-
Sesekali aku mengerling jam tanganku. Hampir setengah jam dah aku tunggu si jantan Usop ni. Sudah la awal awal pagi buta dia call aku ajak berjumpa. Sekarang dia pula yang lambat!
Kira awal jugak la aku keluar pagi tadi. Tak sempat nak bersarapan dahulu. Mujurlah aku cadangkan untuk bertemu di kafe ini. Bolehla aku isi perut dahulu.
"Kita boleh percaya dia ke Fira?" Iqbal yang setia berdiri di sisi bersuara. Sengaja aku ajak dia temankan supaya mama tak risau sangat.
"We will see Iqbal. Bukti berupa apa yang dia ada. Dia akan tanggung akibat kalau cuba permainkan kita." ujarku tegas.
Seraya itu telingaku menangkap bunyi sengihan daripada Iqbal. Aku menayang wajah blur dengan kening diangkat.
"I'm so proud of you Fira. Awak dah mampu bertindak berani macam ni. Kalau Am dah sedar sekarang, dia pun mesti bangga dan terharu dengan usaha awak." puji Iqbal.
Bibirku tersenyum hambar. Dani masih berada di hospital. Mama bagitahu dia ada sedar sekejap malam tadi. Keadaan dia masih stabil. Syukurlah. Biarlah dia berehat dahulu.
"Saya kan isteri Detektif Ammar Danial. Saya juga mesti strong dan brave as him. "
Kami berbalas senyuman.
Tidak lama kemudian mata kami menangkap figura Usop di luar kedai yang baru tiba. Usai menanggalkan helmet, dia mendongak melihat nama kafe ini. Melihat sahaja kami, segera dia berlari anak masuk ke dalam kafe.
"Hi cantik," sapanya ceria. Dengan muka tak bersalah buatkan kami tertunggu-tunggu.
Aku menilik sekilas jam tanganku lagi. "You're late."
"Kau dah buang banyak masa kami!" marah Iqbal.
"Wowowo sabar cik dan encik sekalian. Saya bukan sengaja lambat." seraya itu dia menarik kerusi duduk menghadapku. "Jalan jem sikit. Harap dimaafkan okey?"
" Jem kepala otak kau. Naik motor buruk tu jem. Apa kejadah? "
Hatiku agak geli dengan jawapan Iqbal. Sudah rimas benar kali dia menunggu.
" Hang jangan nak hina-hina aku bro. Aku datang bukan dengan tangan kosong. Aku bawa benda yang korang mintak kan?" sebuah telefon bimbit diletakkannya di atas meja.
Belum sempat tanganku mencapai telefon itu, tangan Usop laju menari ia semula.
"Bagi dulu la tiga ribu aku cantik." dia tersenyum gatal.
Geli. Sumpah!
Dengan mulut yang terkunci, aku menghadiahkannya jelingan. Aku mengeluarkan wang ringgit sebanyak yang diminta jantan itu dari dalam beg sandingku. Belum sempat aku taruh di atas meja, duit tersebut terus dirampas rakus.
Aku mengecilkan mata melihatnya mencium aroma wang kertas di tangannya. Dia mulai membuat kiraan.
"Ini bukan duit palsu kan cantik?"
"Dua ribu aku bagi kelmarin, palsu ke?" sahutku dingin.
Dia tergelak. "Eh, ups nah, " telefon bimbit tadi akhirnya diserahkan kepadaku. "Itulah bukti ya aku ada. Kat dalam tu ada video di mana aku dan Eliya sedang berasmara dana di dalam bilik tidurnya. Sengaja aku rakam senyap-senyap sebagai langkah berjaga-jaga dengan perempuan bodoh tu. Tak sia-sia juga idea aku. "
Jijik! Dia buat benda tak senonoh dalam rumahnya juga. Mana perginya mak tok?!
" Kau yakin ini bukan sekadar rekaan kau?"
" Rekaan? Hang fikir aku ada masa ke edit video macam tu? Hang pun boleh fikirlah aku tak akan buang masa tagih duit dekat si Eliya kalau bukan kerana tu. Tunjuk kat balai polis lah biar mereka sahkan rakaman tu ori ke tak. "
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Hati Mr. Annoying 2
RomansaO N G O I N G | Romance 'Aku menangis bukan tanda aku dah jatuh. Tapi aku nak lepaskan semua kepenatan ini buat seketika.' Perkahwinan adalah pengorbanan. Perkahwinan juga pertaruhan. Awalnya kemanisan. Tengahnya cabaran. Akhirnya kematangan. *** S...
