the next day—“Maaf.” pinta Haruto. Sebuku roti dan sekotak susu diberikan kepada Seokyung yang berada di sebelahnya.
Namun hampa, Seokyung langsung tidak melihat ke arah Haruto malah makanan yang diberikan kepada Haruto dihiraukan. Gadis itu lebih gemar menyiapkan latihan subjek ‘Bahasa Inggeris’ semalam gara-gara terlupa mahu menyiapkannya.
“Maaf.”
“Sorry.”
“Mianhae.”
Berulang kali perkataan ‘maaf’ itu diucapkan oleh Haruto kepada Seokyung tetapi Seokyung lebih selesa untuk mempedulikannya sahaja.
Apa, ingat dengan meminta maaf dan memberikan makanan boleh buat dia lupa tentang kejadian semalam?
Maaflah, she cannot forget about it.
Terlalu kasar kata-kata Haruto semalam sehingga dia terasa. Seumur hidupnya, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan seorang manusia yang bercakap secara kasar sehingga menyakitkan hati orang lain. Selalunya dia yang bercakap kasar kepada orang lain tetapi kata-katanya masih lagi dapat dimaafkan.
Ataupun pelajar di sekolah ini memang sudah terbiasa untuk bercakap kasar sehingga membuatkan seseorang itu terasa? Huh, sekolah orang pertengahan memang berlainan betul dengan sekolah orang berprestij tinggi. Sebab itulah Seokyung benci bersekolah di sini.
“Seokyung–ahh, mianhaeyo..” pinta Haruto meleret-leret. Kali ini matanya sengaja dikelip-kelipkan agar kelihatan comel. Walhal Seokyung langsung tidak melihat mahupun menoleh ke arahnya.
“Aku tahu aku melampau semala—”
Pak!
Buku latihan subjek bahasa inggeris itu sengaja ditutup dengan kuat. Dalam erti kata lain dia mahu memberi hint kepada Haruto bahawa Haruto bersifat annoying sekarang ini.
Haruto tidak terkejut malah keningnya dijongketkan. “Kenapa nak tutup buku tu kuat-kuat?” soal Haruto selama walaupun sudah mengetahui jawapannya. Seokyung marah akan dirinya jadi dia sengaja mahu menyakitkan hati Seokyung lagi.
Seokyung mengetap giginya. Geram pula dengan Haruto ni. Aish, Haruto ni sengaja buat-buat tak faham atau betul-betul tak faham?
Seokyung menggulingkan bebola matanya ke atas. Dia bangun dari duduknya. “Ada nyamuk tadi eh langau. Itu yang kena tutup kuat-kuat. Biar mati terus!” perli Seokyung habis-habisan. Dia mula melangkah keluar dari kelas itu.
Haruto berdecit perlahan melihat perangai Seokyung itu. Dengan pantas dia mengikut langkah Seokyung dari belakang.
Apabila perasan diikuti oleh Haruto, Seokyung melajukan langkahnya. Haruto juga melajukan langkahnya.
Seokyung melajukan langkahnya kali ini seperti dia berlari anak. Haruto juga begitu.
Seokyung berdecit perlahan. Ish, kenapalah nak ikut aku? Bencilah gini!
Kini, Seokyung melajukan langkahnya lagi. Kali ini, dia berlari pula.
Akhirnya, setelah sampai di taman sekolah, Seokyung mula berhenti berlari. Tercungap-cungap dia mengambil nafas kerana penat berlari. Sambil-sambil itu matanya dililaukan ke sekeliling untuk mencari kelibat Haruto.
Seokyung menghembus nafas lega apabila matanya langsung tidak menangkap kelibat Haruto di situ. Dia mengimbaskan tangannya pada muka.
Berpeluh. Panas kerana berlari. Semua ini sebab Haruto. Jika lelaki itu tidak mengejarnya, pasti sahaja dia tidak perlu berlari!
I hate you, Watanabe Haruto!
Setelah nafasnya kembali stabil, Seokyung kembali melangkah. Destinasinya adalah koperasi sekolah.
Secara tiba-tiba lengannya dipegang oleh seseorang. Dia terus menolehkan kepalanya ke belakang. Hampir terkejut Seokyung dibuatnya apabila lelaki itu berada di hadapannya.
“H–Haruto..”
“Why did you runaway?”
Haruto membuka penutup minuman yang berada di tangannya lalu diberikan kepada Seokyung. “For you.” ujar Haruto sambil tersenyum kecil.
Tanpa banyak songeh, Seokyung mengambil minuman itu lalu meneguknya dengan rakus.
Haus!
“Seokyung, I think I have a feeling towards you.”
Pft!
Minuman yang diminum oleh Seokyung tadi tersembur tepat pada muka Haruto menyebabkan Haruto memejamkan matanya.
“Bwo?!”
________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanficDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21