If it's ten thousand hours or the rest of my life...
I'm gonna love you 💕🔗
____________________________________Sebulan telah berlalu, kami menjalani kehidupan seperti sedia kala. Alhamdulilah, tiada benda buruk yang berlaku. Trauma Afrina pun makin lama semakin pulih. Syukur Alhamdulilah.
Aku pun dah sebati dengan kehidupan di negara isteriku ini. Tak kira cuaca, masa dan sebagainya. Rindu juga pada keluarga dan hyung hyungku, jadi kami hanya video call sahaja. Maklumlah aku dah berbini hihi.
Setiap malam juga aku selalu berinteraksi bersama Army, bersama Afrina menemani. Mujur dia faham suami tercinta dia ni seorang idol. Kena la selalu berinteraksi dengan Army, kesian mereka merindui aku. Nanti tidak berinteraksi lama mereka syak aku dah berbini pula. Walaupun sebenarnya benda itu benar.
Minggu depan merupakan hari ulang tahun kelahiran isteri kecilku itu. Bersamaan dengan cuti sekolah bermula juga. Aku bercadang ingin membawanya bercuti tetapi memandangkan kami baru pulang dari Korea bulan lepas, aku bercadang mahu membawanya bercuti bulan depan.
Lagi Euphoria telah pun siap untuk didengar. Tetapi aku belum me-release nya lagi. Pada hari kelahiran Afrina, tepat hari itu juga aku akan mengeluarkan lagu itu. HYBE company juga telah setuju. Tunggu masa sahaja. Tidak sabar rasanya.
Tetapi dua tiga harini aku agak kurang sihat, muntah muntah dan pening. Tak kira siang atau malam. Tapi yang lebih teruk bila tiba waktu pagi. Penat dia Tuhan sahaja yang tahu. Kehulur kehilir ke tandas. Mujur ada Afrina, bila bersama dia automatik semua rasa loya dan peningky hilang. Pelik juga.
Hendak ke klinik tetapi risiko tinggi. Abah pun tidak panggil doktor peribadinya kerana atas pemintaan aku. Aku tidak mahu mengambil risiko. Bahaya jika ada yang mengenaliku. Moga-moga kesihatanku kembali pulih seperti sedia kala sebelum hari penting tiba. Yang itu hari kelahiran Afrina.
_________________________________
~ Afrina Alysha ~Hari yang paling bermakna buat aku telah pun tiba. Hari dimana aku dilahirkan didunia ini. Aku dimana aku ditentukan nama, jalan kehidupan, jodoh dan sebagainya.
Setiap tahun, keluarga akan sentiasa menyambut hari kelahiranku. Kadang kala mereka membuat kejutan dan sebagainya.
Tetapi tahun ini berbeza, kerana aku mempunyai suami disisi untuk menyambut bersama. Apa yang lagi gembira, suamiku itulah orang yang selalu aku impikan untuk bersama disisi setiap kali ulang tahun kelahiranku. Alhamdulilah Tuhan makbulkan doaku.
Kalau dulu aku menyambut ulang tahun kelahiranku bersama Jungkook didalam poster dan photocard, kini tidak lagi.
Walaupun hari ini ialah hari ulang tahun kelahiranku, tetapi aku sendiri yang mempunyai 'hadiah' untuk diberikan kepada suami tercintaku. Tidak sabar ingin melihat reaksi dia. Aku harap dia gembira seperti aku.
YOU ARE READING
[C] No Touchy Please! || JJK
RomanceAs long as i'm with you, i'll be okay honey. ❤️