16☄️

399 67 0
                                    

“Seokyung, aku ada belikan makanan untuk kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Seokyung, aku ada belikan makanan untuk kau.”

“Seokyung, nanti aku hantar kau balik.”

“Seokyung, nak aku ajarkan cara nak jawab soalan ni tak?”

“Seokyung—”

Pak!

Seokyung menghentak meja menggunakan tangannya. Wajah dikalihkan melihat Haruto. “Senyap!” arahnya separa marah lalu meletakkan kepalanya ke atas meja. Matanya dipejamkan.

Seokyung rimas dengan Haruto. Hari-hari mahu berbuat baik terhadap dirinya. Ada sahaja perkara yang dilakukan untuk Seokyung.

Seokyung tak suka apabila diperlakukan sedemikian. Dahulu pun, dia bukannya diberikan layanan bak seorang puteri dan sekarang Haruto seperti membuat semua perkara untuk Seokyung seperti tidak mahu Seokyung berdikari sahaja.

Sudahlah malam tadi dia tidak dapat tidur. Entahlah tiba-tiba berasa sunyi apabila tinggal di Penthouse tanpa ommanya dan juga Seokhoon. Hanya ada beberapa orang gaji sahaja yang menemani, memasaknya makanan dan mengemas rumah.

Kepalanya berasa sakit dan pusing secara tiba-tiba pagi tadi. Nasib baiklah dia sudah menelan dua biji ubat tahan sakit sebelum ke sekolah tadi. Jika tidak, pasti sahaja kesakitan di kepalanya semakin bertambah.

Sekarang ini pun, Seokyung mahu tidur buat seketika waktu tetapi datang pula makhluk yang membuat bising di sisinya. Menganggu sahaja waktu untuk Seokyung meredakan kantuknya.

Haruto terus mengunci bibirnya rapat apabila dimarahi oleh Seokyung. Terasa seperti ada aura negatif pada Seokyung yang membuatkan Haruto terus senyap.

Dalam diam mata pelajar lelaki itu leka merenung wajah cantik milik Seokyung. Wajah yang dahulunya membuli dirinya yang ketika itu bertubuh gempal. Wajah yang menyembunyikan kisah lampau yang pahit dan gelap.


°
°
°
°
°




Three years earlier—

“Appa, mianhae..”

Haruto terus menyembunyikan dirinya apabila terdengar suara seorang pelajar perempuan meminta maaf kepada seorang lelaki yang bergelar bapanya.

Secara perlahan-lahan mata Haruto mengintai perbuatan antara anak dan bapa tersebut menggunakan ekor matanya.

Joo Seokyung?” kata Haruto perlahan. Matanya dikecilkan untuk melihat betul-betul sama ada gadis itu Seokyung ataupun bukan.

[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now