26☄️

360 61 4
                                    

Buat pertama kalinya Seokyung bersetuju apabila Haruto mengajaknya ke gelanggang bola keranjang untuk melihat lelaki itu berlatih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Buat pertama kalinya Seokyung bersetuju apabila Haruto mengajaknya ke gelanggang bola keranjang untuk melihat lelaki itu berlatih. Haruto agak terkejutlah juga dengan Seokyung. Selalunya kalau dia mengajak 10 kali, 10 kali itu jugalah ditolak mentah-mentah oleh Seokyung.

Hari ni pun dia ajak-ajak ayam sahaja. Tapi tak sangka Seokyung akan bersetuju.

Dan sekarang ini, Seokyung melihat Haruto bermain bola keranjang bersama dengan rakan-rakannya. Seokyung duduk di tempat penonton di hadapan sekali. Semua ini kerana Haruto. Katanya senang untuk melihat Seokyung kalau-kalau gadis itu secara tiba-tiba mahu beredar. Mudah untuk Haruto mengejarnya.

Seokyung pun ikut sahajalah arahan Haruto yang dikira agak mengarut itu. Nanti bergaduh pula kan. Sudahlah Seokyung ni jenis yang panas baran, bila bercakap lantang pula tu. Takut je jika Haruto merajuk dengannya. Siapa yang akan melayan dirinya macam puteri jika Haruto merajuk? Hanya lelaki itu sahaja yang sanggup melayan karenahnya dan sabar dengan dirinya.

Mata Seokyung sedari tadi asyik melihat Haruto tanpa berkelip. Lelaki itu kelihatan begitu kacak dan berkarisma sekali apabila bermain bola keranjang. Seokyung tersenyum kecil apabila Haruto berjaya menjaringkan bola.

Yelah, takkan mahu menjerit kegembiraan pula. Jatuh maruahnya sebagai seorang gadis yang sombong nanti. Haruto pula pasti ingat yang hatinya sudah lembut terhadap lelaki itu.

Namun, semuanya benar. Hati Seokyung secara perlahan-lahan mula tertarik dengan Haruto. Dia begitu suka dengan sikap lelaki itu walaupun kadang-kala agak menyakitkan hatinya.

“Kenapa senyum-senyum?” tegur Haruto yang sudah berada di hadapan Seokyung. Tuala yang tersangkut di bahunya digunakan untuk mengelap peluh yang menitik.

Seokyung menggelengkan kepalanya perlahan. Matanya menatap Haruto.

Nothing.

Jawab Seokyung seperti tidak berperasaan. Walhal jantungnya sudah berdegup dengan laju apabila Haruto berdiri berhampiran dengannya. Lelaki itu turut mengambil tempat di sebelah Seokyung membuatkan jantung Seokyung bertambah kencang.

“Nak air.” pinta Haruto. Seokyung hanya menurut sahaja arahan lelaki itu. Botol air mineral yang berada di tepinya diambil lalu diserahkan kepada Haruto. Haruto menyambutnya bersama dengan sebuah senyuman.

Tangannya membuka penutup botol itu lalu air itu diteguk rakus. Haus!

“Seokyung.”

Panggil Haruto setelah selesai minum air. Botol mineral itu ditutup lalu diletakkannya ke tepi.

Seokyung tidak menoleh sebaliknya mata asyik memerhati gelanggang bola keranjang yang berada di hadapan matanya. Terdapat beberapa orang rakan Haruto yang masih sedang bermain bola keranjang lagi. Mata Haruto turut tertumpu pada gelanggang itu. Sama seperti Seokyung.

“Kau masih tak anggap kita ni pasangan kekasih ke?”

Seokyung membisu. Soalan Haruto dibiarkan tanpa jawapan. Entahlah, dia bukannya tak nak jawab tapi dia juga keliru.

Patutkah dia menganggap mereka ini sudah menjadi pasangan kekasih?

Seokyung masih tidak bersedia sebenarnya. Dia takut sekiranya Haruto memberikannya harapan palsu sebaik sahaja menerima lelaki itu. Dia tidak mahu ditinggalkan keseorangan lagi.

Apabila memikirkan dia akan keseorangan, dia takut. Takut dengan realiti itu.

“Seokyung.” panggil Haruto lagi. Kali ini badannya dipusingkan menghadap Seokyung. “I really like you, Seokyungahh. Tolong  bagi aku peluang.” ujar Haruto separa merayu.

Jujurlah, hati Seokyung agak tersentuh dengan kata-kata Haruto sebentar tadi. Hatinya laju mahu menerima lelaki itu tapi entah mengapa mulutnya berat untuk bersetuju dengan kata hatinya.

Seokyung akhirnya mengeluh perlahan. “Okay.” balas Seokyung.

“Uh?”

Haruto mula terpinga-pinga. Seokyung mengeluh lagi. Wajahnya dipalingkan melihat Haruto. Matanya membalas renungan mata Haruto.

“Baiklah, kalau kau cakap macam tu—”

“—Jom bercinta.”

Haruto tersenyum kegembiraan. Hatinya melonjak gembira dengan kata-kata Seokyung itu.

Akhirnya, perangkap telah mengena!

________

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now