"Mana pisau I?" itu perkara pertama yang Hanna lihat berbeza di dapurnya. Hanna melangkah ke laci. Tiga tingkat laci itu semuanya dibuka. Amir yang bersandar di sebelah sinki memeluk tubuh.
"Pasni, tak perlu guna pisau. I belikan ni" Amir menunjukkan Chopper kecil berpenutup merah yang baru dibelinya.
"Ni, you letak anything kat dalam lepas tu tarik ni. Cuba" kata Amir. Perlahan-lahan Hanna mendekati Amir. Amir memegang tali penarik Chopper tersebut. "Come on, try" kata Amir lagi.
Hanna cuba.
"Easier and safer. Kan?" tanya Amir. Hanna mengangguk. Dia mendongak memandang Amir. Pandangan mereka bertaut selama beberapa saat sebelum Hanna tersenyum.
"Thank you" kata Hanna. Amir masih merenung Hanna. Cantik mata gadis ini. Wajah Amir serius. Dalam fikirannya, dia benar-benar mahu jaga Hanna.
"We really need to get married" kata Amir kemudian Amir melangkah setapak kebelakang. Tiba-tiba Amir rasakan mereka berdua terlalu rapat. Tak selesa. Amir menarik nafas dalam beberapa kali kemudian menongkat tangannya ke kaunter. Keadaan tenang sekarang, tapi Hanna buat dirinya cemas.
"I need to show you something" kata Amir. Hujung lengan baju Hanna Amir cuit sedikit kemudian tangan itu ditarik ke ruang tamu, di sofa hadapan televisyen Hanna.
"I put my netflix account here. So, you boleh tengok anything you want here. Okay?"
Mata Hanna bercahaya. "Macam mana nak bukak. Ajar ajar" Tiba-tiba Hanna ceria. Amir tersengih sendiri. Mood Hanna cepat berubah-ubah.
"I can't keep up with you" kata Amir sambil menggeleng sendiri. Alat kawalan jauh televisyen di sebelah Hanna Amir capai. Televisyen itu dihidupkan dan akaun Netflix miliknya dibuka. User bernama Hanna dipilih.
"This one, Hanna punya. Ni, yang sebelah ni, Amir punya" terang Amir. Hanna mengangguk faham.
"You cannot watch mine, okay?" kata Amir sebelum alat kawalan jauh itu diserahkan kepada Hanna. "Thanks again, Amir"
Amir sekadar membalas dengan senyum.
"Abang balik dulu" kata Amir. Kemudian, matanya terbeliak sendiri. Dia bahasakan dirinya Abang? Amir memegang mulut sendiri. Hanna memandang aneh.
"L-like, I think I'm not comfortable with you calling me by my name" tergagap Amir. Dia mengetap bibir sebentar. Hanna hanya diam, menunggu Amir menghabiskan kata-katanya.
"I am 30. Y-you budak lagi. You came out when I already know how to count" kata Amir. Amir sendiri terkejut dengan kata-katanya. Amir anak bongsu, tak ada siapa pernah panggil dirinya Abang. Kecuali masa bayar air kotak di 7E depan bangunan apartmen. 'Terima kasih, bang'
Amir tak pernah tahu sebelum ini yang seronok bila dipanggil Abang.
"You looked through my charts" kata Hanna separa bertanya. Amir mengangguk. Keadaan senyap seketika. Amir menggaru kepala yang tidak gatal.
"I'll go home first. Anything, call me" kata Amir. Dia tak boleh berdua lama-lama dengan Hanna.
🌼🌼🌼
"Dira. Aku nak kahwin" kata Amir. Adira yang sedang meneguk air dihadapannya tersedak. Dia terbatuk-batuk.
"You have a girlfriend?!" terbeliak mata Adira. Arif yang duduk bersandar disebelah Adira tadi terus duduk tegak. "Why kitorang tak tahu?" tanya Arif.
Amir meraup wajahnya. "Macam ni, there's one girl I saved few times. She's suicidal" kata Amir. Cawan ditangannya diletakkan di atas meja. "I saved her once again few days ago" Amir menyusun kata berhati-hati. Macam mana nak cakap eh? Wajah dua orang insan dihadapannya tekun mendengar cerita.
"Takde siapa jaga dia, Amir nak jaga dia"
Itu sahaja yang Amir mampu kata. Susah nak terangkan. Perasaannya sendiri pun Amir tak faham sekarang ini. Adira mengeluh kecil.
"I can't think of anything else. Amir risau kan dia. Amir nak jaga dia tapi, macam mana? Macam mana nak jaga dia?" Amir berhenti sejenak sebelum menyambung kata.
"Like even right now, Amir risaukan dia"
Dalam fikirannya sudah sibuk fikirkan Hanna. Apa dia sedang buat? Dia okay kah? Bosan? Lapar? Perlu kan Amir?
"Amir tak sibuk ke sekarang ni?" tanya Arif. Amir mengangguk perlahan. Ini tahun pertamanya berkerja di hospital. Banyak lagi perkara perlu belajar dan jadualnya padat. Kadang-kadang Amir tidur di hospital.
Arif dan Adira memandang sesama sendiri. Adira mengetap bibir.
" Siapa nama dia?" Adira bertanya.
"Hanna"
"Tak ada family?" Arif pula bertanya.
"Dia kata tak ada"
"Umur berapa?" Adira menyoal.
"24. Muda lagi. Tak kerja"
"Dahtu dia tinggal sorang-sorang?" Adira kerisauan.
"Haah"
Mereka bertiga terdiam sejenak. "Dia tinggal kat sebelah ni. Nak jumpa dia?"
Adira menggeleng laju. "Takut pula dia nanti"
"Bila nak bawa balik jumpa ibu?" tanya Adira lagi.
"Hujung minggu ni jugak"
"Tapi, Dira, Abang. Dia kata dia tak sedia lagi nak kahwin"
Adira tepuk dahi. "Dahtu, macam mana?"
"Kita kena kawin juga" Amir sudah memegang kepala.
Sebelum ini, ya dia sentiasa risaukan Hanna. Tapi selepas kejadian kelmarin, Amir semakin risau. Selepas dia nampak parut di lengan dan juga di leher Hanna, Amir sedar. Hanna boleh buat lebih dari sekadar cederakan dirinya.
"Sumpah, Amir buntu gila" kata Amir lagi.
"Dira gi jumpa dia sekarang" Adira naik geram pula. Siapa pula perempuan ni nak susahkan adiknya?
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---