6 - T is for Trauma

93 12 5
                                    

I love you? ~♥️~ __________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I love you? ~♥️~
__________________________________

Terkejut. Terkejut atas apa yang baru aku dengar. Terkejut juga atas apa yang aku lihat sebentar tadi. Kecewa kerana tidak dapat melindungi dia.

Tapi, kenapa aku berasa kecewa? Dia bukannya tanggungjawab aku. Kami tiada apa apa ikatan. Kenal pun hanya kenal atas nama.

Budak lelaki yang bernama Aniq itu berjaya diberkas polis. Rupa-rupanya sudah lama dia melakukan perkara terkutuk itu. Sudah ramai gadis yang menjadi mangsanya. Di ikutkan, hanya Afrina seorang sahaja mangsa yang terlepas

Sekarang, ibu bapa Afrina berada di hospital sedang menunggu gadis kecil itu sedar dari pengsannya untuk mendengar kisah sebenar. Tapi, apa yang kami lihat di CCTV sebentar tadi, kami boleh agak apa yang berlaku antara dia dan lelaki itu.

Aku dan ahli Bangtan yang lain masih berada disini. Kami juga terlibat dalam siasatan ini sebagai saksi. Tetapi jangan risau, kami hanya akan menjadi saksi dan tidak melibatkan kerjaya kami dan berita ini takkan sampai ke tanah air kami.

" Hyung, aku taktahu kenapa dan macam mana nak gambarkan perasaan aku. Tapi, aku kecewa sebab tak dapat lindungi dia hyung. " Kataku pada hyungku, SeokJin.

" Kook, kau dah jatuh cinta kook. "
_____________________________________
~ Afrina Alysha ~

Selepas membetulkan tudung supaya nampak lebih kemas dan cantik, aku terus keluar ingin menuju semula ke bilik mesyuarat tadi.

" Like an echo in th- AAA " tiba tiba tanganku ditarik kasar oleh seseorang.

" Shh. Diamlah sikit sayang, nanti orang dengar" Kata lelaki yang menarik tanganku itu.

" Eh awak ni sia- ANIQ ?! "

"Kan aku kata senyap sikit"

" Eh awak nak apa ha tarik tarik saya?! Awak nak apa dengan saya?! Saya kena pergi sekarang, by- " Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, tudung bawalku ditarik kasar olehnya hingga terjatuh di lantai.

" Hei! Tudung saya! Rambut saya! Jangan tengok ni aurat saya! Awak ni kenapa?! Yah jangan pijak tudung saya!" Lawanku. Suka hati dia aje pijak tudung bawal orang. Sudah lah mahal !

" Hey perempuan, kenapa kau jual mahal sangat dengan aku ni?! Aku pandang je kau dalam bilik tu tapi kau langsung tak balas pandangan aku. Sejak dekat sekolah lagi tahu? Kau pandang aku pun tak. Tapi ni yang buat aku makin suka ni hahahahah " Katanya lalu menarik getah rambutku hingga rambutku terjuntai.

" Hey, awak ni psycho ke? Awak nak buat apa ni? Lepaskan saya! " Jeritku.

" Aku nak ratah kau lah. Perempuan mahal macamni bertutup litup bagai lagi buat aku craving. Selama ni aku selalu ratah perempuan yang dah memang terdedah. Entah entah itu pun bekas orang, tapi aku tetap enjoy. Apatah lagi kau ni, confirm fresh! "

" Tolo- " belum sempat aku menghabiskan jeritanku, lelaki tak guna itu sudah mencengkam mulutku.

" Kau tak payah lah nak menjerit jerit bagai. Tiada siapa akan dengar. Hahahahaha "

Air mataku sudah mengalir deras. Ya Allah tolong selamatkan aku dari lelaki durjana ini. Tolong aku ya Allah !

Dia menolak kasar badanku hingga aku jatuh ke lantai. Lalu dia mencengkam bahuku dan mengoyakkan bahagian bahu bajuku.

Aku sudah menolak diri dia agar jauh dariku. Tetapi, aku terlalu lemah dan dia masih lagi ada di hadapan aku.

