Tiba-tiba Hanna seperti menggigil sedikit. Pendingin hawa Village Grocer itu terasa sangat sejuk. Hanna pun, sudah terlalu lama tak keluar rumah. Kali terakhir Hanna belanja barang dapur adalah dalam 4 atau 5 bulan yang lepas.
Rutin Hanna memang begitu. Tapi, bila sekali belanja memang serupa nak kenduri.Tiba-tiba sisi bahunya Amir gosok-gosok. Hanna yang sedang menunggu giliran untuk melihat-lihat bawang merah terus mendongak.
"You're shivering" kata Amir.
Hanna mengangguk. Lengan blausnya ditarik dipanjangkan menutup pergelangan tangan. "Dah lama ke tak keluar" tanya Amir lagi. Amir perasan Hanna seperti pucat sedikit. Nak aje Amir pegang kedua-dua belah pipi Hanna sekarang tapi, niat itu ditahan.
Mana boleh.
"Yes. Kali terakhir masa hospital tu" kata Hanna. Apabila makcik dihadapannya bergerak, Hanna dan Amir melangkah satu langkah ke hadapan. Hanna mengambil tiga beg plastik untuk mengisi bawang. Amir menjongket kening. "Aik banyaknya?"
"Taklah. Tak banyak"
"Hanna you live alone. Why would you buy this much of onions" kata Amir. Isi kandung plastik di tangan Hanna dikeluarkan separuh.
"No, nanti senang. Lagi 5 months baru beli lagi"
Amir terbeliak sikit. Okay, Amir faham mengapa. Plastik di tangan Hanna Amir rampas.
"Beli sikit je okay? Kalau habis nanti kita beli lagi. No need sampai 5 months baru nak beli, we buy every month okay?" Amir memujuk.
Beberapa biji bawang lagi dikeluarkan dari plastik tadi.
"Banyak ni? Biasa I beli banyak ni. Okay?" kata Amir lagi. Plastik berisi beberaoa biji bawang diangkat dan ditunjukkan kepada Hanna.
"Okay" Hanna akur. Lain. Cara Amir sangat lain. Setiap bulan kah orang groceries shopping? Tak ke leceh perlu sentiasa keluar. Melihat keadaan sekeliling yang sesak Hanna sangat-sangat tak selesa.
Usai memilih barang dapur, mereka berdua bergerak ke barang basah pula. "Wah. Ada ketam. Nak beli ketam?" tanya Amir. Hanna menggeleng. "I tak reti masak ketam" kata Hanna.
Amir berfikir sejenak. Amir pun tak reti.
"You pernah makan ketam tak?"
Hanna geleng lagi.
"Ibu I, masak ketam sedap gila. Lauk favourite I kalau ibu masak mesti ketam. If you wouldn't mine, we can go eat crabs at my mom's" Amir cuba mengajak.
"Mungkin nanti kot" kata Hanna. Aduh nak kena jumpa manusia lagi. Hanna lemah betul bab berkomunikasi dengan manusia.
"My mom is reallllly nice. Jangan risau. Dulu masa my sister, Adira nak kahwin, dia terima je abang ipar I tu. She'll love you" kata Amir. Teringat pula betapa gembiranya ibu apabila dapat tahu si Arif bawa kereta comel yang dia paling suka; Countryman.
Sampai sekarang setiap kali Adira dan Arif balik kampung, ibu asyik tanya je 'tak bawa countryman ke?'
"What about your sister? Dia akan suka I ke?"
Tiba-tiba Amir teringat bagaimana garangnya dia pada abang iparnya dulu. Betapa dia buat Arif tak selesa dulu. Amir mengeluh sendiri tiba-tiba.
"Why?" soal Hanna.
"Nothing. She'll like you. Jangan risau"
Hanna menggigit bibir. Tadi, tentang ibunya, Amir kata 'She'll love you'. Tapi bila sampai kakaknya, Adira Amir cuma kata 'She' ll like you'. Hanna auto takut. Mesti kakak Amir garang. Hanna pula mengeluh.
