Amir berdiri dengan gusar dihadapan pejabat Tan Sri Fairuz. Hanna di sisinya di kerling sebentar. Manis, berbaju kurung. Balik sahaja daripada kursus sebentar tadi, Amir terus pandu Hanna ke sini.
"I taknak masuk" kata Hanna.
"Hanna, I made an appointment"
"Amir, sekejap, I need time" ujar Hanna. Hanna lari semula ke kereta Amir dan dengan kalut cuba membuka pintu kereta. Amir tersenyum sambil menggeleng kecil. Comel pulak. Punat kecil di kunci kereta ditangannya ditekan. Barulah Hanna berjaya masuk ke dalam keretanya.
Amir turut sama masuk kedalam kereta di tempat duduk pemandu. Hanna direnung. Amir berkerut.
"Hanna you okay?"
Hanna yang sudah pucat menggeleng laju. Bahu Hanna turun naik. Bunyi nafasnya tercungap-cungap.
"Hanna" suara Amir bertukar keras. Air mata mengalir dari sisi mata gadis itu.
Hanna tersandar lemah di kerusi. Tangan Hanna tiba-tiba menggenggam kuat hujung kurta yang Amir pakai. Amir bertukar risau.Apa yang berlaku ni?
"Hey, what's wrong. I ada kan, stop crying"
Genggaman Hanna di lengan Amir semakin kuat. Mata Hanna sudah separa terbuka. Ini panic attack. Amir memegang lembut bahu Hanna.
"Okay, Hanna. Look at me. Breathe in, Breathe out" Amir pula yang cemas. Hanna berpeluh-peluh. Amir cepat-cepat menarik bahu Hanna kedepan dan ikatan di tudungnya dileraikan. Fabrik itu bersama dengan anak tudung dialihkan dari kepala Hanna.
Enjin kereta dihidupkan, begitu juga dengan pendingin hawa.
"Hospital, let's go" Amir sudah bersedia memulakan pemanduannya tetapi lengannya ditarik kuat. Amir memandang Hanna. Hanna geleng laju. Wajahnya sudah dibasahi manik-manik peluh.
"No.." kata Hanna. Suaranya serak. Amir masih tak tahu nak buat apa. Amir kembali memandang depan. Hospital. Hanna harus ke hospital.
"Amir, I said I need time. Sekejap je" kata Hanna. Amir mengalah. Dia bersandar ke kerusi. Hanna disebelahnya dipandang. Risau. Lama jugalah, Hanna kekal begitu. Amir benar-benar tak tahu bagaimana nak bantu Hanna. Apabila Hanna sudah tenang sedikit barulah Amir bersuara.
"Nak air?" kata Amir.
"Sure" kata Hanna. Amir tersenyum. Padahal, air mineral ada di sebelah tempat duduk Hanna. Amir suka bantu Hanna lakukan perkara kecil seperti ini. Amir rasa penting. Lengannya dipanjangkan ke sisi Hanna lalu botol air mineral itu dicapai. Penutup botol itu dibuka dan kemudian diberikan kepada Hanna. Hanna hanya minum seteguk.
Hanna kembali tenang. Tapi, dadanya masih turun naik dan tercungap-cungap sedikit.
"Feeling better?" tanya Amir. Hanna diteliti. Berbaju kurung satin hijau pekat. Terdapat beberapa juraian anak rambut yang melekat di sisi wajah Hanna akibat peluh. Nak aje Amir usap rambut itu tetapi niatnya ditahan.
"Tell me when you're ready, Hanna. I tunggu"
"Amir, I don't want to see him"
"You tak nak kahwin dengan I?" Soal Amir. Hanna cepat-cepat menggeleng. "Mana ada"
"Okay, kita jumpa dia sekejap je. I'll talk. Hanna cuma duduk sebelah diam diam. Okay?"
Hanna masih menggeleng.
"Come on.." pujuk Amir lagi.
"I lapar. Jom makan" kata Hanna.
"No, Hanna. You cannot eat. Dengar cakap I, jangan degil" suara Amir meninggi sedikit. Enjin keretanya dimatikan dan dia melangkah keluar dari kereta kemudian berjalan ke pintu sebelah Hanna.
Amir kuak pintu itu.
"Okay, listen" Amir melutut di sebelah Hanna. Hanna yang ketakutan. Amir seperti hilang sabar dan Hanna tak pernah nampak Amir seperti ini. Selalunya Amir tenang dan ikutkan sahaja kehendak Hanna.
"Hanna, I care so much about you. I fall in love with you already. I sayang you, Hanna" lembut sahaja suara Amir memujuk. Hanna yang masih bersandar mengiring pula kearah Amir.
Tiba-tiba tangan Hanna menyentuh sisi wajah Amir dengan lembut. Amir menunduk, mengetap bibirnya dengan kuat sehingga terasa kebas di bahagian itu. Tangan Hanna yang memegang wajahnya di alihkan dan tangan itu diletakkan semula ke paha Hanna.
"Nak manja dengan I kahwin dulu. Nak kahwin, jom. Jom jumpa Dato' Faizul" kata Amir dengan tegas.Mendengar jawapan itu, Hanna monyok. Keningnya berkerut sedih.
Amir tersengih. Ini namanya mengada-ngada!
"Hey, come on. Kita pergi jumpa dia, lepastu kita pergi makan burger. Nak?"
Hanna mengangguk perlahan.
"Cakap la nak ke tak" Hanna mengangguk lagi. Amir memejam mata.
'Masyaallah comelnya bakal bini aku!' omel Amir dalam hati.
"Okay, let's go" ajak Amir. Hanna menyeka air matanya di pipi.
"Ikat rambut betul-betul" arah Amir. Hanna hanya akur. Ikatan rambutnya dileraikan kemudian rambutnya diikat semula dengan kemas.
"Cantik" terlepas pujian dari bibir Amir. Hanna ketap bibir. Dia melangkah keluar dari kereta. Amir pula mencapai beg tangan Hanna di lantai kereta.
"Handsome" ujar Hanna perlahan. Mata Amir terbeliak sebentar. Liurnya ditelan.
Amir berdiri semula. Pintu kereta itu ditutup. Kuat. Hampir seperti Amir hempas sekuat hati. Terkejut Hanna dibuatnya.Amir menongkat sebelah tangannya ke ke sisi Hanna yang berdiri dekat dengan kereta.
"Nakal eh awak. Mana belajar ni?"
Hanna terdiam. Tak bergerak walau sesentimeter.
"Amir, jom" kata Hanna perlahan kemudian dia sendiri yang jalan terus kearah pintu masuk bangunan itu. Senyuman tak lekang di wajah Amir. Ini rupanya rasa bercinta.
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Fly me to the moon
Romance"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---