12☄️

418 74 0
                                    

Ep 12:Fans

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ep 12:
Fans

Sejak Jeongwoo dan Younghoon tidak membuli dan mengacau Seokyung, gadis itu menerima banyak surat-surat cinta daripada pelajar-pelajar sekolah ini. Bukan setakat itu sahaja, terkadang mejanya penuh dek kerana makanan dan hadiah yang diberikan kepadanya.

Heh, nampak sangat pelajar-pelajar di sekolah ini fake. Buktinya sewaktu dia mula-mula pindah dahulu, semua pelajar mengutuk, mencaci dan memanggilnya sebagai ‘anak pembunuh’. Apabila keadaan mulai reda, hampir semua pelajar berpusu-pusu memberikan surat dan hadiah kepada dirinya.

Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa dia seorang gadis yang cantik dan comel. Mungkin sebab itulah ramai pelajar lelaki yang terpikat kepada dirinya.

Seokyung memberhentikan langkahnya apabila tiba di hadapan lokernya. Sticky-sticky note yang pelbagai bentuk dan warna yang dilekatkan pada loker itu dilihat tanpa sebarang perasaan. Kemudian, tangannya membuka pula loker itu. Habis berterabur surat-surat cinta yang diselitkan di dalam lokernya itu.

Seokyung mendengus geram. Sudah lima hari perkara ini berlaku. Dia marah. Takkan setiap kali dia mahu membuka loker, setiap kali itu jugalah surat-surat akan jatuh berterabur dek terlalu penuh.

Seokyung mengambil surat-surat yang berada di dalam loker dan yang telah jatuh itu. Kemudian, surat-surat itu dironyakkan tanpa membacanya terlebih dahulu lalu dimasukkan ke dalam tong sampah.

Sticky-sticky notes yang dilekatkan pada lokernya juga dicabut serta dironyokkan dan menjadi makanan tong sampah.

Seokyung mengukirkan senyuman kepuasan. Akhirnya lokernya menjadi seperti sedia kala.

Tidak semak
dan
tidak bersepah.

Seokyung membuka lokernya sekali lagi dan kali ini kerana dia mahu mengambil buku.

“Uyooo, banyaknya surat-surat cinta yang anak pembunuh ni dapat.”

Cit, again?

Seokyung berdecit perlahan. Daripada nada suara tersebut, dia sudah dapat mengagak siapakah gerangan yang berkata sedemikian. Perbuatannya untuk mengambil buku terus terganggu di dalam loker tersebut terua terganggu.

Seokyung menutup loker tersebut dengan kasar lalu wajahnya ditolehkan ke sebelah kanan di mana individu tersebut berada.

“Kau nak apa lagi, mulut puaka?” soal Seokyung seperti tidak berpuasa hati. Geram apabila dirinya sentiasa diganggu.

Jeongwoo menyentuh tepi bibirnya lalu kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

“Tak adalah. Aku cuma tertanya-tanya—”

“—pelajar-pelajar yang suka anak pembunuh macam kau. Aku terfikir juga, dia orang tu buta ke?”

Seokyung mengimbaskan rambutnya ke belakang. Dia merenung wajah Jeongwoo. “Aku tak rasa dia orang buta. Maklumlah aku ni kan cantik, comel pula tu.” Seokyung memuji dirinya sambil mengelip-ngelipkan matanya di hadapan Jeongwoo. Dalam masa yang sama, dia mahu membuat Jeongwoo berasa annoying dengan perangainya.

Jeongwoo mendengus kegeraman. Dia mahu sakitkan hati Seokyung tetapi dia pula yang sakit hati sekarang ni.

“Err, sunbae.” tegur seorang pelajar lelaki yang berada di sebelah Seokyung. Seokyung  dan Jeongwoo terus menolehkan wajah mereka ke arah pelajar lelaki tersebut. Seokyung mengerutkan dahinya apabila melihat pelajar lelaki itu asyik menunduk ke lantai manakala mata Jeongwoo hampir terbuntang melihat pelajar lelaki tersebut.

“Yah, So Junghwan kau buat apa ni?” soal Jeongwoo. Nada suaranya seperti dia marah dengan kehadiran pelajar lelaki yang bernama So Junghwan di situ.

Secara malu-malu, Junghwan memberikan sekeping surat kepada Seokyung. “Ni, untuk sunbae.” ujar Junghwan malu-malu.

“Tolonglah terima. Ini adalah luahan hati saya!”

Seokyung hanya memandang sahaja surat tersebut tanpa berniat untuk mengambilnya. Kemudian, wajahnya diangkat melihat ke arah Jeongwoo.

“Jadi, kau nak kata budak ni buta sebab sukakan aku?” perli Seokyung. Dia menaikkan sebelah keningnya, sengaja mahu menyakitkan hati Jeongwoo.

Junghwan terus mengangkat wajahnya melihat Jeongwoo apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Seokyung.

“Jeongwoo hyung!” marah Junghwan seakan-akan tidak berpuas hati apabila dikutuk oleh Jeongwoo. Dia terus beredar dari situ.

“Junghwan, hyung tak bermaksud nak–” panggil Jeongwoo sambil mengejar langkah Junghwan.

Seokyung memeluk tubuhnya sambil melihat telatah Junghwan dan Jeongwoo itu. “Dasar tak matang!” kutuknya.

________

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now