Between us

4.2K 430 23
                                    

Hanna membuka almari bajunya dan baju-bajunya direnung. Hanna berjalan pula kearah katilnya dan dia melabuhkan punggungnya disitu, masih merenung almari bajunya.

Perkara ini membimbangkan dirinya sepanjang minggu. Nak pakai baju apa pergi kursus kahwin? Hanna mengeluh. Bella yang sedang baring terlentang diatas katilnya direnung. Hanna perlu beri makan wetfood kepada Bella hari ini. Hanna menggosok kepala Bella dan kucing itu bergerak sedikit, mengubah posisi tidurnya.

Kakak Amir mesti manjakan kucing ini sangat-sangat.

Hanna berjalan ke dapurnya. Beg yang Adira serahkan kepadanya semalam digeledah dan satu paket makanan kucing berbentuk segi empat sama diambil. Mangkuk makanan Bella yang berwarna merah turut dikeluarkan.

Paket itu dibuka dan isinya dituang kedalam mangkuk itu.

Kemudian, Hanna kembali masuk ke biliknya. Kucing gemuk yang tak mahu bangun dari tidur itu didukung dan dibawa ke meja makan. Selepas itu, Hanna membuka pili air di sinki.

Adira kata sekiranya Hanna buka pili air di sinki, Bella akan datang. Benar. Kucing itu menggeliat sebentar kemudian berhati-hati menyusun langkah mendekatu sinki. Sampai di sinki, Bella duduk. Hanna berfikir sejenak. Macam mana nak kasi kucing ni minum?

Perlahan-lahan Hanna membuka tapak tangannya dan ditadah di bawah pili dan tangannya didekatkan dengan Bella. Kucing itu menjilat-jilat air di tapak tangan Hanna. Hanna tersenyum.

Seronok rupanya jaga seekor kucing. Selepas minum, Bella berjalan sendiri kearah mangkuk makanannya. Hanna seperti jatuh sayang.

Usai beri makan Bella, Adira angkat kucing gemuk itu dan bawa ke sofa. Televisyen dibuka dan Hanna buka kartun Demon Slayer. Sejak kebelakangan ini Hanna asyik tonton anime. Mungkin Bella juga suka. Sambil itu, Hanna duduk berfikir, nak pakai baju apa pergi ke kursus itu.

Amir kata dua hari, jadi dua pasang baju. Lepastu, kena pakai tudung pula. Hanna memegang rambut sendiri. Amir akan suruh Hanna pakai tudung kah lepas kahwin nanti?

Hanna mengikat rambutnya dan kemudian dia mencari telekungnya. Hanna cuba sarung telekung itu kemudian dia berdiri di hadapan cermin. Okay kah?

Hanna malu untuk ajak Amir keluar lagi. Hanna perlu beli baju kurung dan tudung. Mungkin dia boleh minta tolong Adira? Tapi Adira macam garanglah. Telefon bimbitnya diambil dan satu mesej dikarangkan kepada Amir.

Can I have your sister's number?

Tak lama kemudian panggilan dari Amir diterima. Hanna angkat panggilan itu.

"Hello?"

"Nak buat apa number Dira?" suara Amir tergesa-gesa.

"Nak simpan je. Tak ada apa-apa pun" tipu Hanna.

"Tak perlu lah"

"Taknak bagi tak apalah" kata Hanna dalam nada suara merajuk.

"Hanna, I can do everything for you. Tanya I. Tak perlu tanya orang lain"

"Tapi.."

"Okay, tell me. Nak minta apa ni? I'll give you"

Hanna mengeluh. Amir ni tahu-tahu ajelah! Hanna berkira-kira ingin beritahu atau tidak. Macam mana Amir tahu hasrat hatinya?

"How do you know?" soal Hanna.

Kedengaran tawa kecil dihujung talian. "You're transparent. I can read through you. Nak minta apa dari Dira. Tak perlu mintak kat Dira. Mintak kat Amir" kata Amir.

Hanna tersenyum kecil. Comel pula Amir bahasakan dirinya nama sendiri.

"Minta kat Amir?" Hanna meminta kepastian.

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now