Too

4.3K 365 17
                                    

Amir bagai nak gila bila terima panggilan daripada Harraz yang mengatakan Hanna sedang tunggu dirinya di kafeteria. Tidak cukup tanah Amir berlari.

Sampai di kafeteria kelihatan Hanna sedang duduk bersama dengan Harraz di meja di kawasan yang agak terceruk. Apa yang membuatkan Amir tersenyum lebar adalah Hanna pakai sweather Amir berwarna biru cair dan dizip sehingga ke separas dada. Lengan baju itu dilipas sedikit sehingga separas dengan pergelangan tangannya.

"Hanna" kata Amir sambil mendekati meja itu. Senyuman lebar merekah di bibir Hanna. Tapi, wajah isterinya kelihatan sedikit pucat hari ini.

Amir cepat-cepat merapatkan kerusinya disebelah kerusi Hanna dan duduk disitu. Amir sudah rasa tidak sedap hati. Cepat-cepat dia capai tangan Hanna dan bawa tangan itu kebibirnya untuk mengucup tangan itu lembut.

"Thanks Harraz, I was quite busy. Nasib baik you call my office. I tak perasan my phone kat mana. I was busy working on a case"

"It's okay, I kat ER, saw Hanna standing outside just now" ujar Harraz. Telefon bimbitnya dikerling.

" Gotta go. Jumpa lain kali Hanna. Bye Mir" ujar Harraz.

Sebaik sahaja Harraz berlalu pergi, Amir terus memandang Hanna. Tangan Hanna digenggam kuat.

"Kenapa ni sayang? Hanna okay? Macam mana datang sini? Did you call me?" Soal Amir bertalu-talu.

Dada Hanna turun naik. Amir sudah mengesan sesuatu. A panic attack.

Amir menyelitkan rambut Hanna ke belakang telinga. "Cantiknya wife abang harini. Woah. Mc Donald's! Hanna belikan Amir Mc D?" Amir cuba mengalihkan perhatian Hanna.

Hanna mengangguk perlahan.

"Let's go to my office. Kita makan kat situ. Let's go" Beg kertas Mc Donald itu Amir capai kemudian Amir berdiri. Tangan Hanna tidak dilepaskan.

"Jom." Ujar Hanna perlahan.

Amir mempercepatkan langkahnya. Hanna seperti mengerti. Dia pun melajukan langkahnya. Satu pintu yang tertulis Engineer's office itu dimasuki. Di dalam ruang itu, terbahagi lagi kepada beberapa bilik. Bilik MRI dengan nama Amir di pintu bersama dengan nama lain dibawah namanya dimasuki.

"Hafeez night shift. It's okay you can come in." Ujar Amir. Beg kertas McD tadi diletakkan di atas meja kemudian dia diri menghadap Hanna.

Amir perasan mata Hanna sudah berkaca. Cepat-cepat Amir peluk erat tubuh Hanna. Kepala Hanna diusap-usap. Bahu Hanna mulai naik turun dan bahagian dada Amir sudah terasa lembap. Tangisan mula kedengaran.

"Amir, Hanna minta maaf"

"What ? No no no" laju pelukan itu dileraikan dan zip baju yang Hanna pakai direntap kasar. Baju itu dibuka. Kelaran baru dilengan Hanna dikesan.

"Allah" Amir terdiam sebentar. Amir gagal lindungi Hanna. Terduduk Amir dikerusinya. Hanna yang sedang berdiri sambil nangis teresak-esak itu direnung.

Tangannya merangkul pinggang Hanna, menarik tubuh itu duduk di pahanya. Hanna sandarkan kepalanya ke leher Amir kemudian dia menangis lagi.

Amir menggerakan kerusi berodanya dengan kaki, mendekati pintu untuk dikunci. Tubuh Hanna dipeluk erat.

"Tell me what happened, sayang" lembut sahaja suara Amir. Bahagian leher Amir pula terasa basah.

Hanna menggeleng.

"Amir minta maaf" ujarnya perlahan. "Ni semua salah Amir" katanya lagi. Tangan Hanna naik melingkari leher Amir.

"Hanna, tell me. What happened?"

"I hurt myself, again" ujar Hanna. "Clearly" kata Amir. Dia menunggu sehingga tangisan Hanna terhenti. Apabila sudah sedikit tenang, Hanna duduk tegak. Tangannya masih melingkari leher Amir.

"Should I tell you everything?" Soal Hanna. Perlahan sahaja suaranya. Seperti mengomel sendirian. Amir mengangguk lembut. Pandangannya tak lepas dari Hanna.

"Nanti kot.." ujar Hanna lagi. Amir berkerut. Hanna mengelap pipinya menggunakan belakang tangannya kemudian bahagian kolar baju Amir yang basah diteliti.

"Sorry, I wet your shirt. Here.." Jari Hanna mendarat lembut di bahagian dada baju Amir yang basah kemudian jari itu bergerak ke kolar baju Amir pula. "And here"

"Tell me when you're ready, sayang. Abang always ready to hear. Don't worry" ujar Amir. Dalam fikirannya sudah seribu satu kemungkinan tentang kisah silam Hanna. Fikiran Amir sendiri jadi terganggu. Terganggu sehingga dia tak tahu hendak memberi reaksi apa terhadap perlakuan Hanna yang super manja dan posisi duduk Hanna yang comel di pahanya.

Hatinya berdegup kencang tapi bukan kerana berdebar dengan Hanna yang rapat dengannya. Tapi kerana Hanna masih cederakan dirinya walaupun sudah berkahwin dengan Amir. Kehadiran Amir tiada perubahankah untuk Hanna?

Amir cuba untuk senyum sedikit agar Hanna lega tapi Amir tak mampu. Dia benar-benar ingin peluk tubuh Hanna kuat-kuat dan nangis sepuas hati. Tapi tak boleh.

Amir memejam mata, menghalang dari air matanya jatuh. Apabila dia membuka mata, matanya bertentang dengan mata bundar Hanna yang masih basar dan sedikit kemerahan. Pipi Hanna dielus lembut.

"Sayang, I love you." Ujar Amir seikhlas hati. "You're hurting me when you hurt yourself." Kata Amir lagi. Mata Hanna dilarikan kearah butang baju kemeja Amir. Butang putih kecil itu dimain-mainkan.

Dia tahu, apabila Hanna sah jadi isterinya, kisah silam Hanna tidak penting. Tapi, dia harus tahu untuk bantu Hanna. Dia harus tahu untuk lindungi Hanna. Kaki Amir menggerakkan kerusi mendekati meja. Hanna yang masih dipangkuannya sekadar duduk diam.

"Let me see your hand" ujar Amir. Hanna menghulurkan lengannya. Amir ketap bibir.

" I swear I threw away all knives" ujar Amir dalam nada suara musykil.

" I kept one under my pillow" Hanna mengaku. Amir mencubit manja pinggang Hanna.

" Nasib baik kat rumah Amir kita..." Amir tak dapat menyambung kata-katanya. Dia tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk 'aktiviti' itu.

Hanna ketap bibir.

Reaksi itu akhirnya buat Amir tersenyum kecil. "We'll sleep at my house tonight" ujar Amir. Hanna mengangguk kecil.

" Let's wash the wound first. Ada sink kat luar tu. Jom"

" Abang tolong kan? "

" Iye Hanna sayang. Ada first aid bawah tu. I'll do it for you"

"Thank you Abang."

Jeda. Hanna berdiri dari duduknya dan Amir pun sama.

"I'm sorry. I love you too." ujar Hanna.

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now