Ep 08:
I-Two month ago-
Cheong-A High School."Itu dia anak pembunuh." kata satu suara sebaik sahaja Seokhoon dan Seokyung melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah.
"Selama ni, dia orang bukannya kaya mana pun. Semua duit tu dapat daripada penipuan." kutuk satu suara lagi.
"Joo Seokhoon, Joo Seokyung. Agak-agaknya dua-dua penipu macam ayahnya. Yelah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi." kata satu suara lagi.
Seokyung mengenggam kedua-dua penumbuknya. Ingin sahaja dia menumbuk mulut-mulut yang sedang mengata dirinya dan juga Seokhoon.
Perasan dengan kelakuan Seokyung yang tegang itu, Seokhoon terus menyentuh lembut lengan Seokyung menyebabkan gadis itu mengangkat kepalanya memandang Seokhoon.
Seokhoon menggelengkan kepalanya perlahan menyuruh Seokyung untuk bertenang.
Seokyung mengeluh lemah. Dia menarik dan menghembus nafas buat seketika lalu genggaman tangannya dilepaskan. Dia dan Seokhoon kembali melangkah untuk menuju ke kelasnya.
Splash!
Dalam sekelip mata, sebaldi cat berwarna merah jatuh daripada atas dan kena pada Seokyung dan Seokhoon. Mereka berdua terus melihat ke atas.
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanfictionDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21