Can't believe you're mine now 🔮💜
__________________________________Malam yang penuh dengan kesunyian. Aku dan Jungkook kini berada di satu bilik yang sama.
Hanya. Kami. Berdua.
Kekok, malu dan segala jenis perasaan muncul.
Hanya kedengaran bunyi penyaman udara sahaja. Dua-dua malu ingin memulakan perbualan.
" Awak nak apa-apa sebelum tidur? Saya boleh tolong ambilkan atau buatkan." Kata Jungkook memecahkan kesunyian antara kami berdua.
Aww sweetnya suami aku ni, dia pula yang tanya aku perlukan apa apa ke sedangkan aku ni isteri.
Oh ya, kami sudah melangsungkan perkahwinan kami siang tadi. Kecil-kecilan sahaja dirumah keluargaku. Risau besar-besar nanti ada wartawan datang pula. Hanya teman rapat sahaja hadir. Keluarga besarku juga tidak tahu hal ini. Hanya Keluargaku, keluarga maksuku, keluarga maklongku dan nenekku sahaja.
5 orang sahabat aku juga turut hadir. Mana mungkin aku mampu rahsiakan benda ni daripada mereka. Mula-mula terkejut beruk juga mereka, tapi lama-kelamaan mereka mula faham.
Yang mereka tidak sangka, Manusia yang selalu menjadi pujaan hatiku itu yang menjadi suamiku.
Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.
Termakbul semua kata-kataku selama ini. Malu!
Tidak lupa juga keenam-enam ahli Bangtan yang lain. Mereka juga pasti turut ada menyaksikan golden maknae mereka melangsungkan perkahwinan. Pertama kali ni ahli mereka berkahwin.
Betul sangkaan mereka, Jungkook la orang pertama yang bakal berkahwin dalam ketujuh-tujuh ahli bangtan.
" Erm, takde apa-apa. Saya rasa saya mahu tidur sekarang. Goodnight." Kataku lalu terus sahaja menarik selimut menutupi seluruh badanku.
" Okay sayang. Goodnight." Balas Jungkook ringkas malah cukup buat jantungku berdebar. Malah tanpa sedar, bibirku menguntumkan senyuman.
Keadaan kembali menjadi sunyi seperti tadi. Aku tak dapat melelapkan mataku. Rasa berdebar dan malu menyelubungi diri.
Bias kita panggil kita sayang guys. 🙈
Jap, bukan bias. Tapi suami. Hihi
Tiba-tiba aku dapat rasa sesuatu yang berat berada diatas pinggangku.
Aku berpaling, rupa-rupanya lengan sasa Jeon Jungkook mengelingi pinggangku sambil kepalanya disembamkan dibantal miliknya.
" AAA JANGAN SENTUH! " jeritku cukup membuatkan kesemua penghuni rumah itu dengar.
" Sayang kenapa ni? Mimpi ye?" Soal Jungkook lembut dengan menunjukkan riak wajah risau.
" T-tak" Balasku pendek sambil mengelengkan kepala dan memeluk tubuh lalu aku terus berlari keluar dari bilik tidurku menuju ke ruang tamu kediaman keluargaku itu.
YOU ARE READING
[C] No Touchy Please! || JJK
Storie d'amoreAs long as i'm with you, i'll be okay honey. ❤️