"Nak pergi masjid ni. Hanna duduk rumah tau ngan ibu ngan Dira" kata Amir. Hanna mengangguk faham. "Amir lama ke?" soal Hanna. "Taklah. Kejap je"
"Unclemir! Balik ni main game!" laung si Aiman dengan kuat. "Iyeee" kata Amir. Hanna tergelak. Suka sangat si Aiman dengan pakciknya sorang ni.
"Baru malam ni ingat nak try bantal peluk baru. Tapi hm, anak sedara dah booking"
"Bila beli bantal baru?" soal Hanna. Tangan kanan Amir tiba-tiba memegang Hanna di bahagian pinggang. Bahagian itu digenggam kuat.
"Ni, bantal peluk baru" kata Amir. Hanna senyum. Tangan Amir diambil dan dipegang. Amir renung Hanna. Lama jugalah.
"Nak masuk bilik kejap tak? Manja manja sikit" ajak Amir. Matanya tak putus merenung Hanna. Hanna geleng.
"Kiss? Nak kiss?" Amir meminta lagi.
"Amir, no"
"What about Amir, kiss Hanna. Kat sini" tangan kiri Amir mengusap lembut pipi Hanna. Hanna geleng lagi.
"Takboleh la, jom masuk bilik Amir kejap" tangan Hanna ditarik dan dibawa ke bilik tidurnya. Hanna ketawa. "Cannot like this lah" lembut sahaja Hanna cakap.
"Mir, jom" panggil Arif dari pintu rumah. Amir mengeluh. Tangan Hanna dilepaskan.
"I need a kiss, after this. Balik ni. Amir nak. Okay?"
"Cepat la, Abang Arif tunggu tu" kata Hanna kemudian dia menolak lembut dada Amir. Asyik melekat aje apa pula orang kata.
🌼🌼🌼
Pulang sahaja dari surau, Amir bergegas masuk rumah. Tiba-tiba, ada kuliah maghrib pula tadi. Amir pula solat di sebelah Arif, abang iparnya yang solat bersebelahan dengan bilal. Di sebelahnya yang lagi satu, Harraz.
Usai doa, nak aje Amir tarik tangan Arif dan Harraz, ajak balik rumah. Tapi, si Arif ni setia pula duduk tegak di situ. Harraz pun sama. Tenang aje duduk tegak. Amir mengeluh berat tadi.
Lepas kuliah maghrib tadi, Harraz terus pulang ke Johor. Katanya esok dia harus masuk kerja.
"Dira, Hanna mana?" soal Amir. Adira yang sedang duduk berbual dengan ibunya menoleh. "Hanna dah tidur. Dia tertidur kat sini tadi. Dira suruh dia masuk bilik" kata Adira.
"Haah, tadi tersengguk-sengguk dia kat sini. Kata nak tengok tv dengan ibu tapi mata dah kuyu" kata ibu sambil tergelak.
"Amir pergi tengok Hanna dulu" kata Amir.
"Unclemir! Cepat. Aiman dah on pubg" Amir memejam mata. Masyaallah. Sabar Amir, sabar.
"Man main je la. Ajak papa ke. Uncle Amir penat tu" kata Adira. Amir sekadar senyum. Rasa bersalah pula Amir nak tolak ajakan Aiman. Dah janji siang tadi.
"Mama, papa noob. Uncle da janji. Kan? Uncle dah janji kan?"
Arif yang baru sahaja masuk rumah buat reaksi wajah tersinggung. Adira sekadar geleng kepala. "Tunggu kejap boleh? Kejap je. Uncle nak tukar baju" kata Amir. Aiman mengangguk. "Okay" kata Aiman.
Amir menguak pintu biliknya perlahan-lahan. Lampu biliknya sudah dipadamkan. Gelap. Tetapi, cahaya samar-samar dari lampu jalan di luar menerobos masuk ke tingkap. Jadi, Amir masih boleh nampak.
Kelihatan Hanna baring mengiring kearah dinding. Satu bantal di kepala, satu bantal Hanna peluk dan satu lagi bantal Hanna letak di belakangnya. Banyak betul guna bantal. Amir geleng kepala. Amir melangkah perlahan-lahan ke beg baju untuk mencari t-shirt selesa.
Tiba-tiba Hanna berkalih dari tidurnya.
"Amir?" suara kecil Hanna memanggil.
"Yes, sayang"
"Baru balik ke?" jelas kedengaran sebutan Hanna tak jelas akibat mamai.
"Yes, baru je" kata Amir. Amir mendekati katil dan duduk di birai katil. Betis Hanna yang berbalut selimut dipicit sekali.
"I'm sorry I'm late. Hanna tunggu Amir?"
Hanna mengubah posisi dari baring ke duduk. "Haah. You said you want a kiss" kata Hanna. Amir tersengih. Amir mendekati Hanna. Kedengaran ketawa halus Hanna.
"Gelap kan, you won't see me. Kiss lah" kata Amir. Hanna meraba-raba dalam gelap,kemudian tangan Amir berjaya dicapai. Tangan itu di kucup lembut.
"Dah"
"Tangan je?"
"Hanna boleh kiss situ je" kata Hanna. Tangan Hanna Amir bawa ke bibir pula. "Nah, Amir pulang semula kiss nya. Nanti bagi Amir balik tau. Tak mau kat tangan" kata Amir kemudian dia berdiri. Bajunya di tanggalkan dan ditukar kepada tshirt nipis yang selesa.
"Aiman ajak main game. Siang tadi dah janji dengan dia. You should continue sleep. Nanti Amir join" kata Amir. Hanna senyum. Dia kembali baring.
Sempat Amir merangkak semula keatas katil untuk mengusap kepala Hanna sebelum keluar ke ruang tamu.
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---