12 - World Tour

97 13 0
                                    

Trust me, i will always in your heart

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Trust me, i will always in your heart. 💗
_________________________________

Sebulan berlalu, selepas kejadian yang agak 'tidak mengembirakan' itu. Hubungan Jungkook dah aku bertambah erat. Kami juga sudah berjanji untuk tidak berahsia antara satu sama lain.

Setiap hari selepas aku pulang ke sekolah, mesti akan ada sahaja cerita yang aku akan beritahu dia. Dia pun melayan sahaja kerenah manjaku ini. Kalau dulu aku selalu bercerita dengan abah kerana abah yang akan mengambilku pulang dari sekolah. Kini aku bercerita dengan suami pula. 🙈

Selepas kejadian itu pun, semakin popular aku di sekolah. Biasa lah pelajar-pelajar perempuan. Cemburu denganku. Kata mereka hidupku terlalu istimewa kerana dapat dipanggil sayang oleh ' Lelaki Misteri ' yang hot itu.

Ada juga yang berkata, " Woah, curang dengan Jungkook BTS ke?" Eh kalau aku ketuk kepala tu tak pasal-pasal biul. Sebok sahaja. Mana ada curang okie, dah kalau Jungkook la imam aku sekarang, werk.

Tapi perkhawinan kami masih belum diketahui siapa-siapa kecuali rakan karib dan keluarga rapatku sahaja.

Hari ini hari cuti, jadi aku bercadang untuk mengemas bilik tidurku. Nak dekor macam bilik orang dah kahwin pula lah hihihi.

Kini aku berada di hadapan poster-poster dibilikku yang dipenuhi dengan gambar 'JungkookBTS'.

" Sayang buat apa tu?" Sergah seseorang mengejutkan ku.

" Saya tengah fikir ni. Nak cabut atau tak poster-poster ni." Balasku tanpa memandangnya yang berada dibelakangku.

" Kenapa nak cabut? Sayang dah tak minat saya ke?" Tanya Jungkook dengan nada yang kendur.

Alolo suami siapa comel sangat ni?!

" Ish tak la. Dulu saya selalu tampal poster banyak-banyak sebab saya rasa awak ada dekat dengan saya bila saya lihat awak. Sekarang dah ada depan mata, buat apa tengok poster lagi? " Jawabku dengan nada yang sedikit jerit kerana Jungkook tiba-tiba memeluk pinggangku dari belakang.

" Alolo sayang saya ni. Tapi saya rasa, tak perlu lah cabut. Nanti kalau awak rindu saya, awak boleh tatap gambar saya dekat poster ni. Ha kalau awak tatap gambar saya dekat poster ni, percaya la saya dekat sangat dengan awak."

Mendengar dia berkata begitu, aku terus pusing menghadap Jungkook sambil memegang tangannya.

" Kenapa awak cakap macamtu. A-awak nak tinggalkan saya ke?!" Tanyaku dengan nada agak sedih.

" Eh takde lah sayang. "

" Habis kenapa awak cakap macam itu?"

Dia memandangku lama dengan muka yang sedih dengan mata pupilnya.

" Saya kena balik Korea sayang."

" B-balik Korea? Kenapa? "

" Saya kena pergi Worldtour. Mungkin dalam sebulan dua."

[C] No Touchy Please! || JJKWhere stories live. Discover now