4 - Lucky

99 12 3
                                    

Maybe we are meant to be together? 🖤__________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maybe we are meant to be together? 🖤
__________________________________

Hari yang ditunggu sudah tiba. Hari ini hari dimana aku bakal berjumpa dengan suami suamiku. Yang paling aku tak sabar nak jumpa siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.

Berita yang ibu beritahu semalam membuatkan senyuman ku melebar.

" Angah! Oh angah! Turun cepat. Ada benda ibu nak bagitahu ni."

" Iya ibu! Angah baru habis solat maghrib ni. Kenapa? BTS ada depan rumah ke?" Jawabku semasa dalam perjalanan menuruni tangga rumahku.

"Berangan jelah. Ni ha, esok free kan? Angah kena ikut ibu. Adik adik ibu akan hantar rumah nenek." Tanya ibu.

" Free je ibu, tapi nak pergi mana? Malas lah ibu. Nak tidur la esok" Balasku lalu mengapai kerepek pisang yang berada di atas meja kopi dihadapanku.

" Aik. Kata nak jumpa Jengkuk Jongkok apa Kook tu? Taknak pulak?"

Terbuntang luas biji mataku mendengar jawapan ibu. Ibu nak bawa aku pergi mesyuarat tu?

" B-betul ke ni ibu? Jangan main main ibu. Berdosa tahu main perasaan orang." Balasku dengan riak wajah yang tidak terkawal.

" Taknak ikut sud- "

"NAK! BYE NAK GOSOK BAJU "

Tanpa membuang masa laju saja aku berlari menuju ke bilikku untuk menyiapkan pakaian untuk hari esok. Jeon Jungkook, kau tunggu aku datang!

" Okay so nak pakai purple or cream? Ah pink lah. Ni favourite baju kurung aku. Hihi." Bebelku seorang diri sambil mendengar lagu Still With You nyanyian suami anganku Jeon Jungkook.

" AFRINA ALYSHA CEPAT SIKIT IBU NAK GERAK SEKARANG NI! " Jerit ibu dibawah membuatkan aku tergesa gesa berlari untuk menurun kebawah.

"Ibuuuu, cantik tak?" Tanyaku pada ibu.

Hari ni aku memakai baju kurung berwarna pink dan tudung bawal dililitkan di leher.

Hari ni aku memakai baju kurung berwarna pink dan tudung bawal dililitkan di leher

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] No Touchy Please! || JJKWhere stories live. Discover now