam poster yang berlambak dalam bilik dia tu. Tapi dalam situasi ni, dengan Tuan Z pun dia menggigil tahu?" Ujar Puan Shu panjang. Bukan apa, apa kata Jungkook tadi betul-betul mengejutkan dia.

" Takpe! Biar Az pujuk Angah!" Jerit Azlina riang dari tangga budak. Dari tadi dia duduk di tangga saja memandangkan ruang tamu sudah penuh dengan bodyguard bodyguard Bangtan Boys.

" Az pergi panggil Angah turun dulu. Okay? Kalau lebih dari 5 minit tak turun, nanti acu naik." Balas acu Syazryn. Sebenarnya dia nak suruh Azlina tu naik dulu. Sibuk saja nak dengar perbualan orang dewasa.

" Baik acu ! " Laju saja Azlina berlari untuk naik keatas menuju kebilik kakak keduanya itu.

" Okay, saya sebagai acu yang rapat dan selalu mendengar bebelan Af dan pujian Af terhadap awak.

Saya setuju. "

Terkejut beruk Puan Shu dan Tuan Z. Mana tidaknya, mereka kenal perangai Syazryn itu. Dia bukan senang senang mempercayai orang. Tapi Jungkook, si mamat Korea itu dia percaya?"

" Ryn? Ryn sedarkan? " Kata Puan Shu sambil melambai lambai tangannya ke muka Syazryn.

" Ye akak, Ryn sedar. Ryn percaya Jungkook boleh jaga Afrina. Dia lelaki yang baik. " Balas Syazryn.

Puan Shu dan Tuan Z memandang antara satu sama lain. Dan tiba tiba mereka tersenyum. Lalu Tuan Z bersuara.

" Baiklah, Uncle percaya kamu. Kamu boleh jaga anak uncle dengan baik bukan? Tapi, selebihnya uncle serahkan pada Af sendiri. Ini hidup dia, uncle taknak paksa dia. Kita tunggu sahaja jawapan dia. Boleh?"

" Auntie?" Tanya Jungkook. Sungguh dia gembira mendengar jawapan restu daripada Bakal bapa mertua dan bakal maksu nya itu.

[C] No Touchy Please! || JJKWhere stories live. Discover now