Gaji

4K 412 38
                                    

Seekor ketam Amir patahkan kepada dua bahagian dan diletakkan ke pinggan Hanna. Mangkuk kecil sambal belacan diambil. Amir ambil sesudu dan letakkan di pinggannya. "Nak sambal belacan?" tanya Amir. Hanna menggeleng kecil.

"Okay" kata Amir. "Ibu? Nak sambal belacan?" tanya Amir kepada ibunya pula. Ibunya sekadar mengangguk. Sesudu sambal diambil dan diletakkan di pinggan ibunya.

"Sedapnya lauk!" kata Amir ceria. "Bismillah" kata Amir lagi kemudian mula menjamu selera. Hanna tersenyum kecil kemudian turut mula makan.

Dalam beberapa suap, Hanna rasa lidahnya seperti terbakar. Wajahnya bertukar panas. "Sedap tak Hanna?" soal ibu. Hanna mengangguk. "Sedap" seluruh mulutnya terasa panas.

Pedas lah ketam ni.. Amir perasan bibir Hanna sudah merah.Amir tersenyum. Comel pula Hanna.

"Nak ikut ibu pergi rumah mak yam nanti? Dia berkebun tu. Hobi baru katanya" Ibu bersuara. Amir mengangguk. Mulutnya penuh, tak boleh nak bercakap. Amir telan dahulu semua makanan barulah dia berkata-kata.

"Bawa Hanna boleh?"

"Eh mestilah. Hanna kena jumpa Mak Yam"

Hanna yang kepedasan sekadar mengangguk. Bila lah makanan di pinggannya mahu habis. Hanna sudah tak tahan pedas. Air kosong di gelasnya diteguk sehingga habis.

Amir yang menyedari tindakan itu pun turut sama meneguk habis air dalam gelasnya. Cawan Hanna dan cawannya diambil dan di isikan dengan air dari mesin Coway di tepi sinki. Letak sahaja cawan itu diatas meja, cepat - cepat Hanna teguk air sampai habis.

Hanna tak tahan pedas. Amir tersengih.

"Pedas ke?" tanya Amir.

"Tak lah. Sedap" kata Hanna. Amir tersenyum. Pinggan Hanna Amir tarik kemudian nasi yang sudah dituang kuah lemak cili api tadi dipindahkan ke pinggannya.

Nasi putih yang baru di cedok dari mangkuk dan diletakkan di pinggan Hanna.

"Tak yah letak kuah" kata Amir.

"Pedas ke Hanna? Ibu minta maaf la. Amir dengan Dira dua dua suka makan pedas. Tu yang ibu masak macam biasa"

Hanna hanya tersenyum sambil mengangguk kecil. Amir disebelahnya dipandang sekilas. Hanna bergerak sedikit mendekati Amir kemudian berbisik. "Thank you"

Amir sekadar senyum.

Ucapan terima kasih dari Hanna buat dirinya rasa seperti Hero. Hero Hanna. Amir bangga.

🌼🌼🌼

Menunggu ibu solat Zuhur dan bersiap, Amir dan Hanna duduk bersandar dengan perut yang kenyang di sofa hadapan televisyen. Amir dan Hanna kedua-duanya sudah solat semasa ibu memasak tadi.

"Sedap tak tadi?"

"Sedap" kata Hanna. Dia bermain-main dengan jari sendiri.

"Tangan luka kan?" tanya Amir. Pergelangan tangan Hanna ditarik dan diteliti. Orang first time makan ketam, luka tangan!

"Kalau makan ketam, kena gigit. Lain kali gigit" kata Amir. Luka-luka kecil di jari Hanna diteliti. Amir dekatkan tangan Hanna ke bibirnya kemudian ditiup perlahan. Hanna terdiam.

"Dah" kata Amir. Tangan Hanna Amir letakkan semula ke paha Hanna.

Hanna senyum.

"Kenapa senyum? Suka? Nak Amir tiup lagi? Kat mana sakit? Sini tunjuk Amir" kata Amir.

Hanna ketawa kecil. Rambutnya yang jatuh ke muka diusap kebelakang.

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now