"Rindu kat kau Mir. Lama tak balik" kata Farisha. Air teh dituangkan kedalam cawan diatas meja. Satu persatu. Farisha nampak santai. Sangat selesa dengan Amir dan ibunya.
"Busy kerja. Ni balik pun sebab teringin nak makan ketam ibu masak" kata Amir. Cawan teh dihadapannya diambil dan ditiup sikit kemudian diserahkan kepada Hanna. Hanna senyum.
"Thank you Amir" bisik Hanna.
Amir sekadar senyum juga.
"Ni, siapa?" tanya Farisha. Lama Jugalah Hanna tunggu Farisha tanya siapa dirinya. Nak aje Hanna jerit 'future wifeee!' tapi takut ibu Amir pandang buruk pula.
"Hanna nama dia. Kawan aku" kata Amir. Hanna senyum kecil. Senyum memaksa. Iyelah, kawan kan.
"Ooo.. Stay Johor juga ke?"
"Ye"
"Umur berapa? Sebaya kita ke?" soal Farisha lagi. Hujung lengan baju Amir Hanna tarik lembut sebagai isyarat menyuruh Amir berhenti. Hanna pun boleh berbicara.
"24" kata Hanna.
"Lah muda. Rasa tua pulak aku" kata Farisha serentak itu dia ketawa besar. Amir turut ketawa. Amir macam rasa was-was juga lah. Riak wajah Hanna jelas berubah.
"Ni, ibu dengan Mak Yam nak keluar. Kamu berbual lah dulu" kata ibu. Cepat-cepat Hanna merangkul lengan ibu.
"Hanna ikut ibu dengan Mak Yam. Amir bual la dengan.. Kak Farisha" kata Hanna. Kemudian cepat-cepat Hanna tarik tangan ibu Amir, mengajaknya keluar. Tinggal lah Amir dan Farisha berdua di ruang tamu.
"So, kira girlfriend ke macam mana?" tanya Farisha. Amir tersenyum kecil. Malu jugalah ada perbualan dengan sepupunya seperti ini.
"Kira macam future wife?" kata Amir malu-malu.
"Ooof, that's forward" kata Farisha sedikit kecewa. "Tak adelah. Few years back, kau cakap kalau kita dua umur 30 tak kahwin lagi, kita kahwin dengan each other" kata Farisha.
Amir berkerut.
"Well, Alhamdulillah. I met Hanna"
"You kinda betray me. I waited hahaha" kata Farisha. Amir teguk liur.
"Tak adelah, aku main main je" kata Farisha kemudian ketawa. Amir turut paksa dirinya untuk ketawa. Agak menakutkan juga kata-kata itu.
"Nampaknya, aku kena cepat-cepat bagi Mak Yam kau menantu. Mesti dia sibuk suruh aku kahwin" kata Farisha lagi.
"Kat KL takde lelaki handsome ke? Cari ajelah. Berlambak" kata Amir. Air teh dalam cawannya dihirup.
"Ada, tapi nak yang macam kau susah sikit lah"
"Macam aku?"
"Sebaya kita lah! Kau fikir aku nak sangat ke kat kau? Kita dah kentut depan each other kot. Aku nak kenal orang baru" kata Farisha lagi. Amir mengetap bibir. Dia salah anggap Farisha rupanya. Farisha cuma risau. Itu sahaja.
Tiba-tiba, kawannya Harraz muncul di dalam minda."Tua dua tahun ngam tak?" tanya Amir. Farisha angkat kening. "Hensem?" Mendengar respon Farisha, Amir senyum. Ngam! Farisha macam berminat.
"Banding dengan aku, aku lagi hensem lah"
Farisha buat muka seperti nak termuntah.
"Siapa ajelah yang puji kau hensem ni Mir. Yakin sangat" katanya dengan tawa yang bersisa. Amir tersengih sendiri. Hanna. Hanna puji dirinya handsome.
"Ish, cepatlah. Hensem ke tak?" tanya Farisha.
"Handsome lah. Tak tinggi sangat orangnya" kata Amir. Farisha terdiam sejenak. "Orang Johor?" Soal Farisha lagi. "Tak, orang Kl. Stay Johor. Ibu kenal. Dua kali ikut aku balik sini" kata Amir.
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---