PROLOGUE

26.1K 748 76
                                    

Jemari kasarnya itu meletakkan daging mentah di dalam bekas makanan milik si pemangsa dan dia memandang mata si pemangsa yang turut memandangnya dengan riak kelaparan.

"Ni, makan." Pintu sangkar dibuka dan terus si pemangsa keluar lalu menerkam jejaka itu sehingga lelaki itu terjatuh ke atas pasir. Muka jejaka itu dijilat sehingga si jejaka ketawa kecil akibat geli.

"Stop it, Ace." Tubuh si pemangsa ditolak lembut dan dia memeluk binatang besar itu.

"Nah." Bekas berisi daging mentah berwarna putih merah itu disua pada makhluk bergigi tajam itu dan sekejap saja daging itu masuk ke dalam mulut binatang itu.

Tangan lelaki itu menggosok badan milik binatang peliharaannya sambil melihat haiwan itu makan daging sehingga kenyang.

"Lepasni mandi tau."

"Grrrr.."

"Tak perlu nak mengelat. Mandi." Mendatar sahaja suara yang dilontarkan kepada si haiwan dan dia terus membiarkan si haiwan makan.

Kemudian si jejaka mula bangun lalu menepuk seluarnya yang terkena pasir akibat diterkam seketika tadi sebelum dia melangkah keluar. Pintu dikunci dari dalam.

Tangan mencapai sebilah pedang panjang lalu dia memandang bulatan seperti sasaran untuk dart tetapi dart digantikan dengan sebilah pedang.

Baru sahaja dia ingin menyasarkan pedangnya ke arah dart itu tiba tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki yang sedang berjalan.

Terus tangannya melemparkan pedang itu ke belakang.

"Arghh!" Jerit Victoria apabila pedang itu hampir sahaja menyentuh bahagian bahunya. Jantung terasa ingin gugur apabila mata pedang tajam itu menembusi bajunya dan terpacak di dinding sekaligus membuatkan dirinya tersekat di dinding itu.

"Kau tahu kan menceroboh rumah orang itu adalah satu perbuatan yang boleh didakwa?" Soal jejaka bermata hijau gelap itu dan kaki melangkah ke arah si gadis yang terkaku di dinding akibat mata pedang yang terpacak di bajunya.

"Dan hampir membunuh orang juga boleh didakwa." Bidas Victoria geram. Lelaki itu mengoyakkan senyum di hujung bibir.

"Kau duduk situ sampai kau bagitahu apa yang aku nak dengar." Lelaki itu mula meninggalkan di gadis sebelum dia mencapai satu lagi pedang yang menjadi simpanannya.

"Lepaskan I lah! You suka sangat buat I naik darah kan?" Soal si gadis berang sambil memandang jejaka kacak itu seolah olah ingin memijak sahaja jejaka itu.

Si lelaki hanya memekakkan telinga dan kembali menyasarkan titik merah pada tengah tengah bulatan di dinding itu.

Terus pedangnya dilepaskan dan tepat mata pedang itu mengenai titik merah meskipun hampir terkeluar dari titik itu.

"Sikit lagi." gumam jejaka itu.

Victoria terpegun seketika melihat ketepatan jejaka yang membuat bajunya terkoyak itu.

"Hebatnya." Puji Victoria tanpa sempat dia menghalang suaranya. Lelaki itu menoleh memandang si gadis yang terpegun sebelum tangannya naik.

Victoria terus memejam matanya. Takut jika lelaki itu ingin menyakitinya kerana menceroboh rumah si jejaka tanpa izin.

"Argh!"

GEDEBUK

Victoria terjatuh ke atas lantai apabila pedang yang berada di bajunya ditarik oleh lelaki bermata hijau itu. Terus gadis itu mendongak dan melihat wajah lelaki yang menarik pedang itu hanya menyimpan pedangnya tanpa mempedulikan si gadis yang terjatuh bagai buah kelapa turun dari pokok.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now