CHAPITRE VINGT-SIX 🐺

8.8K 575 155
                                    

"Tapi apa punca dia nak larikan diri dari aku? Apa yang aku dah buat pada dia?" Soal Skyler dengan nada kusut.

Elijah menghirup jus limaunya.

"Mungkin dia rimas dengan kau. Ye lah, siapa je tahan dengan perangai kau yang begini? Dingin macam ais lepastu tak reti nak hargai manusia dalam hidup." Selamba Elijah mengutuk Skyler.

Skyler hanya membiarkan dan berfikir seketika. Buta sangatkah Victoria sehingga tidak nampak bahawa dia mula ingin menerima gadis itu dalam hidupnya?

"So apa plan kau lepasni?" Soal Elijah.

Skyler mengangkat bahu.

"Sekarang ni yang aku tahu, dia berada di Dubai. I detected her. Tapi aku tak boleh jumpa dia lagi sebab dia mungkin akan semakin jauh dari aku." Sepanjang seminggu berada di Perancis kembali, Skyler menghabiskan masa dengan mencari maklumat tentang Victoria. Dan nasibnya baik apabila dia dapat mengesan lokasi Victoria.

"Tapi aku nak anak aku. God.. what the heck is wrong with her? Jika dia tak lari, semuanya akan okey. Kenapa mesti sorokkan? Anak aku juga." Bebel Skyler. Setiap kali memikirkan bahawa Victoria sedang mengandungkan anaknya, mesti membuatkan dia ingin mencari gadis itu sehingga ke lubang cacing di Dubai.

Tapi dia juga perlu faham, Victoria perlukan masa.

"Jadi sekarang kau cuma inginkan anak kau? What about Victoria?" Elijah merenung tepat ke dalam mata Skyler.

Skyler terdiam.

"Entah, aku.." Skyler mati kata. Dia inginkan Victoria, tetapi dia tak rasa Victoria mampu menjadi yang terbaik buatnya kerana gadis itu sanggup meninggalkan dia sebegini.

"She's not the best, maybe. And no one will be the best. Mungkin betul, aku patut fokuskan hidup aku secara sendirian sahaja tetapi aku nak anak aku. Sekurang kurangnya, walaupun aku tak mampu mempunyai pasangan, biarlah aku ada anak aku sebagai peneman." Skyler berkata perlahan.

"Dulu kau bercinta dengan Vanessa, kan? Takkan tak ada anak."

"I never fucked her. Aku.. entah. Victoria adalah gadis pertama yang bersama dengan aku di atas katil dan mungkin, terakhir. Jadi Vanessa tak pernah mengandung anak aku. Dia mengandung anak Bernard pula."

Elijah mengangguk perlahan. Bibirnya tersenyum dalam diam.

"Move on je lah. There's a lot of girls out there if you want a child. Fuck them, take the baby and leave." Elijah memberi cadangan. Lelaki seperti Skyler? Heh, jika lelaki itu menyatakan status dirinya yang tidak berpunya itu sudah pasti ribuan gadis akan menawarkan diri untuk menjadi pasangannya.

Tapi sekarang, Elijah berasa gembira melihat hubungan Skyler dan Victoria yang sudah tiada harapan untuk bersatu kembali.

Skyler menggeleng. Dia tidak mahu anak bersama gadis lain. Hanya Victoria.

Bunyi deringan telefon mematikan lamunannya. Skyler mengambil telefon dan meneliti nombor tersebut.

"Hello." Terus Skyler bangun dan menjauhi Elijah. Dia melangkah ke luar restoran dan bersandar di dinding.

"Okay." Hampir lima minit mendengar suara di talian berkata, Skyler mula memutuskan talian dan kembali masuk ke dapat restoran.

"Aku kena pergi Dubai. Now."

***

"Dia terlalu banyak bergerak and she got too tired. Mungkin itu yang sebabkan dia keguguran. So.. she need rest for a while."

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now