-
"Melampau!" marah Darwish.
"Awak tak nak buat laporan ke Fira? Entah apa lagi dia akan buat lepas ni. " ujar Dazrin pula.
"Betul Fira. Itu dah dianggap satu penganiayaan dan tuduhan palsu ke atas Dani." Geisha menyahut.
Wajah mereka aku pandang satu-persatu. Masing-masing menahan rasa ketidakpuasan setelah aku menunjukkan video bodoh Eliya dan Usop.
"Kalaulah mama tahu 'ada udang di sebalik batu', takkan pernah mama izinkan Dani menjalinkan hubungan dengan mereka." frekuensi kecewa mama terluah. Dia yang hanya duduk di sebelahku, menundukkan wajah menelan rasa terkilan.
Lengannya aku usap. "Mereka akan dapat balasan ma. Kita semua dah nampak belang mereka. Percaya dan tunggu kifarah Allah." aku memujuknya.
Ketika mama mengangkat wajahnya memandangku, sudah berat air mata bertakung di tubirnya. Tak sampai hati aku melihatnya saat ini.
"Sakit kan jadi Fira? Yes. It must been hard for you and Dani. Anak-anak mama ni tak pernah kacau hidup orang, tak pernah susahkan hidup orang, sekelip mata sahaja hasad dengki orang seksa korang sampai macam ni sekali. It's unacceptable." suara mama mulai serak menahan tangisan. "It's not fair for both of you. They deserved to be punished. "
Aku mengangguk-angguk menenangkan mama. "Mereka akan terima hukuman. Dani dan Fira tak akan beri muka lagi. Tak kisahla dengan mak tok sekalipun. Sakit dibayar maaf itu tak adil." zarah kebencian mula merasuk diriku.
Ya.
Aku benci!
"Buat masa sekarang, Fira nak simpan dulu bukti ni. Fira nak serahkan ia pada Dani dan tunjukkan pada Eliya sendiri."
Aku teringin juga nak tengok reaksi Eliya. Pendustaan apa lagi bakal direka olehnya nanti. Dan encik suami pula, rasanya aku sudah bersedia untuk bertemu dengannya. Dari semalam lagi hati ini merayu diri untuk berjumpa sang suami, tetapi sedaya upaya aku tahan.
"Lepas ni Fira nak ikut mama sekali pergi hospital. And Sha, saya nak minta tolong buat masa sekarang, jagakan Afi untuk saya?"
"Jangan risau pasal Afi. Selesaikan dahulu apa yang perlu diselesaikan. Baby Afi biarlah jadi tugas saya untuk menjaganya." Geisha menjawab pantas.
" Kalau si Eliya tu ada depan mata aku sekarang, dah lama muka dia tu makan sepak aku long. Perempuan tak perempuan, aku peduli apa. Ikut kepala otak dia buat angah macam tu." Darwish menghambur lagi amarahnya. Tangannya mengepal penumbuk.
Kalau penumbuk Darwish tu hinggap ke muka kau Eliya, sah sah akan lebam biji mata kau.
🥀
Langkahku mati tepat di hadapan pintu bilik rawatan Dani. Kenapa hati aku ni rasa teragak-agak untuk masuk? Suami kau kat dalam Fira. Sudah pasti dia juga sudah lama menanti kehadiran kau. Tapi bagaimana jika sakit dia datang balik? Sumpah aku rindukan dia yang dulu. Aku mahu bertemu dengannya dalam keadaan dia yang telah pulih.
Aku menghela nafas. Bukannya aku penat menghadap semua ini, cuma aku dah tak sanggup melihat suami sakit macam tu. Ya. Dani sekarang pun dah sedar. Sesuatu yang patut kau syukuri Fira. Daripada kau lihat dia terbaring lemah kan?
Okey. Dalam hitungan sepuluh detik, pintu bilik aku kuak perlahan. Dahi berkerut tatkala melihat bilik itu kosong. Tiba-tiba hatiku berkobar. Macam mana kalau Dani dah lari hospital? Dia pergi jumpa Eliya tu lagi tanpa pengetahuan kami!
"Hubby?" tika kaki ingin bergegas untuk memeriksa tandas, pinggangku tak semena-mena dirangkul dari belakang. Serta-merta aku tergamam.
"Cari apa sayang? Hubby ada kat sini." Dani berbisik lembut di telinga.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Hati Mr. Annoying 2
RomanceO N G O I N G | Romance 'Aku menangis bukan tanda aku dah jatuh. Tapi aku nak lepaskan semua kepenatan ini buat seketika.' Perkahwinan adalah pengorbanan. Perkahwinan juga pertaruhan. Awalnya kemanisan. Tengahnya cabaran. Akhirnya kematangan. *** S...
