ep 07:
RevengeSelesai menukar baju, Seokyung melangkah keluar daripada tandas awam itu. Mata Seokyung terus tertumpu kepada Haruto yang sedang berdiri di hadapan tandas awam itu.
Mata Haruto melihat Seokyung dari atas hingga ke bawah lalu tangannya menghulurkan sehelai baju dan seluar kepada gadis itu.
“Aku beli tadi. Ingatkan kau tak ada baju lain nak tukar.” kata Haruto tanpa perasaan.
“Kalau nak ambil, tak nak aku buang.” ugut Haruto apabila sedari tadi Seokyung tidak mengambil baju dan seluar daripada tangannya.
Mendengarkan ugutan itu, Seokyung terus mengukirkan senyuman sinis. Tangannya disilangkan pada dada sambil matanya tajam merenung Haruto.
“Heh, aku tak akan terima pemberian orang. Itu konsep hidup aku.” balas Seokyung dengan penuh sombong. Kakinya terus melangkah meninggalkan Haruto di belakang.
Haruto hanya tersenyum sinis melihat perangai Seokyung itu. Dia menghantar pemergian Seokyung melalui ekor matanya.
“Kau masih sama, Joo Seokyung. Langsung tak berubah.”
°
°
°
°
°Pelajar bertubuh gempal itu hampir menangis apabila melihat pantulan dirinya di cermin. Sudahlah badannya diselaputi dengan telur, berbau hanyir pula tu. Nasib baiklah tanda awam ini kosong ketika ini.
Jika tidak pasti mendapat pandangan pelik daripada orang ramai.
Pelajar bertubuh gempal itu buntu mahu membersihkan dirinya yang sudah diselaputi telur. Sudahlah dia tidak mempunyai baju lain. Takkanlah dia nak pakai baju yang basah balik ke rumah?
Huaaaaaaa
Secara tiba-tiba tandas itu dimasuki oleh seorang pelajar lelaki. Pelajar bertubuh gempal itu menundukkan mukanya agar pelajar lelaki itu tidak dapat melihat dan mengecam wajahnya.
Sebuah beg plastik diletakkan di atas singki sebelah pelajar bertubuh gempal itu.
“Tu baju untuk kau.” ujar pelajar lelaki itu secara tiba-tiba membuatkan pelajar bertubuh gempal itu mengangkat wajahnya untuk melihat identiti pelajar lelaki tersebut.
Dia membulatkan matanya. “Joo Seokhoon?”
Seokhoon mengangkat sebelah keningnya. “Aku tak ada niat untuk tolong kau tapi Seokyung dah melampau. Maafkan dia.” kata Seokhoon lalu beredar dari situ.
“Terima kasih, Seokhoon.”
°
°
°
°
°
Jeongwoo keluar daripada tempat persembunyiannya. Kakinya melangkah mendekati Haruto yang sedang berdiri di hadapan tandas awam itu.
Haruto terus mengangkat wajahnya memandang Jeongwoo.
“Kenapa kau tolong dia?”
“Dia tak layak mendapat pertolongan kau.”
“Haruto—”
“Jeongwoo.” kata Haruto. Serentak itu, Jeongwoo menghentikan segala percakapan, persoalan dan kutukannya terhadap Seokyung. Dia mengunci mulutnya.
“Kau tahu kan aku tak suka tengok orang kena buli?” soal Haruto kepada Jeongwoo. Jeongwoo mengeluh lemah lalu kepalanya dianggukkan secara perlahan-lahan tanda 'ya'.
“Pembulian kau begitu teruk. Aku tak suka.” beritahu Haruto. Dia menepuk bahu Jeongwoo perlahan. “Hentikan pembulian tu, Jeongwoo.” arah Haruto perlahan.
Jeongwoo menepis tangan Haruto yang menyentuh bahunya. Matanya tajam merenung Haruto lalu bibirnya mengukirkan senyuman sinis.
“Haruto, kau tak ingat ke dia buli kau sewaktu di Cheong-A High School dulu sebab kau berisi dan masuk sana dengan menggunakan bantuan?”
“Lepas je kau berhenti sekolah tu, kau jadi trauma. Tak nak datang ke sekolah selama tiga bulan. Kau ingat aku boleh duduk diam selepas apa yang terjadi pada kau?”
Jeongwoo menggelengkan kepalanya. “Aku tak boleh tengok perempuan tu senang. Dia dah buli kawan baik aku sendiri. Dan sekarang aku nak dia rasa kesusahan kau sewaktu di sana.” kata Jeongwoo separa marah kerana tidak dapat menahan amarahnya.
Tercungap-cungap dia mengambil nafas selepas melepaskan amarah yang telah lama dipendam.
Ya, bukan dia yang dibuli oleh Seokyung semasa di Cheong-A High School tetapi Haruto. Semua perkara yang diberitahu oleh Jeongwoo kepada Seokyung semasa di kantin adalah tipu belaka.
Jeongwoo sengaja mahu menakutkan Seokyung. Dia juga mahu Seokyung merasai keperitan apabila dibuli.
Jeongwoo mahu membalas semua pembulian Seokyung terhadap Haruto.
Just wait Joo Seokyung, Park Jeongwoo is waiting for the right time.
___________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanficDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21