CHAPITRE ONZE 🐺

9.1K 627 137
                                    

Victoria melangkah keluar dan tersenyum lebar memandang Skyler yang sudah siap bersama kemeja putih dan blazer serta tali leher biru yang dibeli tadi.

Perfect.

"Macamana? Dah okey?" Soal Victoria sambil memusingkan tubuhnya dan rambutnya dibetulkan. Skyler mengangguk dan menarik pinggang gadis itu rapat ke badannya.

Victoria terkedu.

"You look perfectly perfect." Bisik Skyler sambil tersenyum. Victoria terkelip kelip memandang Skyler sambil berfikir sama ada dia berangan atau tidak.

"Dah, jom." Skyler melepaskan pelukan di pinggang gadis sambil menoleh ke arah lain apabila terasa wajahnya berbahang malu kerana terlepas pujian kepada Victoria.

Victoria tersenyum lebar dan mengekori langkah Skyler. Mereka menaiki kereta mewah yang dipandu oleh Skyler dan tiba di hadapan bangunan syarikat Ezekiel Invest France.

"Hold on." Skyler melangkah keluar dari kereta meninggalkan Victoria yang terpinga pinga. Kemudian dia berlalu ke tempat duduk penumpang lalu pintu dibuka.

"Jom. Heels kau tinggi. Aku risau tersungkur je nanti." Ujar Skyler dengan nada jujur. Victoria tergelak dan menyambil tangan Skyler yang terhulur ke arahnya.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bangunan itu sambil diiringi dengan cahaya flash kamera. Sudah pasti kehadiran Victoria yang berada di sisi bakal mencetuskan lagi kontroversi.

Seorang pelayan menarik kerusi VVIP buat Skyler dan Victoria bersama Elijah yang turut berada di situ.

"Hey." Elijah menghulurkan tangan kepada Skyler.

"What's up?" Skyler menyambut dan mereka berbalas senyum. Elijah turut bersalam dengan Victoria.

"Your luck. Siapa ni?" Soal Elijah sambil memandang gadis bermata biru di tepi Skyler. Victoria hanya diam sambil menunduk.

"Pretty." Kenyitan diberi oleh Elijah buat si gadis sebelum dia kembali membetulkan duduk apabila majlis sudah ingin bermula. Skyler memandang Victoria yang hanya tunduk sebelum tangannya menggapai tangan Victoria dan digenggam dibawah meja.

Terus Victoria mengangkat muka dan memandang wajah jejaka yang hanya diam. Bibirnya tersenyum lebar lalu dia turut membalas genggaman Skyler.

Seluruh isi dewan itu mendengar ucapan pengerusi majlis yang mengucapkan tahniah buat Skyler dan selamat tinggal buat Elijah.

Kemudian tepukan mula bergema apabila nama Skyler dipanggil untuk memberi sedikit ucapan sempena majlisnya pada malam itu.

"Goodluck." Victoria mencium pipi Skyler sekilas. Dan aksi itu membuatkan suasana kecoh seketika dengan suara tetamu yang melihat adengan Victoria mencium pipi Skyler.

Meskipun telah dipesan oleh Skyler agar jangan mencium dia tanpa izin.

Skyler naik ke pentas dan berdehem seketika. Mulutnya terbuka ingin memberi ucapan namun suaranya tidak keluar kerana mata melihat kelibat seseorang yang sedang memerhatinya dari jauh.

Vanessa.

Mustahil. Skyler terdiam melihat gadis yang berada di hujung itu sedang tersenyum manis ke arahnya. Bagaimana Vanessa boleh ada disini?

Victoria yang melihat riak Skyler seperti terkejut itu terus menoleh ke belakang. Membulat matanya melihat kelibat adik perempuan yang sudah lama dia tidak bersua muka.

Terus Victoria bangun dan perbuatannya menarik perhatian ramai. Termasuk Vanessa yang terkejut melihat kelibat kakaknya. Tidak sangka wanita yang mendampingi Skyler adalah kakaknya.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now