Dia menjilat bibirnya lalu menarik kasar kain kurungku. Kain kurungku terkoyak hingga paras betisku.

" Fuh, flawless teruk betis kau ni. Betul betul goncangkan nafsu aku ni hahaha " Katanya sambil tertawa sinis.

Dengan menggunakan sepenuh tenagaku, aku menolak dirinya jatuh lalu mencapai pasu bunga ditepi dan membaling ke arahnya.

Tidak ambil tahu apa yang berlaku kepadanya, aku terus mengambil langkah keluar dari bilik yang terletak hujung dari semua bilik mesyuarat lain.

Dengan langkah yang longlai, aku berlari lemah menuju ke tempat yang selamat. Dengan pakaian ku yang terdedah tidak lagi dihiraukan. Aku hanya ingin menyelamatkan diri dari lelaki durjana itu!

Terus saja aku merempuh masuk bilik mesyuarat tadi. Kelihatan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu memandang aku dengan pandangan yang amat terkejut, termasuk Bangtan.

Aku terus saja mendakap badan Alia apabila melihat kelibatnya. Dan lama kelamaan, kelopak mataku mula tertutup dan semua pandanganku menjadi gelap.

" I-ibu!! "
_____________________________________
~ Jeon Jungkook ~

Selepas menerima panggilan dari orang tua Afrina sebentar tadi, kami semua sudah dibenarkan pulang ke hotel.

Kata mereka, Afrina sudah menyedarkan diri. Tetapi masih tidak stabil. Trauma nya semakin teruk.

Ingin saja aku meminta izin ingin pergi melawatnya. Tetapi aku perlu ingat siapa aku dan aku ini ada lah seorang idol yang terkenal.

Sampai sahaja di hotel, aku terus merebahkan diriku di atas katil bersaiz queen itu. Lalu fikiranku mula melayang ke si dia.

" Kook, aku mandi dulu eh? Ke kau nak mandi dulu? Aku ni kau tahu tahu jelah kalau mandi mungkin esok baru kau dapat mandi." Tanya Jin hyung. Tapi apakan daya, pertanyaannya tidak berjaya menghapuskan lamunanku.

" Jimin, golden maknae kesayangan kau ni teringatkan siapa ni? Aku tanya pun tak dijawab ni?" Tanya Jin kepada Jimin yang sedang ralit mencari sesuatu didalam beg luggage nya.

" Entahlah hyung. Dilamun cinta gamaknya." Balas Jimin yang masih fokus menyelongkar luggage nya itu.

" Tapi kan, aku still lagi tak boleh brain dengan budak tadi. Kalau ye pun nak buat benda tak baik kat Af tu, cari la tempat yang sesuai. Ni dekat situ juga, sangap sangat gamaknya. " Omel Jin.

" Sebabkan kebodohan dia lah budak Af tu dapat selamatkan diri. Cuba kalau dia nak buat niat jahat dia tu kat tempat lain, apa agaknya nasib Afrina sekarang " Celah Namjoon tiba tiba.

" Biasanya kalau trauma ni, berapa lama dia akan hilang?" Tanyaku kepada hyung hyung ku setelah sekian lama mendiamkan diri.

" Setahu aku lah, biasanya kalau trauma trauma ni dia kena ada seseorang yang jaga dia supaya dia boleh hilangkan trauma dia. Tapi tu setahu aku lah, tak pasti betul ke tak. " Balas Namjoon sambil menyumbatkan kepingan roti di dalam mulutnya.

" Kalau trauma Af tak dapat dipulihkan. Aku sedia bantu dia. " Kataku dengan memaparkan riak serius.

" Wait, maksud k-kook? Tanya semua hyungku serentak.

" Kook bersedia untuk mengawini di- " Belum sempat aku menghabiskan kata kataku, Jimin terlebih dahulu memotong.

" Taehyung, aku nak pinjam boxer kau malam ni,boleh? "
_____________________________________

[C] No Touchy Please! || JJKWhere stories live. Discover now