“Tak sangka kan. Haruto suka perempuan jenis macam tu.”
Hampir tergelak Seokyung dibuatnya apabila mendengar kata-kata tersebut. Semenjak dia melangkah masuk ke kawasan perkarangan sekolah, makin galak telinganya mendengar kutukan demi kutukan yang keluar daripada mulut-mulut pelajar di sekolah ini. Semuanya disebabkan kejadian semalam. Kejadian Haruto meluahkan perasaan terhadap dirinya.
“Dia tu bukannya cantik mana pun. Haruto tu dah buta agaknya.” kutuk satu suara lagi tanpa segan silu walaupun Seokyung sedang berada di sebelahnya. Pelajar perempuan itu langsung tidak peduli tentang perasaan Seokyung ketika mengutuk gadis itu.
Seokyung tenang. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda hendak marah. Tetapi siapa tahu apa yang terpendam di dalam hati gadis itu. Kalau boleh mahu sahaja dia menampar mulut seorang demi seorang yang mengutuk dirinya. Tak pun dia akan menyaman semua pelajar yang bercakap buruk di belakangnya.
Seokyung tiba di hadapan lokernya. Lokernya dibuka untuk mengambil beberapa buku bagi mata pelajaran yang terdapat pada hari ini.
“Heh, perempuan tak sedar diri memang macam tu. Dahlah perasan cantik. Ada hati nak bercinta dengan Haruto.” ujar seorang pelajar perempuan yang sedang mengambil buku di loker yang terletak berhadapan dengan loker Seokyung. Seokyung mengetap bibirnya.
Fuh, kali ini Seokyung memang tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Lokernya yang terbuka terus ditutup kasar membuatkan semua pelajar yang berdekatan menolehkan wajah melihat ke arahnya termasuklah pelajar perempuan yang mengutuk dirinya sebentar tadi.
Seokyung memusingkan badannya ke bekakang untuk menghadap pelajar perempuan itu. Dia memeluk tubuhnya. Kemudian, matanya melihat pelajar perempuan itu dari atas hinggalah ke bawah. “Shin Sooji.” panggil Seokyung setelah melihat tanda nama pelajar perempuan itu.
Pelajar yang bernama Shin Sooji itu turut melihat Seokyung. Mereka berbalas pandangan buat seketika. “Kau ni tak ada lah cantik mana.” kutuk Seokyung dengan beraninya.
“Muka tak putih.”
“Baju pun macam baju lama. Ni mesti baju kakak kau kan. Turun temurun pakai.”
“Daripada beg kau pun aku tahu kau ni miskin.”
Terus-terusan Seokyung mengutuk Sooji, melepaskan rasa amarahnya. Seokyung tersenyum sinis apabila Sooji diam membisu. Ditambah dengan muka pucat Sooji lagi. Ini yang membuatkan Seokyung bertambah gembira mahu memprovok gadis itu.
“Kenapa dah tak ada mulut nak cakap? Tak pun kau takut dengan aku. Heh, dasar penakut!” kutuk Seokyung lagi. Kakinya mula melangkah mendekati Sooji lalu wajahnya didekatkan pada telinga gadis itu. “Kau ingat aku ni mudah untuk dibuli ke? Maaflah ni Joo Seokyung anak Joo Dantae yang kau orang kata pembunuh tu. Anak pembunuh tak akan mudah mengalah.” bisik Seokyung di telinga Sooji.
Kata-kata itu bukan sekadar bisikan tetapi lebih kepada ugutan. Biar perempuan tak sedar diri tu tahu Seokyung boleh menjadi seorang yang menakutkan apabila dia marah. Seokyung menjauhkan wajahnya dari telinga Sooji. Sebuah senyuman mengejek terukir di bibirnya.
Sengaja mahu membuat pelajar perempuan itu sakit hati. Tangannya bertindak menepuk bahu Sooji perlahan.
“Tolong sampaikan pesanan aku tadi kepada seluruh warga sekolah ya. Aku dah penat nak dengar kutukan mereka yang tak berasas tu. Jangan sampai anak pembunuh ni jadi pembunuh sudah.” pesan Seokyung yang berbaur ugutan. Dia melihat wajah Sooji buat seketika sebelum beredar.
“Dasar perempuan tak sedar diri. Kutuk belakang-belakang bolehlah. Bila berhadapan dengan aku pucat terus.” sengaja Seokyung berkata dengan kuat agar pelajar-pelajar lain mendengar kata-katanya itu.
Heh, ini Joo Seokyung lah. Kau kutuk aku, aku kutuk kau balik. Kau buli aku, aku buli kau balik.
_________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanficDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21