Ice Cream

4.9K 406 21
                                    

Amir yang keliru Hanna tarik tangannya masuk ke dalam bilik. "Morning abang" kata Hanna. Amir tersengih. "Morning" balas Amir. T-shirt Amir di belakang pintu Hanna capai dan Hanna serahkan kepada Amir.

"I mentioned that I have a step brother kan?" ujar Hanna. Amir mengangguk. "Anas. Dia anak wife papa" kata Hanna. Amir menghulurkan tangannya. "Come hold my hand" kata Amir.

"You don't need him. You need me" kata Amir. Pintu bilik itu dibuka dan mereka berdua menyertai abang tiri Hanna di meja makan. Kerusi di rumah Hanna hanya ada dua. Amir cepat-cepat menarik kerusi bertentangan dengan Anas dan kakinya dibuka sebelah menarik Hanna duduk di pahanya.

"So, Encik Anas?" kata Amir. Cawan ditepi sinki Amir capai dan air kopi dari jag kecil dihadapannya dituangkan. Hanna yang dipangkuannya kaku.

"Oh, ni Amir." kata Hanna, memperkenalkan Amir. Keadaan di situ janggal.

"Amir. Oh.. Lama dah ke Hanna tinggal sini?" soal Anas.

"Three years. Kan sayang. Tiga tahun kan?" kata Amir. Hanna mengangguk. "Macam mana kenal eh? Setahu I adik I pemalu" Kata Anas. Amir menjeling Hanna yang kaku sekilas.

"Kita jumpa kat hospital, kan sayang?"

"Hospital?" Anas mengangkat kening. "I'm an engineer. I work there. And I saw Hanna there"

"Demam masa tu" Hanna mencelah. Amir tersenyum pahit.

"Lama abang cari Hanna. Papa bagitahu haritu Hanna nak kahwin baru Abang jumpa alamat" kata Anas. Dia melihat Hanna. Dia hanya bercakap dengan Hanna.

"Tak sangka dah kahwin. Tak bagitahu abang pun. Besar dah adik abang" kata Anas lagi.

"Hanna mentioned that you're not close. Dia ada mention la sebelum ni dia ada step brother"

"Yes, but I care for her" kata Anas. Amir tersengih sedikit.

"She's uncomfortable" kata Amir. Dia memandang Hanna. Hanna memandangnya semula. "Kan, sayang?"

Lama mereka semua kaku menunggu reaksi Hanna. Perlahan-Hanna mengangguk sekali. Amir tersenyum puas. Dia memandang Anas.

"Hanna ada hidup Hanna sekarang. Hanna tak perlukan abang. Hanna tak perlu nak jadi anak Dato' Faizul" kata Hanna.

"If that's so. Wish you happy" kata Anas kemudian dia berura-ura berdiri, hendak meninggalkan rumah itu. Hanna pun sama, diikuti dengan Amir. Amir menghulurkan tangan kanan ya untuk berjabat tangan.

"Thank you for checking on Hanna, anyways. She's fine. I'll take care of her" kata Amir. Tangan itu dicapai dan dibalas dengan jabat tangan yang kuat.

"I still know her first. Thanks" kata Anas kemudian dia berjalan meninggalkan mereka berdua. Hanna nak hantar Anas sehingga ke pintu, tapi Amir cepat-cepat menghalang.

"Abang marah sangat ni" kata Amir. Hanna ketap bibir.

"Kenapa?"

"Kenapa senang-senang bagi orang masuk? Hanna kata ni kira macam rumah abang juga. Abang tidur dalam bilik tu kenapa tak kejut abang? Kalau dia buat apa-apa kat Hanna macam mana?" Bebel Amir.

Hanna menunduk memandang lantai.

"Lain kali apa-apa bagitahu abang. Faham?"

Hanna mengangguk perlahan.

"Pegang tangan abang sekarang! Marah ni" kata Amir. Hanna ketawa kecil. Tangan Amir dipegang dan dibawa ke bibir untuk di kucup lembut.

