( Contains mature contents and triggers. Trigger warning will be given)
Amir mengeras. Dia tak tahu nak memberi reaksi yang bagaimana. Dia memandang Hanna yang sedang cuddle di lehernya. Kepala Hanna diusap. Tiba-tiba dada Amir terasa sempit.
"Do you want to know more, abang?" Soal Hanna. Hanna mengangkat muka, memandang Amir dengan mata yang bundar. Mata yang bersih. Gadis ini tak menangis pun. Dia cuma menangis tadi sewaktu dia kata dia sudah tiada dara semasa bersama dengan Amir.
Rahang Amir bergetar hendak mengeluarkan kata-kata. Jadi, Amir sekadar mengangguk. Rangkulan tangan kirinya ke tubuh Hanna dikuatkan, menggenggam bahagian lekuk pinggang Hanna.
"Mama Hanna, meninggal masa Hanna kecik. I don't know when. Maybe around 4 atau 5. Lepastu, Hanna tinggal kat taska. And, masa tengah umur 5 tahun, papa picked me up from that taska and brought me to his house. Sumpah Hanna cakap, I thought it was a castle. Hanna happy sebab memang Hanna nak jadi princess" ujar Hanna sambil tertawa kecil.
Tapi, Amir tak dapat ketawa atau senyum sikit pun. Isi pipinya digigit. Rahang Amir sudah menggigil. Macam kena kancing gigi.
"Papa introduced me to his wife, Juliana. Hanna panggil dia mami that time. And Abang Anas. Masa tu Abang Anas darjah enam. Dia sibuk gila belajar untuk UPSR"
Amir sudah tidak sedap hati.
" Hanna tak ada kawan. Rumah tu kosong gila walaupun besar. No one wants to talk with me. Tapi Papa selalu ada dengan Hanna. Even bila dia balik kerja lambat pun, dia akan jumpa Hanna hari-hari. He'll put me to sleep every night. Dia tanya Hanna buat apa harini, Hanna makan apa harini, and dia akan tanya esok Hanna nak makan apa. The next day, mesti Hanna dapat makan apa yang Hanna nak." Bibir Hanna mengukir senyuman ketika berbicara.
"In results, Hanna quite chubby" Hanna tertawa kali ini. Melihat wajah Hanna, Amir mampu tersenyum sedikit. Rambut Hanna yang terjuntai ke muka Amir selitkan ke belakang telinga.
"Hanna kecik je ni" ujar Amir. Hanna menggeleng.
"But, makin lama Papa makin sibuk. I notice that Papa makin kaya. Isteri dia tu pakai baju cantik cantik, beg kasut semua banyak gila. Hanna tak pergi sekolah. Hanna belajar kat rumah. Masa Hanna darjah 1 tu, Papa dah jarang balik rumah. Perempuan tu kata Papa ada kerja. So Hanna susah nak tidur malam. Hanna tak cakap sangat pun dengan isteri papa tu. Because she won't talk to me" Hanna berhenti sejenak, meneguk liurnya.
"Satu hari tu, hujan lebat sangat sangat jadi Hanna takut. Hanna turun bawah, Hanna tanya wife papa tu, boleh tak teman Hanna tidur. Hanna takut. She was watching tv that time, dia kata kenapa nak takut, kan dah besar and dia suruh Hanna tutup langsir bilik Hanna"
" And then what happen, sayang" Amir menyoal lembut. Sungguh, perasaan sayang, perasaan cintanya menebal.
"I said okay. Masa Hanna dah baring, Abang Anas bukak pintu Hanna. Dia tanya Hanna nak okay ke"
Sah..memang sah. Anas orangnya.
" So, I said I was afraid. Abang Anas lied next to me and said 'Abang Anas teman sampai Hanna tidur, ye'. Hanna pun okay"
Nafas Amir jadi kencang. Dia memejam mata sebentar.
"Abang Anas pun jarang ada kat rumah sebab dia sekolah asrama. Sejak tu, everytime dia balik hujung minggu, he will spend time with me. Teman Hanna, main main dengan Hanna. Bila Hanna darjah tiga, badan Hanna dah start berubah. Sikit je. Maybe sebab Hanna quite tinggi and.. healthy"
"Every tiga bulan kot, Hanna dapat satu kotak barang-barang keperluan Hanna. Dulu masa papa tak busy dia akan shopping dengan Hanna. Sejak dia busy Hanna start dapat kotak tu. Awal darjah tiga, Hanna dapat tiga helai baju dalam kecik dengan satu bungkus pad. Wife papa tu ada datang bilik Hanna sekali untuk explain macam mana nak guna benda benda tu. Dia suruh Hanna start pakai baju dalam tu bila perlu" Hanna tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---