Keadaan Seokyung sama seperti sewaktu dia mula-mula berpindah dahulu dan kali ini lebih teruk. Dia sentiasa keseorangan dan tiada teman. Pembulian terhadap dirinya semakin galak dilakukan terutamanya oleh Haruto.
Setiap hari ada sahaja pembulian yang dilakukan oleh Haruto terhadap Seokyung. Paling menarik sekali adalah Haruto membuli Seokyung dengan cara yang berbeza-beza. Setiap hari ada sahaja idea lelaki itu membulinya.
Minggu lepas, Haruto menghalang Seokyung daripada tiba ke sekolah tepat pada masanya. Akibatnya, Seokyung terpaksa berlari 10 pusingan padang sebagai denda.
Kelmarin, Haruto berkata kepada Seokyung bahawa Choi Songsaenim iaitu guru pendidikan jasmani mereka memanggilnya ke stor sukan. Setelah sampai di stor sukan, Seokyung terkurung di dalam. Akibatnya, dia dikira ponteng kelas dan terpaksa mengemas stor sukan setiap kali lepas sekolah.
Semalam, apabila Seokyung membuka beg sekolahnya, secara tiba-tiba berekor-ekor lipas keluar merayap daripada begnya. Seokyung terus menjerit lantang sehingga menyebabkan Lee Songsaenim menghentikan sesi pengajaran dan pembelajarannya. Seokyung dituduh memasukkan lipas itu sendiri kerana tidak mahu mendengar Lee songsaenim membebel di hadapan kelas.
Tuduhan yang tidak berasas itu semestinya dibuat oleh Haruto. Lee Songsaenim terus mengamuk sebaik sahaja mendengar tuduhan Haruto itu. Akibatnya, Seokyung didenda mencuci tandas sekolah selama seminggu.
Dan hari ini, sebaik sahaja Seokyung masuk ke dalam kelasnya, sebaldi air jatuh mengenai badannya. Tidak cukup dengan itu, dia dapat tahu bahawa air itu adalah air mop lantai tandas sekolahnya. Terus sahaja Seokyung bergegas ke tandas untuk memuntahkan isi perutnya.
Sudahlah air mop tandas, kotor pula tu. Dia geli!
Seokyung melihat biasan wajahnya pada cermin tandas. Kenapa dia perlu melalui semua ni?
“Kau kuat, Seokyung. Lawan je dia orang tu!” Seokyung cuba untuk memberikan kata-kata semangat kepada dirinya. Namun setitik demi setitik air mata gugur di kelopak matanya.
Hik!
Hik!
Hik!Ya, dia tak kuat. Dia cuma seorang gadis yang lemah.
•
•
•
•
•Nama: Joo Seokyung
Hubungan: anak“Appa.” panggil Seokyung sebaik sahaja melihat ayahnya, Joo Dantae yang berada di sebelah sana. Mereka terpisah dengan sebuah cermin.
Disebabkan tidak tahan dengan pembulian Haruto, Seokyung datang ke penjara untuk mengadu kepada ayahnya.
Dantae tersenyum nipis melihat anak gadis yang disayangi dan dikasihinya itu. Matanya kemudian menangkap mata Seokyung yang sembap namun didiamkan sahaja. Manalah tahu, kalau dia tegur, Seokyung terus beredar dari situ. Sudahlah susah mahu membuat anaknya datang melawat dirinya selepas apa yang telah berlaku.
“Seokyung ada masalah ke?” lembut sahaja nada yang digunakan oleh Dantae untuk bertanya kepada anak gadisnya itu.
Seokyung menggeleng perlahan. Matanya melihat wajah Dantae. “Seokyung cuma rindu appa.” tipu Seokyung. Walhal kehadirannya ke sini adalah untuk memberitahu perkara yang telah berlaku di sekolah. Namun, mulutnya tidak mahu memberitahu perkara tersebut. Terkunci rapat terus.
Dantae merenung wajah Seokyung. “Jeongmal?“
Gadis itu mengangguk perlahan membuatkan Dantae mengeluh perlahan. “Mianhae.” ucap lelaki separuh abad itu. Seokyung mengerutkan dahinya. Kenapa ayahnya mahu meminta maaf kepada dirinya? Lelaki itu ada buat salah terhadap dirinya kah?
“Disebabkan appa, Seokyung jadi begini.” luah Dantae.
Seokyung menggeleng perlahan. “Ani, bukan salah appa—”
“Kalau Seokyung ada masalah, luah pada Seokhoon atau omma. Dalam keadaan appa yang macam ni. Appa tak dapat nak bantu Seokyung.” ujar Dantae lalu mulutnya melepaskan keluhan kecil.
“Tapi kalau masalah Seokyung terlalu berat, appa akan minta bantuan peguam appa.”
_______
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanficDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21