🌼🌼🌼
Pagi itu, Hanna memulakan harinya seperti biasa. Satu cawan milo panas dan pancakes. Usai makan, milo itu dibawa ke hadapan televisyen. Nak tonton one punch man. Setiap hari apabila Hanna buka akaun netflix yang Amir beri Hanna sentiasa tertanya-tanya cerita apa yang Amir tengok. Nak aje dia buka akaun Amir tapi Hanna ingat dengan jelas.
'Ini Amir punya, ini Hanna punya'
Iyelah. Iyelah.
Episod ke-17 season 2 dibuka. Hanna excited.
"One puuuuncccchhhhhhhhhh!" Hanna menyanyi sekali. Nasib lah lagu tema anime ini bahasa jepun. Lambat sedikitlah Hanna nak hafal. Mungkin lagi dua tiga hari Hanna berjaya hafal.
'Ding dong'
"Huh? Sapa datang?" kata Hanna sendiri. Air milo panasnya diletakkan di atas meja kopi dihadapannya. Perlahan-lahan Hanna mendekati pintu rumahnya. Amir? Takkanlah. Amir kerja harini. Pintu rumahnya dikuak perlahan, sekecil yang boleh. Hanna menjengah keluar.
Seorang wanita berdiri dihadapan rumahnya. Ditangan kanannya terdapat satu beg kain berwarna merah dan ditangan kirinya terdapat beg untuk haiwan peliharaan. Hanna memandang tepat beg itu. Terdapat satu tingkap di beg itu dan pap! Seekor haiwan berbulu menekapkan wajahnya ke tingkap kecil itu. Hanna terkejut.
Matanya naik semula memandang wanita itu. Siapa ni?
"Assalamualaikum. Hanna kan?"
"Waalaikumsalam" kemudian Hanna mengangguk. Kedua-dua beg itu diletakkan dihadapan pintu Hanna kemudian wanita itu berpeluk tubuh.
"I'm Adira" kata wanita itu ringkas. Hanna cepat-cepat melangkah membuka pagar grill. Mereka berdua berdiri bertentangan. Wajah wanita itu serius.
"I'm Amir's sister"
"H-hai. Nama saya Hanna" kata Hanna ragu-ragu. Dia tak pasti itu pengenalan diri yang sesuai atau pun tak. Tiba-tiba tangannya terasa menggeletar. Tangan itu digenggam kuat.
"I need to go to Penang. With my husband. Business meeting. I dah hantar my daughter and son to my mother-in-law's house, tapi dia allergic kucing. You allergic ke?" kata Adira. Suaranya monoton dan tegas.
Hanna menggeleng laju.
"Can you take care of my cat? Three days" Adira mengubah posisi dirinya. Terasa janggal pula berdiri dihadapan Hanna yang lebih tinggi darinya. Adira nak nampak imtimidating tapi macam susah sebab Adira funsized gitu.
Belum sempat Hanna buka mulut menjawab Adira sudah membuka beg kain berwarna merah tadi.
"Ni litterbox dia, ni pasir dia. Bella drinks tap water. If you bukak sink she'll come. Tomorrow bagi dia wetfood, harini kibbles je. Lusa pun kibbles je. Don't touch her belly dia tak suka. She sleeps with you. On the bed. Before you sleep wipe her butt with wet tissue. Ada sekali kat sini. I prepared everything. She's nice. She won't scratch mana-mana"
Beg itu diberikan kepada Hanna.
Hanna ketap bibir.
"Thank you so much. Jaga Bella betul-betul" kata Adira.
"Um,taknak masuk minum?" Hanna memberanikan diri bertanya.
"Thank you, but I need to go" Adira menghadiahkan satu senyuman kecil. Hanna membalas senyuman itu.
"Safe journey" kata Hanna. Beg berisi barangan itu dibawa masuk terlebih dahulu kemudian barulah beg berisi kucing itu diangkat. Pagar dan pintunya dikunci kemudian Hanna duduk bersimpuh di lantai.
Perlahan-lahan zip beg itu dibuka.
Bunyi mengiau lembut kedengaran. Sebaik sahaja zip beg itu dibuka luas, seekor kucing putih gebu melompat keluar dari beg itu kemudian duduk elok dihadapan Hanna. Hanna terkebil-kebil.
"Hai, Bella"
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---