"Assalamualaikum ibu, sihat?"
"Waalaikumsalam, Alhamdulillah"
"Tengah buat apa?".
"Ngeteh dengan mak yam kamulah kat tepi tasik"
"Ibu.. Amir rindu ibu. Rindu masakan ibu" kata Amir. Nak bermanja-manja lah dengan ibu. Dah lama tak jumpa.
"Bila nak balik. Bila nak kawin? Bagi ibu cucu. Adira selalu bawa Wina dengan Aiman datang jumpa ibu"
Amir tersengih. Hehe ibu ni.
"Seronok main dengan cucu?"
"Seronok lah"
"Amir nak bawa bakal isteri"
Talian bertukar senyap seketika. Amir jadi takut-takut. Dia mendehem.
"Amir dah tua, kan ibu. Boleh kan kalau nak kahwin?"
"Amir sure?"
"Ye ibu, Amir sure. Ibu masak ketam lemak cili api nanti boleh? Amir nak bagi dia rasa"
"Siapa nama dia? Cantik ke orangnya?"
"Hanna ibu. Cantik sangat-sangat. Dira dah jumpa dia"
"Dah besar, anak ibu. Dah nak kahwin"
"Dah besar la. Arwah ayah dulu umur macam Amir dah dapat Dira. Amir ni kira tak maju tau" kata Amir bergurau.
"Kamu ni.."
"Ibu, dia kan. Tak ada family. Ada ayah, tapi dia tak nak jadi wali"
"Ibu tak sabar nak jumpa Hanna"
🌼🌼🌼
"Kenapa?" kata Hanna. Pagi-pagi Amir telefon dan kata dia ingin jumpa Hanna. Pelik pula.
"Hai, Hanna sayang. Good morning" kata Amir sambil bercekak pinggang. Kemas bertshirt polo biru dan jeans.
"M-morning" kata Hanna. Tergagap sikit. Terkejut Amir tiba-tiba panggil dirinya sayang.
"Harini, I nak makan ketam masak lemak cili api" umum Amir. Hanna berkerut. Apa motifnya nak beritahu Hanna macam ini? Nak suruh Hanna masak? Hanna mengangkat kening pula, menunggu ayat seterusnya daripada Amir.
"Jadi, cepat la siap. Cantik-cantik, nak jumpa ibu"
"So, Amir, nak bawa I jumpa ibu Amir?" soal Hanna. Amir mengangguk.
"Sekarang?"
"Yes, siap. I tunggu sekarang" kata Amir. Tangan Hanna terus naik ke kepalanya, mengurut pelipisnya lembut.
"Why?" wajah Amir risau tiba-tiba.
"Taknak" kata Hanna dalam nada memujuk.
"Tak oleh" kata Amir. Eh comel pulak Amir ni!
"Cepat, cantik cantik. I tunggu" Amir berpeluk tubuh. Hanna membuka pintunya luas-luas. "Taknak tunggu kat dalam?" soal Hanna. Amir senyum kemudian menggeleng lembut.
"Okay"
🌼🌼🌼
"Amir, nak I pakai tudung ke?" kata Hanna tiba-tiba. Lama mereka berdua diam dalam perjalanan. Baru ini Hanna berkata-kata. Dan, perkara ini ingin Amir ulas.
"Ibu tak kisah" kata Amir ringkas.
"What about you, Amir?"
"Me? You pakai apa pun cantik, Hanna" pujian ringkas itu buat Hanna tersenyum kecil.
"Amir"
"Yes, Hanna"
"I have a step brother" kata Hanna. Amir ternganga. Hampir sahaja stereng di tangannya terlepas. "I've been running away from him" kata Hanna. Amir berkerut. "Running away from him?"
"Yes"
"And?" Amir tak faham. Kenapa Hanna tipu Amir.
"I minta maaf. You still nak kahwin dengan I kan?" kata Hanna berhati-hati. Amir ketap bibir. Ini, rasa rendah diri dalam diri Hanna yang Amir benar-benar tak suka.
"Apa, you tipu I macam ni, you fikir I apa?"
"Amir, I minta maaf" kata Hanna. Suaranya sedih. Oh, Hanna salah faham.
"Tak, tak. Of course, yes, of course. I nak kahwin dengan you, Hanna" Amir menjelaskan semula. Amir memandang Hanna dari ekor mata. Gadis itu tersenyum.
Mereka berdua kembali diam dan malu-malu. Amir ketap bibir sekuat hati. Dia tak pernah rasa segembira ini.
Hanna termenung. Pandangannya hilang dalam imej Amir yang sedang memandu. Bagaimana dia boleh tertangkap lelaki sesempurna Amir. Hanna tersengih. Tiba-tiba, hujung bibir Amir turut sama naik.
"Hanna, are you happy?" soal Amir tiba-tiba. Hanna bersandar dan mengiring kearah Amir. Tiba-tiba Amir rasa keretanya kecil. Hanna terasa sangat dekat dengannya. Amir tak tahu bagaimana mahu mengawal raut wajah apabila Hanna asyik merenung.
"Amir, kat sini, laju" kata Hanna sambil memegang dadanya. Senyuman lebar terbentuk jua di wajah Amir.
"Laju? Why?"
"I don't know what to do. I'm happy. Hanna ada boyfriend. And, kita dah nak kahwin kan? Everything was so dark last month and now, my life has colour in it"
"Nak tukar panggilan nama tak?" kata Amir tiba-tiba. Dia tak mahu dengar cerita Hanna tentang masa lalu. Baginya Hanna tak perlu ingat tentang perkara itu.
"Ha?" Hanna bersuara. Amir senyum. Dia berjaya distract Hanna.
"Like, keep calling yourself by your name. And, you can call me by my name" terang Amir. Amir benar-benar suka apabila namanya meniti di bibir Hanna. Amir. Tiba-tiba sahaja Amir sukakan namanya.
"Contoh?" kata Hanna. Sengaja mahu Amir mulakan.
"Contoh, macam. Amir tak sabar nak bawa Hanna jumpa ibu. Macam tu?" kata Amir. Tiba-tiba jarinya mengekot. Macam cringe lah pula. Tapi, Amir rasa lebih elok begini. Penggunaan You dan I bagi Amir buat mereka seperti strangers.
Mereka berdua lebih daripada itu.
Hanna menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Comel okay. "Hanna cuba pulak" kata Amir.
"Ha?"
"Cuba lah. Construct one sentence. Using our names"
"Okay.. Hanna sayang Amir? Macam tu?"
Amir tiba-tiba mengetuk stereng dengan kuat sambil mengetap gigi.
"Yes, Hanna. Macam tu"
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---