Seokyung melihat wajah Pengetua Cha dengan riak wajah yang tidak percaya. “A-Apa?” soal Seokyung seperti tidak mempercayainya.
Pengetua Cha mengeluh perlahan. “Awak yang mulakan serangan itu, Seokyung. Ramai saksi yang nampak.” tutur Pengetua Cha lembut.
Seokyung menggeleng perlahan. Tak. Dia tak mulakan serangan tu. Mana mungkin? Pasti mereka semua berkomplot untuk buang dirinya dari sekolah ini.
Puan Jang dan Eunbyeol masing-masing mengukirkan senyuman kegembiraan. Puan Jang kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan anaknya, Eunbyeol. Matanya kemudian melihat wajah serabut milik Seokyung.
“Jadi, awak nak ke balai polis atau bayar pampasan?” soal Puan Jang selamba. Sebelah keningnya diangkat agar Seokyung dapat membuat pilihannya dengan segera.
Seokyung mengetap giginya. Wajah perempuan itu dipandang kecil besar kecil besar sahaja. Kenapa dia pula yang perlu membayar pampasan sedangkan Eunbyeol yang mulakan dulu?! Dunia ini memang tak adil.
“Kalau awak pilih untuk bayar pampasan, saya sertakan bersama dengan satu denda sekali.”
“Dendanya ialah awak perlu berlutut di hadapan kami, cium kaki anak saya dan meminta maaf seikhlas hati.”
Hampir terbuntang mata Seokyung mendengarkan syarat yang tidak masuk akal itu. Berlutut? Cium kaki Eunbyeol? Apa ingat dia ni tak ada maruah diri ke? Senang-senang je letak maruah Seokyung di tapak kaki mereka. Dasar manusia tak guna!
Seokyung cuba untuk bertenang. Mana tahu kalau dia mengamuk akan mengeruhkan keadaan lagi. Seokyung dapat rasa Eunbyeol dan Puan Jang sengaja mahu bermain permainan psikologi dengan dirinya. Jadi, dia perlu bermain dengan bijak.
“Kenapa? Tak nak?” soal Puan Jang penuh lagak. Seokyung melihat ke arah Pengetua Cha, cuba untuk meminta bantuan. Namun, wanita separuh abad itu melarikan pandangan matanya ke tempat lain. Mungkin tidak mahu menolong Seokyung.
Seokyung berfikir sejenak. Patutkah dia? Akhirnya, dia sudah membuat keputusan. Keputusan yang sangat tepat.
“Walaupun saya dituduh membunuh sekali pun. Saya tak akan berlutut dan cium kaki orang yang buat salah kepada saya!” Seokyung membela dirinya lalu dia melangkah laju keluar dari pejabat pengetua itu.
“Yah, Joo Seokyung!” pekikan daripada mulut Eunbyeol dan Puan Jang langsung dipedulikan. Sekarang ini, destinasinya adalah kelasnya sendiri. Dia ingin dengar daripada mulut mereka sendiri.
•
•
•
•
•Sesampai sahaja di koridor kelasnya, Seokyung menangkap bunyi teriakan kegembiraan pelajar-pelajar dari dalam kelasnya. Dia terus memasang telinga.
“Lepas ni, anak pembunuh tu pindahlah kan?” soal salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu. Suaranya kedengaran gembira sekali.
“Baguslah, aku pun dah tak ingin tengok muka dia lagi.” ujar pelajar yang lain pula.
“Kau, Haruto. Apasal muka monyok je ni?” soal pelajar lelaki tadi kepada Haruto.
“Aku tak puas hati selagi dia tak mati. Kalaulah dia mati, aku akan jadi orang yang paling gembira sekali.”
Seokyung terkaku. Memang tak silap lagi. Suara itu memang suara Haruto. Haruto begitu membenci dirinya sehingga mahu dia mati?
Seokyung terus melangkah perlahan beredar dari situ. Niatnya untuk bertanya tentang kebenaran terus dilupakan. Ada satu destinasi yang lebih penting sekali saat ini. Destinasi yang dapat menggembirakan hati Haruto.
Seokyung mendaki tangga menuju ke bumbung sekolah tanpa perasaan. Sebaik sahaja, tiba di bumbung sekolah, kakinya menuju ke dinding yang terletak di tepi sekali. Dinding yang rendah itu dipanjat.
Kepalanya ditundukkan ke bawah untuk melihat ketinggian bangunan itu. Rasanya dia boleh mati dengan sekali terjunan.
Pandangan Seokyung dialihkan melihat ke langit. Secara tiba-tiba, kenangan-kenangannya bersama dengan Haruto menyinggah ke dalam ruang ingantannya.
Saya dah mula sayangkan awak, Haruto. Tapi kenapa?
Hik!
Hik!
Hik!Dengan perlahan-lahan, Seokyung melangkah di atas udara.
Selamat tinggal, dunia.
“Yah, Seokyung!”
________
Tbc
YOU ARE READING
[C] Why | Haruto
أدب الهواةDisebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21