23☄️

362 66 0
                                    

Seokyung, jumpa di gelenggang bola keranjang waktu rehat nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seokyung, jumpa di gelenggang bola keranjang waktu rehat nanti.

Seokyung membaca bait-bait perkataan yang tertulis di atas sehelai sticky notes. Sticky notes itu turut dilekatkan di atas mejanya. Dia tahu siapa yang melekatkan sticky notes itu. Tidak lain dan tidak bukan Watanabe Haruto. Hanya lelaki itu sahaja yang berani mendekati dirinya.

Seokyung melepaskan keluhan kecil. Otaknya berfikir sejenak sama ada mahu pergi ke gelanggang bola keranjang ataupun tidak. Bukan apa, dia cuma ragu-ragu. Entah perkara mengarut apa lagi yang Haruto mahu buat kepada dirinya.

Akhirnya, kaki Seokyung melangkah juga ke gelanggang bola keranjang walaupun hatinya berasa tidak sedap apabila keputusan itu diambil.

Sebaik sahaja tiba di gelanggan bola keranjang, mata Seokyung memerhati keadaan sekeliling. Terdapat ramai pelajar yang berada di situ terutamanya pelajar perempuan. Tempat duduk untuk penonton pun kebanyakkannya sudah penuh.

Seokyung melabuhkan punggungnya di tempat yang kosong. Kiri dan kanannya terdapat pelajar-pelajar junior maybe. Namun kedudukan mereka agak jauh. Lebih kurang selang satu tempat duduk. Ini yang membuatkan Seokyung berasa selesa kerana tidak perlu berhimpit dengan orang asing walaupun mereka schoolmates.

Mata Seokyung mula melilau melihat ke arah gelanggang bola keranjang. Kemudian, matanya tertacap pada Haruto yang ketika itu sedang memegang bola.

Go, Haruto!”

“You can do it!”

“Fighting!”

Begitulah sorakan-sorakan yang diberikan kepada Haruto daripada penonton-penonton di sini.

Haruto mula menghentakkan bola pada lantai beberapa kali. Matanya tajam merenung pasukan lawan yang berada di hadapannya. Secara tiba-tiba dia bertindak membaling bola ke arah Hamada Asahi yang merupakan rakan pasukannya.

Asahi menyambut bola yang dibaling oleh Haruto dengan sempurna sekali. Dia mula membawa bola ke hadapan dan membaling kembali bola ke arah Haruto. Haruto mula menggelecek bola lalu menjaringkan bola tersebut.

“GOL!”

Hampir pekak telinga Seokyung disebabkan jeritan-jeritan penonton di sekelilingnya. Dia menutup telinga menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Haruto tampak begitu gembira sekali setelah menjaringkan gol untuk pasukannya. Rakan sepasukannya bergilir-gilir bertepuk tangan dengan dirinya untuk meraikan gol tersebut.

Perlawanan disambung kembali. Kali ini pihak lawan yang membawa bola. Pasukan yang diketuai oleh Choi Hyunsuk itu begitu licik sekali apabila membawa bola. Dalam sekelip mata, mereka menjaringkan gol. Kini, mata pasukan lawan lebih tinggi daripada pasukan Haruto iaitu 22-20. Tinggal satu minit sahaja sebelum perlawanan berakhir. Ini adalah peluang terakhir untuk pasukan Haruto membawa kemenangan. Pasukannya perlu menjaringkan gol sebanyak tiga mata.

Yoshinori yang merupakan pasukan Haruto mula membawa bola lalu memberikan bola tersebut kepada Asahi.

Asahi membawa bola ke hadapan lalu membaling bola kepada Mashiho yang merupakan jaguh menjaringkan tiga mata. Lelaki itu mula dikepung oleh tiga orang pasukan lawan.

Masa sudah tidak tinggal banyak. 10 saat. Hanya 10 saat sahaja masa yang mereka ada untuk menang.

Tanpa membuang masa, Mashiho membaling bola ke arah Haruto. Haruto menyambut bola dengan baik. Tanpa membuang masa, lelaki itu segera menjaringkan bola.

Lima.

Empat.

Tiga.

Dua.

Satu.

“GOL!”

PRITT!

Bunyi wisel menandakan masa perlawanan sudah tamat. Pasukan Haruto telah berjaya membawa kemenangan dengan mata 23-22. Haruto dan rakan sepasukannya bersorak keriangan. Para penonton juga menjerit kegembiraan atas kemenangan Haruto itu.

Bibir Seokyung mengukirkan senyuman nipis. Dia bangun dari duduknya dan berura-ura untuk beredar dari situ.

“Joo Seokyung!” jerit satu suara dari arah gelanggang bola keranjang itu. Seokyung terus memusingkan badannya ke arah suara tersebut.

Kelihatan Haruto sedang mengukirkan senyuman lebar terhadapnya. “Saranghae!” jerit Haruto di khalayak ramai. Tangannya siap menunjukkan isyarat hati kepada Seokyung lagi tanpa mempedulikan pandangan mata pelajar-pelajar yang berada di sekeliling mereka.

Saranghae, Joo Seokyung!” jerit Haruto lagi tanpa sebarang perasaan malu.

Ah, sudah.

_________

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now