22☄️

381 64 7
                                    

“Seokyung, sini!” suara Haruto mula bergema di seluruh kantin sekolah menyebabkan hampir kesemua pelajar memandang ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Seokyung, sini!” suara Haruto mula bergema di seluruh kantin sekolah menyebabkan hampir kesemua pelajar memandang ke arahnya. Iylah, siapa je yang tak kenal Joo Seokyung. Pelajar yang dahulu pernah membuli ‘Park Jeongwoo’.

Seokyung seperti mahu menyorokkan mukanya sahaja apabila hampir semua pelajar melihat ke arah dirinya. Dia yang sedang menatang dulang makanan segera bergerak ke arah Haruto. “Nak apa?” soalnya laju kerana tidak selesa dengan pandangan pelajar-pelajar di situ.

Bibir Haruto mula mengukirkan senyuman. Tangannya dihalakan ke arah tempat duduk di hadapannya menyuruh agar Seokyung mengambil tempat di situ. Namun, Seokyung mengerutkan dahinya seakan-akan tidak memahami arahan Haruto. Padahal dia sudah mengetahui niat Haruto sejak lelaki itu memanggil namanya lagi.

Haruto menggunakan isyarat matanya pula agar Seokyung duduk berhadapan dengan dirinya. Namun, Seokyung tetap teguh berdiri di tepi Haruto membuatkan Haruto berasa geram.

Eii, minah ni aku suruh duduk, duduk jelah. Apa yang susahnya, kata hati Haruto.

Lelaki itu tetap bersabar dengan perangai Seokyung. Bibirnya masih mengukirkan senyuman manis. Akhirnya sebuah idea mula terpancul di fikiran Haruto.

“Duduk, sayang.”

Hampir terbeliak mata Seokyung mendengar arahan Haruto itu. Biar betik Haruto memanggil dirinya sebagai ‘sayang’. Seokyung masih tidak bersetuju untuk bercinta dengan Haruto kot. Yang Haruto memandai-mandai nak panggil dirinya sayang ni sudah kenapa? Dah sewel?

Sudahlah ramai pelajar yang berada di situ. Habis mereka semua sudah mula berbisik-bisik disebabkan panggilan Haruto terhadap Seokyung itu tadi. Mampuslah, mesti kecoh nanti.

“Tunggu apa lagi? Nak kena cium pipi dulu ke baru duduk?” lagi galak Haruto mengusik Seokyung. Kali ini pipi Seokyung sudah mula memerah. Mungkin marah dan mungkin juga malu. Entahlah, Haruto tidak dapat menganggak. Joo Seokyung memang seorang gadis yang sukar untuk dijangka.

Walaupun marah bercampur malu, Seokyung tetap mengikut arahan Haruto iaitu duduk berhadapan dengan Haruto. Dulang makanan yang ditantang tadi diletakkan di atas meja secara kasar. Dengan kata lain, dicampakkan ke atas meja. Seokyung mahu memprotes. Tidak puas hati apabila Haruto sesuka hati memanggilnya sayang.

Haruto sedari tadi asyik mengukirkan senyuman sahaja apabila melihat Seokyung marah. Dalam hati dia bersorak kegirangan kerana berjaya menyakitkan hati Seokyung.

Just wait, Seokyung. Selepas ni lagi teruk aku kenakan kau.


























“Cik Joo, mana buku latihan awak?” soal Lee songsaenim. Seokyung menundukkan wajahnya memandang lantai. Dia tidak tahu mahu memberikan alasan apa kepada guru garang itu.

Pagi tadi, dia sudah memastikan buku latihan Bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam begnya. Alih-alih buku latihan itu hilang apabila Lee songsaenim mahukannya. Pelik tapi benar. Takkan buku itu ada kaki kot.

Mianhae, saem. Saya rasa saya dah masukkan dalam beg pagi tadi. Tapi saya janji saya dah siapkan kerja sema—”

“Awak ingat saya nak percaya!” jerkah Lee Songsaenim menyebabkan bahu Seokyung terangkat. Terkejut dengan jerkahan itu. Nama sahaja guru perempuan tapi suaranya mengalahkan lelaki apabila menjerit. Sudah macam petir menyambar pokok.

Seokyung mula menggigit bibirnya. “Mianhae, saem.” pinta Seokyung berkali-kali. Badannya juga ditundukkan pada Lee songsaenim sebagai tanda maaf.

Lee songsaenim menghadiahkan sebuah jelingan setajam pedang kepada Seokyung. “Siapa je lah yang ada kat rumah tu nak belajar Bahasa Inggeris sampai tertinggal buku. Datuk? Nenek?”

Mahu sahaja Seokyung menjawab soalan typical Lee songsaenim tu. Ya, orang gaji saya belajar Bahasa Inggeris. Saem ada orang gaji yang pandai Bahasa Inggeris? Tak ada kan?

Fuh, mesti gempak kalau dia melawan macam tu. Tapi itulah ‘kalau’. Dia masih tidak mempunyai keberanian untuk melawan guru wanita itu. Silap hari bulan, dia dibuang daripada sekolah ini. Naya!

“Pergi berdiri dekat luar!” arah Lee songsaenim. Seokyung terus melangkahkan kakinya untuk berdiri di luar kelas. Sejurus itu, Lee songsaenim terus meneruskan sesi pengajaran dan pembelajarannya.

Dalam diam, Haruto mengambik sebuah buku di bawah laci mejanya. Kulit buku tersebut dilihat.

Name: Joo Seokyung.
Subject : English

Haruto tersenyum sinis. Puas hatinya dapat mengenakan Seokyung.

_________

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now