27☄️

336 61 0
                                    

Haruto mengelap tangannya kasar setelah Seokyung telah masuk ke dalam Hera Palace

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haruto mengelap tangannya kasar setelah Seokyung telah masuk ke dalam Hera Palace. Dalam erti kata lain penthouse milik Seokyung.

Tidak cukup dengan itu, tangannya laju mengambil tisu basah yang terdapat dalam begnya lalu sehelai tisu diambil bagi mengelap kedua-dua belah tangannya pula.

Rasa tidak cukup dengan sehelai, dia mengambil sehelai lagi.

Helaian yang ketiga.

Keempat.

Kelima.

Namun, Haruto masih tidak berpuas hati dengan kebersihan tangannya. “Apahal kau asyik nak pegang tangan perempuan tu tadi? Bodoh punya Haruto.” kutuknya sendiri. Tangannya masih mengelap tangannya. Riak wajahnya pula menunjukkan bahawa dia geli dengan tangannya sendiri.

“Jijik aku dengan kau. Lepas ni jangan harap aku nak pegang tangan kau lagi.”

“Aku benci kau. Dasar perempuan perasan cantik.”

Haruto memaki Seokyung secara terangan-terangan. Lantaklah jika orang di sekelilingnya memasang telinga mendengar kata-kata makiannya itu. Yang pasti dia puas hati.

Seharian dia berkepit dengan gadis itu. Meluat dibuatnya dengan perangai mengada-ngada Seokyung itu. Geli, jijik! Lebih jijik daripada sampah.

“Amboi, kalau kau geli sangat pun tak perlu lah sampai guna berhelai-helai tisu basah untuk lap tangan kau tu.” tegur Jeongwoo yang sedang berjalan ke Haruto. Bibirnya mengukirkan senyuman sambil kepalanya digelengkan melihat perangai Haruto itu.

Haruto berdecit perlahan mendengar kata-kata Jeongwoo itu. Hampir sahaja dia memberikan jelingan setajam pedang kepada Jeongwoo kerana rasa geram.

Orang tengah sakit hati, dia boleh bergurau macam tu pula. Ada juga yang kena makan penumbuk nanti.

“Aku rasa kalau guna hand sanitizer berbotol-botol pun belum tentu aku rasa tangan aku ni bersih. Perempuan tu begitu menjijikkan!”

Haruto mengutuk Seokyung terus-terusan. Kalau Seokyung dengar, pasti gadis itu akan kecewa dengan sifat Haruto.

Yelah, bagi Seokyung, Haruto seorang pelajar yang paling baik di sekolah itu. Namun, siapa sangka yang baik itulah setan. Bukan nak mengutuk tapi itulah kebenarannya.

Jeongwoo hanya mampu tergelak kecil mendengar kutukan Haruto itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. “Jijik, jijik pun tapi dekat sekolah dah macam pasangan kekasih paling sweet. Kalau ada anugerah pasangan kekasih paling sweet, aku rasalah kau dengan Seokyung mesti menang.” Jeongwoo meluahkan kata-kata hati yang telah lama dipendam.

Haruto tu kata jijiklah, geli dengan Seokyunglah. Tapi di sekolah fuh berkepit macam tak boleh nak dipisahkan. Si Seokyung tu je yang asyik rasa rimas dengan Haruto. Mana boleh berenggang. Mengada! Cakap tak serupa bikin!

Haruto menjeling Jeongwoo. “Senyaplah kau. Bukan nak meredakan kemarahan aku. Bagi aku marah lagi ada lah.” marah Haruto. Tisu-tisu basah yang digunakan sebentar tadi dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

“Kau, bila nak mulakan rancangan tu?” soal Jeongwoo secara tiba-tiba.

Pertanyaan daripada Jeongwoo itu menyebabkan bibir Haruto mengukirkan senyuman sinis. Ekor matanya melihat Jeongwoo.

Soon. Very soon.”

________

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Why | HarutoWhere stories live. Discover now