"Marah ni" kata Amir sambil menahan sengih.

"Siap. Nak bawa Hanna keluar jalan-jalan" kata Amir.

"Ala duduk rumah je la"

"Hanna dah buat salah. Dengar cakap abang" kata Amir. Dia kemudiannya berura-ura bergerak ingin pergi ke rumahnya. Tapi, tak sedar pula tangan Hanna masih digenggam.

"Nak bawa Hanna ke mana ni?" soal Hanna sambil ketawa.

"Eh terbawa pulak" ujar Amir. Perlahan-lahan tangan Hanna dilepaskan. "Hanna siap tau. Abang nak mandi. Dalam pukul 11 kita gerak" kata Amir.

"Okay abang" kata Hanna.

🌼🌼🌼

"Nak aiskrim?" soal Amir. Hanna memandang Amir sekilas kemudian kedai aiskrim di belah kanannya dipandang. Hanna mengangguk sekali.

Berdiri di kaunter, Hanna berkerut. Banyak betul aiskrim.

"Pilih la" kata Amir. Hanna memandang wajah pekerja yang setia menunggu dengan skop aiskrim ditangan. Melihat beberapa orang beratur dibelakangnya, jantung Hanna berdegup kencang.

"A-abang pilihkan"

Menyedari suara Hanna yang bergetar, Amir tersenyum kecil. Mesti Hanna gementar.

"Boleh suggestkan tak flavour ice cream yang sedap. My wife jarang makan ice cream" ujar Amir.

"Oh, boleh. Best seller kita strawberry cheesecake. Boleh ke puan?" soal pekerja itu. Hanna mengangguk.

"Okay, lagi satu mint chocochip" kata Amir.

Hanna menghela nafas lega. Dia menoleh sedikit kebelakang melihat barisan beratur di belakangnya. Jantung Hanna masih laju.

Bahu Hanna Amir rangkul dan sisi bahunya digosok perlahan.

"Ha, amik tu dua-dua. Lepastu tunggu tepi sana" kata Amir. Kedua-dua kon aiskrim diambil dan Hanna keluar dari barisan.

Sungguh, terasa basah sedikit tangan Hanna akibat berpeluh resah. Takut betul tadi.

Selesai bayar, Amir terus sertai Hanna yang berdiri di sisi kedai dengan dua kon aiskrim di tangan. Comel!

"Ha makan lah dua-dua. Abang tak nak" Amir mengusik. Kerutan muncul di dahi Hanna. "Nanti cair lah. Macam mana" Hanna bagai nak nangis.

"Okay, okay tak. Sini, sini. Abang makan ni" kata Amir. Kon aiskrim di tangan kiri Hanna diambil. Barulah, Hanna senyum semula.

"Senangkan order aiskrim?" soal Amir.

Hanna mengangguk.

"Tapi lepasni tak payah order lagi" kata Amir lagi. "Kenapa? Abang tak bagi Hanna makan aiskrim lagi?" soal Hanna.

"Tak. Abang je order untuk Hanna okay?"

Hanna gelak malu. "Okay. Abang je order untuk Hanna" kata Hanna.

"Makan sambil jalan lah" kata Hanna menarik lengan Amir kemudian lengan itu dirangkul. Hanna gembira. Tiba-tiba sahaja Amir berhenti.

"Tapi ibu cakap makan berdiri nanti tumbuh ekor" kata Amir. "Ish yeke" Hanna tiba-tiba meraba-raba belakang pinggang Amir. Amir terkejut.

"Takde ekor pun" ujar Hanna. Sentuhan Hanna buat Amir tersengih. "Ish dia ni. Jom duduk sekejap" tangan Amir mencari tapak tangan Hanna. Tangan itu ditarik ke kerusi di tepi tiang.

"Abang balik ni nak pergi laut" ajak Hanna.

"Anything for my Princess"

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now