CHAPITRE TRENTE-NEUF 🐺

8.7K 656 104
                                    

Skyler menguap sambil memandang jalan raya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Hari ini dia pulang lewat kerana perlu menguruskan hal di pejabat bersama Hunter. Skyler menyanyi perlahan untuk menghalang dirinya dari mengantuk.

Dahi Skyler berkerut melihat satu lembaga di atas jalan. Terus keretanya diberhentikan dan Skyler mula melangkah keluar dari kereta.

"Oh my god." Terkedu Skyler melihat seekor serigala terbaring dengan darah mengalir. Seperti dilanggar.

"She's pregnant." Skyler menyentuh perut serigala yang sudah mati itu sebelum dia melihat telinga anak serigala itu mula terkeluar di tempat pembiakan serigala itu.

"Oh, anak dia masih hidup." Skyler terus menekan lembut perut bangkai serigala itu untuk mengeluarkan anak serigala yang berada di dalam kandungan.

Tidak lama kemudian, kelihatan anak serigala kecil sebesar tapak tangan berjaya keluar dari perut ibunya yang sudah tidak bernyawa.

"Kecilnya kau ni." Skyler mengelap peluhnya dan mula mengambil anak serigala kecil itu. Kemudian dia berlalu ke keretanya dan mengambil hoodie miliknya sebelum hoodie itu diguna untuk membalut bangkai ibu serigala.

"Kau duduk sini sekejap. Aku nak tanam ibu kau." Kata Skyler sambil meletakkan serigala kecil itu di dalam kasutnya yang telah ditanggalkan.

Skyler mula menggali tanah sebelum bangkai serigala itu ditanam.

"Rest well." Bisik Skyler sambil menepuk tanah yang bertimbun itu. Kemudian dia memandang anak serigala yang berada di dalam kasutnya.

"You're so tiny and cute. Okey, sekarang kita fikir tentang nama kau." Skyler terus berjalan dengan kemeja putih yang telah kotor dengan kesan darah serigala dan tanah dan tanpa kasut kerana kasutnya telah diguna untuk meletakkan anak serigala yang baru kehilangan ibunya itu.

Skyler masuk ke dalam kereta kembali dan berfikir seketika.

"Disebabkan bulu kau hitam, apa kata aku bagi nama kau black?" Soal Skyler sendirian. Kemudian jejaka itu menggeleng laju.

"Buruknya black. No no. Nama lain." Skyler membebel sendirian lagi sambil melihat anak serigala di dalam kasutnya.

Kemudian matanya melihat ke arah ukiran di kasut yang menempatkan serigala kecil itu.

Ace.

"Yes! That's it. Nama kau Ace. Aku Ace Skyler dan kau..." Kasut itu diambil dan anak serigala itu dicuit lembut.

"Ace."

***

Dejavu.

"Ini kubur ibu dia." Skyler menunjuk ke arah satu timbunan yang mula ditumbuhi pokok.

"Dan ini kubur anak dia." Skyler tersenyum kecil lalu melihat kasut kulit miliknya yang terukir nama Ace di sisi kasut itu.

"You buat kasut tu untuk Ace?" Soal Victoria. Skyler menggeleng.

"Ini kasut aku. Disebabkan kasut inilah nama dia Ace." Skyler menjelaskan. Victoria berkerut dahi. Tidak faham.

Skyler meletakkan kasut itu di tengah tengah kubur Ace dan ibunya lalu nafas dihela.

"I'm sorry." Kubur ibu Ace disentuh.

"Aku dah cuba yang terbaik untuk jaga dia but I can't. I promised you that I will take care of your son but I can't. Maafkan aku." Bisik Skyler dengan suara yang sangat perlahan. Hanya untuk diri sendiri sahaja yang dengar.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now