Mereka berdua berjalan beriringan, menyusur koridor. Tiba di hadapan rumah Hanna, Amir melepaskan genggaman tangannya. Mata Hanna segera membulat.
"Kenapa?"
"Masuklah, tidur. Esok abang kerja jadi abang nak tidur. Minta maaf tak dapat layan Hanna malam ni." Ujar Amir. Bahu kanan Hanna digosok sedikit.
"Abang nak tidur kat rumah abang?" Soal Hanna. Amir membalas dengan anggukan.
"Hanna nak tidur kat rumah abang ke?" Soal Amir. Tergagap sedikit. Hanna angguk. Amir pejam mata sebentar. Benarkah apa yang dia dengar ni?
Tangan Hanna digenggam semula.
"Kalau ada Hanna abang tak boleh tidur." Jujurnya. Hanna memandang lantai. "Kalau macam tu, Hanna janji Hanna tak ajak abang tengok tv ke, bual ke. Hanna tidur je."
Amir mengalah akhirnya. Dia mengangguk.
"Abang tukar baju dulu, Hanna tunggu" katanya. Hanna menarik tangannya agar genggaman tadi terlerai.
'Hanna tunggu'
Sumpah Amir bagai nak gila!
"Okay sayang. Sekejap tau"
Usai menukar baju, Amir melihat refleksinya di cermin sebentar. Ini refleksi suami orang! Satu bantal di katilnya dicapai dan dia terus meninggalkan rumahnya, menuju ke rumahnya yang lagi satu. Yang milik Hanna.
Amir menjinjit sedikit ketika berjalan agar kita langkahnya tidak mengeluarkan bunyi. Kuakan pintu bilik Hanna pun perlahan-lahan sahaja.
Hanna yang sedang duduk di birai katil menoleh kearah Amir.
"Abang." Tegurnya. Lengan bajunya ditarik sehingga menutup pergelangan tangan. Amir tersenyum sedikit. Pintu bilik Hanna ditutup.
"Pintu biar buka" kata Hanna. Amir akur. Pintu bilik itu dibuka dan kemudian Amir melabuhkan punggungnya di sebelah Hanna. Tangan Amir automatik sahaja mengusap sisi wajah Hanna.
"Kenapa tak boleh tutup pintu?" Soal Amir.
Hanna mengetap bibir. "Panas. Bagi angin masuk." Hanna beralasan. Tergelak Amir. Pendingin hawa bilik itu dipandang. Hidup seperti biasa.
"Jom tidur." Ajak Hanna. Dia sudah menepuk-nepuk bantalnya dan berura-ura untuk berbaring. Cepat-cepat Amir menarik lengan Hanna. Lengan bajunya diselak, menampakkan parut di lengan Hanna yang sudah kering dan sedikit memudar. Cepat-cepat Hanna tarik semula tangannya.
"Kenapa?" Soalnya. Lengan bajunya diturunkan semula.
"Abang check. Nak makesure tak ada baru." Kata Amir. Lengan Hanna dicapai semula. Kali ini Hanna membiarkan sahaja. Mata Amir melilau ke meja solek Hanna. Hari itu dia ada terpandang satu tiub aloe vera gel.
"Ha yang ini..." Tiub berwarna hijau di hujung meja solek itu dicapai. Tiub itu dibuka dan dipicit sikit. Gel lutsinar yang keluar itu diletakkan di jarinya dan kemudian ditekan perlahan ke lengan Hanna.
"Sejuk?" Soal Amir. Hanna tergelak kecil sambil mengangguk. Amir tersengih. Gel itu disapu ke parut Hanna.
"Dah berapa hari clean?" Soal Amir. Hanna memandang siling, berfikir sejenak. "Seminggu?" Jawabnya. Amir mengusap lembut kepala Hanna. "Bagus, isteri abang ni." Ujar Amir. Hanna tersengih.
"It's not even impressive. Baru seminggu." Kata Hanna.
"Tak kisahlah. Amir bangga dengan Hanna." Kata Amir. Gel aloevera taangadi di lumur pada tangan Hanna yang sebelah lagi. "Kalau parut ni hilang, Amir bagi Hanna hadiah."
"Hadiah apa?" Hanna auto teruja.
"Anak." Kata Amir, mencuba nasib. Terus hilang keterujaan Hanna. Gadis itu terus terdiam. Amir gigit bibir. Rasa bersalah pula! Amir pun tahu Hanna tak sedia lagi. Tapi, saja mencuba nasib.
Hanna menarik tangannya dari genggaman Amir. Dia berdiri kemudian menarik selimutnya, ingin masuk kedalam selimut itu dan tidur. Amir yang duduk di birai katil itu membuatkan selimut Hanna tak dapat nak ditarik.
Hanna memberi jelingan tajam. "Bangunlah!" Tempiknya perlahan. Amir tersengih. Marah-marah pun masih tak tinggi suara. Comel! Amir akur. Dia berdiri, agar Hanna dapat berbaring. Amir berdiri sambil memerhati Hanna, sehingga gadis itu berbaring selesa, mengiring. Amir tersenyum nipis.
Air humidifier di nightstand dihidupkan. Amir mematikan lampu. Dia mendekati Hanna semula. Rambut Hanna diusap kemudian Amir membongkok sedikit, mengucup dahi Hanna. Sisi tubuh Hanna diusap dari luar selimut.
"Abang tidur kat luar. Ada apa-apa panggil abang. Sleep well Hanna sayang." Bisik Amir kemudian telinga itu dikucup perlahan. Hanna bergerak sedikit. Mungkin terkejut. Bantal yang Amir bawa tadi dicapai kemudian dia bergerak keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu. Pintu bilik Hanna ditutup rapat kemudian Amir menghempas tubuhnya ke sofa.
Dia berkalih beberapa kali, mencari posisi yang selesa tapi tak berjaya. Kakinya diletakkan di atas arm rest sofa. Setelah beberapa kali cubaan, Amir mengambil keputusan untuk berbaring diatas lantai. Nasib baiklah ruang diantar sofa dengan meja kopi itu berlapik dengan karpet. Satu kusyen sofa diambil, untuk dipeluk. Meja kopi itu ditolakkan sedikit.
Hanna kata dia tak mahu tidur seorang diri. Jadi, Amir tak sampai hati nak tinggalkan Hanna.
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---