Ep 09:
Change“Di mana Seokyung yang dahulu?”
“Di mana Seokyung yang dahulu?”
“Di mana Seokyung yang dahulu?”
Sudah dua hari Seokyung asyik memikirkan soalan daripada Haruto tempoh hari. Jawapannya sama ada ‘dia sudah mati’ atau ‘dia masih hidup tapi tiada keberanian untuk menonjolkan diri’.
Dan hari ini, Seokyung menemukan jawapan kepada soalan tersebut.
“Hai, anak pembunuh!” tegur salah seorang pelajar yang melintasi Seokyung. Dia tersenyum kegembiraan apabila mengungkapkan ayat tersebut.
Seokyung tersenyum sinis mendengar kata-kata itu. Seraya itu dia membalas ucapan pelajar lelaki itu.
“Kenapa? Kau cemburu? Sekurang-kurangnya aku cantik.”
Pelajar lelaki itu berhenti melangkah dan memusingkan badannya menghadap Seokyung. Wajahnya menunjukkan bahawa dia meluat terhadap Seokyung.
Seokyung memutarkan bebola matanya ke atas dan memeluk tubuhnya. Matanya melihat pelajar lelaki itu dari atas sehinggalah ke bawah.
“Mengikut mata aku, kau ni tak kacak. Hodoh pula tu. Beg yang kau pakai pun tak berjenama. Jadi, kenapa nak kutuk aku?” balas Seokyung dengan penuh berani.
Pelajar lelaki itu mengetap bibirnya dan mengenggam tangannya. Geram dengan sikap Seokyung. Kurang ajar!
“Kenapa? Marah ke wahai Encik Hodoh?” Seokyung memprovok pelajar lelaki itu lagi.
Pelajar lelaki itu melangkah laju ke arah Seokyung. Tangannya diangkat tinggi bersedia untuk menampar Seokyung. Namun, belum sempat dia berbuat sedemikian Seokyung bertindak pantas menyepak kaki pelajat tersebut.
Tidak cukup dengan itu, Seokyung turut menarik rambut pelajar lelaki itu sekuat hatinya.
“Aaah–ahhh”
Bibir Seokyung mengukirkan senyuman kepuasan. “Lain kali nak kutuk aku berpada-pada. Jangan sampai aku tendang kau sampai tak boleh berjalan.” ugut Seokyung lalu melepaskan genggamannya pada rambut pelajar lelaki itu dengan kasar.
Pelajar lelaki itu mengusap kulit kepalanya yang hampir tercabut disebabkan Seokyung. Wajah Seokyung dilihat dengan penuh sakit hati.
Seokyung terus berjalan menuju ke kelasnya mempedulikan mata-mata pelajar yang melihat ke arahnya.
Nampaknya dia sudah menjumpai jawapan kepada semua soalan Haruto terhadap dirinya.
Seokyung yang dahulu sudah kembali!
°
°
°
°
°“Cik Joo, sila ke bilik disiplin sekarang.” arah seorang guru yang datang ke kelas Seokyung. Semua pelajar melihat ke arah Seokyung setelah guru itu memberikan arahan sedemikian.
“Mesti tentang kes tadi.”
“Terkejut aku bila dia membalas kata-kata Younghoon sunbae tadi.”
“Sudahlah Younghoon sunbae anak pengetua sekolah.”
“Seokyung sungguh berani.”
Seokyung terus bangun dari duduknya dan mempedulikan bisikan-bisikan tersebut. Dia tersenyum sinis.
Huh, anak pengetua sekolah je pun. Lainlah dia anak kepada Joo Dantae, orang yang berpengaruh dulu.
Seokyung terus berjalan menuju ke bilik disiplin sekolah. Setelah lima minit berjalan, dia sampai di hadapan bilik disiplin. Pintu bilik tersebut ditolak.
Matanya terus dapat menangkap kelibat ‘Encik Hodoh’ bersama dengan pengetua sekolah di sebelahnya. Choi songsaenim merangkap guru kelasnya juga turut berada di situ.
Seokyung memeluk tubuhnya. Sambil-sambil itu dia memutarkan bebola matanya ke atas. “Encik Hodoh, kenapa kau ada di sini?” soal Seokyung selamba kepada pelajar yang mengejek dirinya pagi tadi sambil mempedulikan pengetua sekolah dan guru kelasnya.
Younghoon mengetap bibirnya lalu terus bangun dari duduknya. “Aku ada namalah perempuan. Kim Younghoon!” balas Younghoon penuh amarah.
Seokyung berdecit perlahan. “Aku pun ada nama. Yang kau asyik panggil aku ‘anak pembunuh’ ‘anak pembunuh’ ‘anak pembunuh’ tu dah kenapa?” kini giliran Seokyung pula membalas.
Younghoon mula terdiam manakala Seokyung mula tersenyum kemenangan.
“Appa.”
Younghoon melihat ke arah lelaki separuh abad di sebelahnya apabila berasa dia akan kalah. Pengetua sekolah melihat ke arah Younghoon dan Seokyung silih berganti. Dia akhirnya mengeluh lemah lalu bangun dari duduknya.
“Maafkan anak saya Cik Joo. Maklumlah pelajar lelaki lambat nak matang.” kata pengetua Kim selamba. Hampir terbeliak Younghoon mendengar kata-kata ayahnya.
Dia ingatkan ayahnya akan membela dirinya namun ternyata tidak.
Pengetua Kim terus piat telinga Younghoon. “Aku hantar kau ke sekolah untuk belajar bukan untuk mengutuk orang.” bebel pengetua Kim sambil piat telinga Younghoon dan keluar daripada bilik disiplin.
“A–Appa, sakit!”
Seokyung menarik nafas lega. Nampaknya dia lebih sesuai menjadi Seokyung yang dahulu.
Seokyung yang berani.
Seokyung yang tabah.
Dan
Seokyung yang kuat melawan.________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
Fiksi PenggemarDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21