30☄️

358 66 6
                                    

Haruto mencelikkan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haruto mencelikkan matanya. Jam yang berada di dinding dilihat.

Pukul satu pagi namun Haruto masih tidak boleh tidur. Entahlah, perbualan antara dirinya dan Jeongwoo asyik terngiang-ngiang di telinganya. Bila mata dipejamkan lagilah ingatan itu galak mengacaunya.

Haishh. Nasib baiklah esok cuti. Kalau bangun lambat pun tidak mengapa.

Haruto mencapai telefon yang berada di tepinya. Aplikasi mesej dibuka lalu nombor Seokyung ditekan.

You
Jom date esok
:)

H

aruto menutup telefonnya. Dia rasa Seokyung pasti akan membalas mesejnya pagi tadi. Yelah, sudah pukul satu pagi takkan gadis itu masih berjaga kan?

Ting!

Haruto terus mencapai telefonnya. Mesej daripada Seokyung telah selamat dihantar kepada dirinya. Dengan laju, Haruto membuka mesej tersebut.

From: j.seokyung
Ok
;)

Haruto merenung mesej itu lama.

Itu je? Ok? Ok je? Tak ada perkara lain atau sebarang pertanyaan nak tanya pada Haruto ke?

Contohnya, pergi mana? Keluar pukul berapa? Tunggu di mana?

Tapi Seokyung hanya membalas ‘ok’ sahaja. Biar betul perempuan ni?

Jari-jemari Haruto terus laju menari di atas papan kekuncinya. Sekali imbas nampak macam menaip sambil marah. Laju bukan main.

You
Ok je? Tak ada soalan ke?


From: j.seokyung
Nak tanya apa lagi?
Dah malam, aku mengantuk.
Nak tidur.
Nak bincang, bincang pagi esok.
Bye!

Haruto terus bangun dari pembaringannya. Geram sungguh. Mesej Seokyung itu seperti mahu bergaduh sahaja dengan dirinya.

Dasar perempuan tak kenal untung! Aku dah bercinta dengan kau pun tak bersyukur lagi!

Kau siaplah Joo Seokyung. Aku akan mulakan rancangan aku dalam masa yang terdekat. Kau tunggu!

Waktu tu kau jangan nak merayu pada aku. Memang aku pijak-pijak badan kau!










Seokyung berlari mendapatkan Haruto apabila melihat Haruto yang sedang menuju ke arahnya. Terus sahaja dia memeluk lelaki itu. Dengan wajah yabg meluat, Haruto membalas pelukan Seokyung. Belakang badan gadis itu diusap lembut.

“Maaf tentang mesej malam tadi. Nampak macam kasar sangat.” ujar Seokyung. Wajahnya didongakkan melihat Haruto. “No, it's okay. Aku faham kau tengah mamai waktu tu.” balas Haruto, berpura-pura.

Walhal malam tadi, hampir semua kata-kata kesat diluahkan khas untuk Seokyung. Geram dengan sifat Seokyung punya pasal. Dan sekarang ni pula, dia berpura-pura faham tentang gadis itu.

Dengar sini Watanabe Haruto. Anda memang fake!

Seokyung melepaskan pelukannya pada tubuh badan Haruto. Wajahnya masih diangkat untuk melihat wajah kacak lelaki itu.

“Kita nak pergi mana ni?” soal Seokyung polos. Iyalah pertama kali keluar bertemu janji kot. Teruja lah juga.

Haruto terus memegang tangan Seokyung. “Tengok wayang, jom.” ajak Haruto. Seokyung mengangguk laju tanda setuju.













Sepanjang berada di panggung, mata Haruto asyik tertumpu pada Seokyung sahaja. Skrin besar yang berada di hadapan diendahkannya. Tumpuannya lebih kepada Seokyung tika ini.

Gadis itu seakan-akan mempunyai auranya yang tersendiri agar Haruto sentiasa melihat dan memerhatikannya. Secara tiba-tiba Haruto terus teringat kata-kata Jeongwoo malam tadi.

Mulut boleh menipu tapi hati tak. Mulut kata benci tapi hati kata sebaliknya. Samalah macam perbuatan kau tu. Cara kau layan Seokyung nampak macam kasar tapi mata kau bersinar bila tengok dia

Memang Haruto tidak dapat menafikan kata-kata Jeongwoo itu ada juga benarnya. Secara perlahan-lahan dia mula jatuh hati pada Seokyung. Eh, tak. Sejak di Cheong-A High School lagi dia sudah tertarik pada Seokyung.

Walaupun Seokyung membuli dirinya, dia bertahan walaupun agak sukar. Tetapi lama-kelamaan, Haruto mula mengalah. Seokyung terlihat seperti tiada perasaan hendak berubah. Jadi, Haruto mengambil keputusan untuk berpindah.

Namun, siapa sangka. Seorang Joo Seokyung tidak akan pernah berubah. Orang jahat selalunya sukar untuk berubah. Disebabkan itu jugalah, Haruto perlu meneruskan rancangannya walau apa pun yang terjadi.

Life goes on...

________

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now