Masuk-masuk kelas sahaja, mata Seokyung disajikan dengan pandangan mata yang menjengkelkan daripada rakan sekelasnya. Apabila Seokyung berjalan melintasi tempat duduk mereka, seorang demi seorang menghadiahkan sebuah jelingan tajam kepada Seokyung.Seokyung pun apa lagi. Dia membalas semua jelingan tersebut. Hampir pening dibuatnya. Manakan tidak, apabila sepuluh pelajar yang menjelingnya, sepuluh kali jugalah dia membalas jelingan tersebut.
Apabila tiba di tempat duduknya, matanya tertumpu pada Haruto yang sedang menongkat wajahnya melihat ke arah Seokyung. Sudah macam lelaki angau pun.
“Dah kenapa pandang macam tu?” spontan soalan itu keluar daripada mulut Seokyung. Dia mula duduk di tempatnya manakala Haruto menggeleng perlahan. Lelaki itu masih setia merenung wajah Seokyung membuatkan Seokyung berasa tidak selesa. Rasa macam diperhatikan oleh lelaki gatal pun ada.
“Nak apa sebenar—”
“Dah sarapan?” soal Haruto. Tangannya laju mengeluarkan sebuah bekal makanan berwarna hijau dari beg galasnya. Lantas bekal makanan itu diletakkan di atas meja Seokyung. “Tu bakal mak mentua masakkan.” beritahu Haruto tanpa segan silu.
Seokyung terbatuk kecil. Matanya juga membulat sebaik sahaja Haruto bercakap sedemikian.
Bakal mak mentua? Bercinta pun belum ada hati nak kahwin. Belajar pun tak habis lagi. Bapak perasan si Haruto ni.
“Kenapa muka macam tu? Nak makan sama-sama ke?” soal Haruto. Tangannya laju membuka bekal makanan tersebut.
Eh, anak Watanabe ni. Kenapalah lelaki ni jenis selamba badak je? Haih, menyesal pula kenal dengan Haruto ni. Sudahlah jenis tak tahu malu. Dia pula yang malu bila ada beberapa orang rakan sekelas mula berbisik apabila mendengar perbualannya dengan Haruto.
“Ni, mama buat gimbap khas untuk bakal menantu dia.”
Nampak tu. Selamba badak je dia cakap Seokyung macam tu! Malu gais.
Seokyung hanya melihat gimbap itu tanpa perasaan. Haruto yang perasan dengan kelakuan Seokyung itu terus menyoal gadis itu. “Kenapa, nak suap ke?”
Haishhh, boleh jadi gila Seokyung duduk lama-lama dengan Haruto ni. Haruto bukan jenis yang memaksa secara kasar tapi memaksa secara halus. Ada sahaja kata-kata yang diungkapkan untuk membuatkan Seokyung makan gimbap itu. Buktinya tadi tu.
Seokyung melepaskan keluhan kecil sebelum mencapai sepotong gimbap itu. Dengan kadar yang perlahan, gimbao tersebut sudah selamat masuk ke dalam mulutnya.
“Bagusnya sayang saya ni.” puji Haruto. Rambut Seokyung diusap perlahan. Panggilannya terhadap Seokyung pun sudah bertukar daripada ‘aku kau’ menjadi ‘saya awak’.
Terkelip-kelip mata Seokyung melihat Haruto. Jantungnya juga secara tiba-tiba berdegup dengan laju disebabkan perbuatan lelaki itu.
Aishhh, anda sudah mengapa wahai jantung?
•
•
•
•
•“Jom, balik sama-sama.” ajak Haruto. Sejak malam Haruto membawa Seokyung berjumpa dengan keluarganya, hari-hari lelaki itu akan menghantarnya pulang ke rumah.
Seokyung mempedulikan Haruto. Begitulah setiap hari. Seokyung akan berjalan keluar kelas dahulu meninggalkan Haruto di dalam kelas yang sedang sibuk mengemas meja dan begnya.
Selang beberapa minit, sebelum melangkah keluar dari kawasan sekolah, pasti Haruto akan berlari mendapatkan Seokyung. Haruto juga akan mengenggam tangan Seokyung erat sambil jalan beriringan pulang ke rumah.
Pada mulanya, Seokyung tidak selesa dengan perbuatan Haruto terutamanya memegang tangannya. Namun, lama kelamaan dia sudah dapat membiasakan dirinya dengan perkara tersebut.
“Nak makan dulu tak?”
Itulah soalan yang akan ditanyakan oleh Haruto kepada dirinya. Kadang-kala Seokyung bersetuju untuk makan bersama dengan lelaki itu sebelum pulang ke rumah. Adakalanya, Seokyung lebih selesa untuk makan di rumah. Semua perbelanjaan makanan dibelanja oleh Haruto. Lelaki itu langsung tidak berkira dengan Seokyung malah langsung tidak meminta duit gadis itu walaupun Seokyung lebih kaya daripada dirinya.
Selang 20 minit berjalan,Seokyung dan Haruto tiba di hadapan Hera Palace. “Jaga diri. Jangan lupa makan.” kebiasaannya itulah pesanan yang diberikan oleh Haruto kepada Seokyung sebelum mereka berdua berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing.
Haruto turut mengucup dahi Seokyung sebelum pulang ke rumah. “Take care. Love you.” ujar Haruto sebelum melangkah pulang ke rumahnya.
Seokyung memegang dadanya.
Dup
Dap
Dup
DapWahai jantung. Jangan berdegup laju sangat, please.
_________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanficDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21