Tokyo Ghoul

5K 399 33
                                    

Amir tersedar dek pergerakan Hanna yang meringkuk ke bawah lengannya dan tangan kecil itu kini memeluk selesa tubug Amir. Amir tersengih. Tangan kirinya diangkat dan jam tangannya dikerling. Pukul 6 petang. Patutlah langit luar pun sudah kelihatan gelap.

Kepala Hanna yang sedang tidur diusap.

"Sayang? Bangun lah" beberapa saat kemudian, mata Hanna celik. Dia mendongak memandang Amir. Sejujurnya Amir masih malu kerana kantoi dengan Hanna tonton filem 365 days. Walaupun rasanya, Hanna tak tahu filem itu filem yang bagaimana.

"Lama ke Hanna tidur?" soal Hanna. Kata-katanya kedengaran kurang jelas akibat mamai. Amir tersengih. Dahi Hanna dikucup sekali.

"Tak lama pun. Tapi dah petang ni. Kita kena mandi, solat then siap-siap nak keluar makan" kata Amir. Takkan nak suruh Hanna masak. Dia sendiri penat. Lagikan Hanna.

"Lapar" kata Hanna.

"Kita makan kat kedai tomyam boleh?" soal Amir. Hanna mengangguk. Pelukannya dileraikan kemudian Hanna berdiri. Dia menggeliat kecil dihadapan Amir. Nak aje Amir rangkul semula pinggang itu dan tarik Hanna masuk kedalam dakapannya semula.

"Amir balik rumah tau" kata Amir. Hanna mengangguk.

🌼🌼🌼

"Bye, Amir balik dulu" kata Amir. Berura-ura berjalan pulang. Cepat-cepat Hanna tarik lengan Amir.

"Tak nak teman Hanna tidur?" soal Hanna. Amir ketap bibir.

"Boleh?" soal Amir. Semalam di kampung pun, Amir tidur sekatil dengan Hanna. Tapi sekadar tidur.  Tiada apa-apa yang berlaku.

"Boleh" kata Hanna. Hanna pun, mahu berlama-lama dengan Amir. Hanna selesa. "Amir tukar baju dulu boleh?" soal Amir. Hanna menggeleng. Dia memandang Amir atas bawah. "Nak tukar apanya"

"Amboi. Tak bagi abang tukar baju?"

Hanna tersengih. "Jom" tangan Amir ditarik masuk ke rumah. "Malam ni Hanna nak tengok movie. 365 tu. Nak tengok dengan abang. Abang kata best tadi"

Amir sudah pucat. Dia mengetap bibir. Siang tadi, Hanna tanya cerita itu tentang apa. Amir jawab, cerita tembak-tembak.

Silap langkah.

"Kita tengok anime lah" Amir memujuk.

"Taknak. Harini satu hari dah tengok anime. Habis season 3. Jadi malam ni Hanna nak tengok movie tu. Tukar selera" kata Hanna. Tangan Amir ditarik ke sofa. Laju televisyen itu dibuka.

"T-tak. Tak boleh" tergagap Amir dibuatnya. Alat kawalan jauh di tangan Hanna diambil. Kedua-dua bekah tnagan Hanna dipegang dan dia mengubah kedudukannya, menghadap Hanna. Hanna tiba-tiba menjadi serius.

Dah kenapa Amir ni..

"Amir bukan tak.."

"Abang" Hanna membetulkan. Tak dapat Amir nak pandang wajah Hanna. Malu dan segan. "Okay" balas Amir. Dia meneguk liur.

"Abang bukan taknak tengok movie tu dengan sayang, tapi, tadi abang tipu. Movie tu bukan pasal tembak-tembak. Movie tu pasal..." Amir terdiam sejenak, memikirkan kata-kata yang sesuai.

"adult" ujar Amir sepatah.

"Hanna adult. Abang pun adult" kata Hanna. Pandangan matanya beralih ke tangannya dan tangan Amir yang sedang bertaut.

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now