“Jemputlah masuk.” ajak Haruto apabila dirinya dan Seokyung tiba di hadapan sebuah rumah yang agak kecil dan ermm agak buruk di mata Seokyung.
Seokyung hanya mampu melihat rumah tersebut dengan ekor matanya. Dalam diam dia mengutuk dirinya kerana menerima ajakan Haruto untuk ke rumah lelaki itu.
Wajah Seokyung dikalihkan melihat ke arah Haruto. Seperti tidak percaya sahaja bahawa rumah ini merupakan rumah Haruto.
Sudahlah buruk. Kecil pula tu. Mana sesuai dengan Seokyung yang tinggal di penthouse. Memang tidak ngam langsung.
“Kau tinggal sini?” soal Seokyung menginginkan kepastian.
Haruto mengangguk sebagai ya.
“Rumah kecil ni, rumah kau?” soal Seokyung lagi seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Haruto.
Haruto menganggukkan kepalanya buat kali kedua. Seokyung menggulingkan bebola matanya ke atas.
Tak sangka betul Haruto merupakan seorang pelajar miskin. Apa selama ini, dia ingat Haruto ni budak kaya ke?
“Seriously, kau nak aku masuk rumah kecil ni?”
Haruto mempedulikan pertanyaan tersebut. Lengan Seokyung terus ditarik agar masuk ke dalam rumahnya. Rontaan Seokyung langsung dipedulikan.
Kisah apa dia. Siapa suruh setuju nak mengikut dirinya tadi. Kan dah masuk ke dalam perangkap.
“Omma, Ruto dah balik!” jerit Haruto dari luar rumah sambil menanggalkan kasutnya. Selesai menanggalkan kasut, matanya melihat ke arah Seokyung yang setia berdiri di sebelahnya. Gadis itu sedang memeluk tubuhnya sambil memalingkan wajahnya ke tempat lain seakan-akan merajuk.
“Bukalah kasut tu.” arah Haruto namun Seokyung masih kaku di posisinya. Dia ingin memprotes.
Huh, suka hati je Haruto membawa dirinya ke rumah miskin ini. Dia ingatkan Haruto duduk di rumah kondo. Paling-paling miskin pun rumah apartment. Ini tidak, rumah ini seperti rumah setinggan pun ada.
Haruto akhirnya mengeluh lemah. Dia melutut di hadapan Seokyung lalu tangannya laju membuka tali kasut milik gadis itu. Seokyung mula terkedu dengan perbuatan Haruto itu.
“Kita makan sekejap lepastu aku hantar kau balik.” ujar Haruto perlahan ketika mendonggakkan kepalanya melihat Seokyung. Dia sempat mengukirkan sebuah senyuman yang manis kepada gadis itu.
Seokyung mendengus geram. Kasutnya terus ditanggalkan lalu matanya merenung Haruto tajam. “Ok, fine!” kata Seokyung seperti marah dan tidak berpuas hati. Haruto tersenyum kemenangan. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh Seokyung di belakangnya.
“Abang Ruto dah balik.” tegur seorang kanak-kanak perempuan. Kakinya berlari-lari anak menuju ke arah Haruto.
“Ni siapa?” soalnya polos. Mata sepetnya merenung Seokyung lama membuatkan Seokyung berasa tidak selesa.
Tahulah dirinya cantik tapi janganlah pandang macam begitu. Malu tauu.
Senyuman lebar menghiasi bibir Haruto. Matanya melihat ke arah kanak-kanak perempuan itu dan Seokyung silih berganti.
“Teman wanita abang.” jawab Haruto membuatkan Seokyung menjegilkan matanya ke arah lelaki itu.
Eh, sejak bila kita setuju nak jadi teman wanita dia? Kita kata kita akan fikirkannya bukan terus setuju. Eiii, ni nak marah ni.
Kanak-kanak perempuan itu terus melihat Seokyung dengan penuh takjub. Dia mendekati Seokyung. “Kakak ni cantiklah abang Ruto.” pujinya tanpa segan silu. Terus kembang hidung Seokyung apabila dipuji sebegitu. Halah, dah memang orangnya cantik nak buat macam mana. Terima jelah pujian tu. Huehuehue.
“Mama, abang Ruto bawa girlfriend!” jerit kanak-kanak perempuan itu sambil berlari ke arah satu ruang. Mungkin itu dapur.
Terus terpancul wajah pasangan separuh abad ke ruang tamu. Wajah si wanita agak gembira dengan kehadiran Seokyung di situ manakala wajah si lelaki agak kelat.
Mungkin ibu bapa Haruto, tebak Seokyung.
“Mama, papa. Ni Seok—”
“Dah, jom makan.” potong Encik Watanabe sebelum Haruto sempat memperkenalkan Seokyung kepada mereka berdua.
Seokyung memandang pelik ke arah Encik Watanabe. Apahal macam tak suka aku pula ni?
_________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
FanfictionDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21