A sharp take

3.1K 325 40
                                    

Malam itu, Amir tak boleh nak tidur pun. Ada sesuatu yang sangat mengganggu fikirannya. Amir mengiring ke kiri, menghadap kearah Hanna yang terlentok manja ke bantalnya. Di dalam samar-samar cahaya lampu itu, wajah Hanna diteliti.

Rambutnya yang menutup separuh wajah Amir selitkan kebelakang telinga. Sisi dahi Hanna dikucup. Hatinya terasa sakit. Dia sayangkan Hanna sehingga dia rasa sakit.

Hanna deserve lebih lagi dan Amir tak sediakan semua itu untuknya. Amir janji untuk jaga Hanna tapi Hanna cederakan dirinya lagi hari ini.

Tiada apa-apa yang berubah pun pada Hanna semenjak Amir masuk ke hidupnya. Amir ingat, Amir dah ubah semuanya. Tapi belum cukup. Tak cukup. Hanna masih tak gembira, Hanna masih ragu ragu dan yang paling penting, Hanna tak percayakan dirinya pun.

Kalau Hanna percayakan dirinya, Hanna tak perlu takut-takut nak beritahu yang dia sedang datang bulan. Entah-entah, Hanna belum bersedia pun bersama dengan Amir tempoh hari.

Amir rasa yang dia makin membebankan hidup Hanna. Kerana Hanna sayangkan dirinya. Hanna takut Amir tinggalkan dirinya jadi Hanna turutkan semua yang Amir minta.

Amir rasakan seperti dia sedang seksa Hanna. Amir mengeluh panjang.

Tiba-tiba Hanna berkalih tidur.

"Abang?" Suara serak Hanna menegur.

"Yes sayang?"

"Sejuk.." manja suara Hanna. Amir tersenyum kecil.

"Abang adjust aircond kejap" ujar Amir. Dia berura-ura bangun hendak mengubah suhu pendingin hawa.

"No.." Hanna bersuara.

"Kenapa?"

"Nak abang peluk" kata Hanna. Amir sengih. Ah manjanya!

Amir meletakkan kepala Hanna ke atas lengannya dan lengan yang satu lagi memeluk erat tubuh Hanna. Wajah Hanna yang tersembam di tulang selangkanya. Terasa nafas hangat dan bibir lembut Hanna menyentuh kulitnya.

"Bila abang bukak baju?" Soal Hanna yang masih mamai-mamai.

"Sebelum tidur tadi. I told you Abang tak pakai baju masa tidur"

"I know. Best" tangan Hanna meraba- raba belakang tubuh Amir. Amir ketap bibir. Nak aje dia suruh Hanna berhenti. Sesungguhnya, Amir benar-benar tercabar.

"Sayang, I love you. Just remember yang I am yours forever no matter what"

"Thank you, abang" balas Hanna. Amir kecewa kerana tiada 'I love you too'. Tapi Amir hanya berdiam.

Dia takkan paksa Hanna lagi.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Hanna? Amir benar-benar ingin tahu.

🌼🌼🌼

Pagi itu, Hanna yang tersedar terlebih dahulu. Hanna rasa bagai dalam mimpi. Benarkah perkara ini berlaku? Bangun tidur, tersedar di atas katil dengan selimut yang gebu, sejuk, dan yang paling Hanna tak boleh percaya, dia tidur berbantalkan lengan suaminya. Tubuh tak berbaju Amir terasa hangat.

Amir tidur terlentang, sebelah tangannya mengalas kepala Hanna dan sebelah lagi menutup wajahnya di bahagian lengan.

Hanna teguk liur.

Dia mengubah posisi baringnya kepada meniarap. Dia ingin ambil masa sebentar untuk teliti wajah Amir.

Baru sahaja jarinya hendak menyentuh rahang Amir, Amir berkalih. Lengan yang menjadi bantal Hanna tadi bergerak memeluk Hanna kemudian direhatkan elok di punggung Hanna.

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now