Amir menolak tiang iv Hanna. Hanna disebelahnya diam membisu. Amir buntu. Bagaimana mahu bantu Hanna?
Amir bukan keluarga. Amir juga bukan kawan. Tapi siapa nak jaga Hanna kalau bukan Amir?
"Hanna, are you sure you don't have any family?" berhati-hati Amir ajukan soalan.
"Kenapa I nak tipu" nada suara Hanna tajam. Tapi, perlahan sahaja.
Mereka berdua diam. Masing-masing fikirkan apa yang pakar psikiatri tadi kata. Hanna perlu bantuan, tapi tiada siapa yang boleh bantu Hanna.
Ye, Amir mahu bantu Hanna tapi apa hubungan mereka berdua? Strangers. Tak kira bila difikirkan macam mana sekalipun, Amir menemui jalan buntu. Amir juga ada kehidupan, kan?
Pintu bilik wad Hanna ditolak, kemudian Amir berdiri di tepi pintu itu, membenarkan Hanna masuk terlebih dahulu. Hanna hanya akur. Hanna terus menuju ke katilnya. Dia berbaring mengiring kearah tingkap, membelakangkan Amir.
Hanna mahu Amir bantu dirinya.
Amir mengeluh perlahan. Jag air ditepi katil Amir capai kemudian isi kandungnya dituang ke dalam gelas. Air itu diteguk, melegakan rasa perit di tekak. Usai minum, gelas itu diletakkan semula.
Amir duduk di birai katil Hanna. Selimut di kaki Hanna Amir tarik sehingga ke paras bahu gadis itu.
"I don't know what to say" kata Amir. Suasana hening itu tiba-tiba bertukar suram apabila Amir perasan pergerakan turun naik bahu Hanna. Hanna nangis lagi?
Amir menekup wajahnya.
"Hanna, it's okay, I'm still here" kata Amir dengan perlahan. Amir berdiri, bergerak ke arah mana Hanna mengiring. Benar sangkaannya, Hanna nangis lagi. Amir melutut di situ.
Dia hanya pandang Hanna dengan sayu.
"You should have let me bleed to death" kata Hanna. Selimut dibahunya ditarik sehingga menutup wajah. Amir geleng kepala.
"I susahkan semua orang. I ni bala. I shouldn't live at all" kata Hanna lagi. Kata-katanya kurang jelas dek berbaur dengan tangisan rancak. Dia tersedu-sedu.
Perlahan-lahan Amir tarik selimut yang membaluti gadis itu.
"Hanna. Shh. Listen" kata Amir.
Sedu Hanna tak berhenti. Bahunya masih turun naik dan nafasnya masih tersekat-sekat.
"Hanna, I'll help you. I akan buat yang termampu, I tolong you. I protect you"
"Amir you tak faham ke I susahkan you?" wajah Hanna yang memerah memandang Amir serius.
Hanna menarik semula selimutnya tapi sempat Amir halang. Amir senyum.
"Tak, you tak susahkan I. I buat ni sebab I nak tolong you"
Baru sahaja Hanna hendak membuka mulut, jari Amir mendarat di bibirnya.
"Jangan pernah fikir you susahkan I"
Hanna terdiam. Siapa lelaki yang tiba-tiba masuk dalam hidupnya ini?
🌼🌼🌼
Second attemp.
Hanna menarik hoodie menutup kepalanya. Berada di luar rumah buat Hanna rasa sesak. Cahaya matahari yang terik itu terasa pelik apabila mengenai kulitnya. Agaknya kerana sudah terlalu lama terkurung dalam rumah.
Pandangan pelik dari manusia disekitarnya Hanna hiraukan.
Tiba-tiba suara entah siapa menyapa telinganya.
'Kau tak patut hidup'
Hanna menepuk telinganya. Ini hanya mainan. Hanna menarik nafas panjang kemudian nafasnya dihembus semula.
'Kau tak boleh tinggal kat sini. Jijiklah'
Hanna cuba mengawal emosinya. Semua ini halusinasi. Hanna mengumpul kekuatan. Langkahnya diatur lagi. Dia harus keluar. Dia harus berjalan. Barulah dirinya sihat. Hanna tak boleh lemah lagi.
'Kau ni, asal dari benih kotor'
Langkah Hanna terhenti. Jika ini semua halusinasi, mengapa suara ini tak pernah berhenti?
Dada Hanna terasa berat. Tiba-tiba sahaja lututnya terasa lemah. Hanna rebah. Kepalanya pening, pandangannya kabur.
'kau tak perlu hidup, Hanna. Lagi mudah untuk aku'
Jika Hanna mati, semua ini akan berhenti kan?
Hanna bangun. Dia berdiri. Dia mengangkat muka. Jalan raya besar dihadapannya direnung.
Segalanya lebih mudah kalau Hanna mati kan?
Hanna lari. Hanna meluru laju kearah jalan raya itu. Dia tak kisahkan kepala peningnya, dia tak kisahkan pandangannya yang makin kabur. Dia tak kisahkan fakta bahawa dirinya hampir pengsan. Dia tak tahu dari mana kekuatan untuk lari ini datang.
Hanna harus tamatkan kehidupannya sekarang juga. Barulah segalanya mudah.
Lariannya dihalang oleh rempuhan kuat Perodua Myvi. Keadaan haru biru.
Hanna memandang langit. Terasa cecair hangat membasahi rambutnya. Dia tiba-tiba tersenyum. Hanna lega.
Satu wajah menyapa matanya. Wajah yang Hanna kenal.
"Hanna? Hanna. Tahan Hanna. I ada. I ada. Ambulans datang nanti" kata suara itu. Oh, lelaki itu. Lelaki yang selamatkan dirinya tempoh hari. Mungkin lebih mudah untuk lelaki ini jika Hanna tiada. Lepas ini, lelaki ini tak perlu risaukan Hanna lagi.
Lelaki itu memegang lembut kepala Hanna. Terasa tangan itu menggigil dek berlumuran darah. Hanna senyum lagi.
"Biar je. Langit cantik hari ni" kata Hanna. Dia memandang langit lagi. Sakit. Seluruh tubuhnya terasa sakit.
"Kalau kau tak bertahan, kau takkan nampak langit ni lagi. Bertahan Hanna. Sikit je lagi"
Dengan ayat itu, Hanna rasa bagai ada aliran elektrik kuat merenjat tubuhnya. Ayat itu buat Hanna rasa dia masih perlu hidup. Ayat itu buat Hanna rasa dia perlu lihat langit cantik ini lagi pada hari esok.
Agaknya, Hanna perlu lihat langit pada hari esok lagi?
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romantizm"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---