CHAPITRE SIX 🐺

9.4K 609 104
                                    

Victoria mengetap bibir sambil teresak. Air matanya dilap namun ia tetap mengalir ke pipi.

Terbayang bayang kejadian dimana dia cuba merosakkan hubungan Franky dan Lily kerana buta. Ingin mendapatkan kesenangan dunia.

Tapi akhirnya, diri sendiri dibodohkan oleh Federica.

"God.. you're here."

Skyler melabuhkan duduk di sebelah gadis yang dicari hampir sejam dan melepaskan nafas lelah. Peluh yang merinik di dahi dilap dan dia menoleh memandang Victoria yang seperti hantu kerana maskara gadis itu telah cair dan jatuh ke pipi apabila menangis.

Victoria tidak mempedulikan Skyler dan hanya diam sambil memeluk lutut.

Skyler juga diam dan mendongak ke langit di tempat sunyi ini. Entah macamana Victoria boleh sesat lari ke sini dia pun pelik kerana tempat ini agak jauh dengan kawasan majlis tadi.

"Kaki kerusi patah, lepastu ada tukang nak tolong cantumkan balik tapi tuan dia tak bagi. Kau rasa kerusi tu boleh dipakai lagi tak?" Soal Skyler tiba tiba.

Victoria menoleh dan memandang Skyler yang sedang merenung ke langit malam dihiasi bintang bintang besar tetapi kecil jika dilihat dari jarak bumi.

"Tak." Jawab Victoria.

"Kenapa tak boleh?"

"Sebab kaki kerusi tu patah dan tuan dia tak bagi baiki."

"Macamtu lah juga dengan kau. Hati kau tu penuh dengan rasa menyesal tapi bila Lily maafkan kau, dia cuba untuk buang semua rasa menyesal tu dan berdamai dengan kau, kau tolak. Kau lagi rela biarkan hati kau terus menyesal dengan kisah silam. End up, hati kau masih penuh dengan rasa menyesal." Skyler membaringkan diri di atas rumput dan lengannya dijadikan bantal.

"You cakap macamlah you faham I. No one in this world understands me. No one. Even you too. I.." Victoria terhenti dari meneruskan kata dan hanya diam.

Ya. Tiada siapa faham dirinya yang memerlukan kasih sayang seperti orang lain. Orang lain bahagia, dapat kasih sayang dari keluarga, kawan dan pasangan. Dia?

Sendirian. Hanya mampu mengemis kasih sayang.

Setitis air mata Victoria kembali jatuh dan gadis itu hanya membiarkan.

Kemudian dia terjerit apabila tubuhnya ditarik sehingga dia terbaring di atas rumput bersama sama Skyler. Pantas tangannya memeluk pinggang Skyler apabila dirinya ditarik rapat ke arah jejaka itu.

Terkebil kebil Victoria berada sedekat itu dengan Skyler. Soal baju dress nya yang kotor akibat tidur atas rumput ditolak ketepi dahulu kerana sekarang ini dia berada di dalam pangkuan Skyler!

"Kenapa tarik I macamtu?" Dada Skyler ditepuk kuat walaupun dia gembira kerana dapat berada di dalam pangkuan jejaka ini.

Skyler hanya diam dan memeluk tubuh Victoria. Erat.

Hampir tidak bernafas gadis itu apabila dipeluk. Bukan sebab pelukan erat sangat, tapi sebab manusia yang peluk dia. Skyler ni tak tahu ke dia tengah angaukan jejaka ini? Nanti kalau dia menggedik, kena marah pula.

"Kata nak night picnic. We're doing night picnic so let's calmed ourselves." Hampir tidak kedengaran suara Skyler di telinga Victoria. Pantas dia mendongak memandang Skyler yang turut merenungnya.

"Okay." Bersama wajah membahang malu, Victoria membalas pelukan Skyler dan menyembamkan muka di dalam pelukan Skyler.

Dia lebih memilih untuk berada dalam pelukan Skyler dari melihat langit di waktu malam.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now