CHAPITRE HUIT 🐺

9.3K 680 65
                                    

"Skyler." Sudah menjadi kewajiban pula pada Victoria untuk mencari kelibat Skyler setelah dia bangun dari tidur setiap pagi.

Hidungnya mula menghidu haruman Skyler meski dari jauh. Kuat betul aura mamat tu sehinggakan dia mampu menghidu jarak jauh. Atau, dia yang sudah terlalu angaukan Skyler.

Mata Victoria terhenti pada satu susuk yang sedang menumbuk punching bag bertalu talu. Segala urat di lengan dan lehernya kelihatan bersama titisan peluh yang menitis dari pelipis ke dagu.

Ditambah lagi dengan singlet hitam sahaja yang tersarung di tubuh lelaki itu.

Inikah lelaki yang Vanessa dan dia tidak mahu kahwini dulu?

Skyler menumbuk punching bag seolah olah bayangan seseorang kelihatan di punching bag itu.

.
.
.

"Why did you do this to me, Vanessa?"

"Sebab I dah tak boleh bersama you, I dah jadi isteri orang dah pun, move on lah!"

"Habis selama tiga tahun itu..apa?" Suara Skyler hampir tidak keluar memandang gadis yang berada di hadapannya. Bibir diketap menahan rasa sakit dihati.

"I'm sorry." Vanessa menunduk. Cincin kahwin ditangannya diperhati sebelum dia melepaskan nafas.

"I pregnant. Anak Bernard. Sorry." Vanessa akhirnya jujur.

Hampir berkecai hati yang sudah sedia retak mendengar pengakuan itu. Vanessa curang. Vanessa main kayu tiga di belakangnya.

"I will accept the baby eventho it's not mine. Jom lupakan semua ni dan mulakan hidup baru. I just.. I love you."

"You gila? I dah kahwin dengan Bernard, Skyler. Kami akan bina keluarga kami sendiri." Vanessa mula mengambil beg tangannya namun pantas tangan Skyler mencengkam lengan gadis itu.

"I love you."

Vanessa mengetap bibir dan memandang tangannya yang digenggam oleh Skyler sebelum tangan itu direntap kasar.

"I don't. Kalau you betul betul cintakan I, lepaskan I. Berhenti ganggu I dan biarkan I cari bahagia I sendiri dengan Bernard dan anak kami." Pinta Vanessa.

Dan saat itu, Skyler hanya mampu memandang kelibat gadis yang dijaga selama ini berlalu pergi setelah memecahkan setiap cebisan hatinya sehingga hati itu menjadi hilang sinar.

.
.
.

Skyler berhenti menumbuk apabila perasan kelibat seseorang sedang memerhatinya. Boxing glove ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Peluh dilap menggunakan tuala dan nafas kasar dihela.

"You nak air?" Soalan itu tiba tiba terpacul dari mulut Victoria. Liur ditelan melihat titisan peluh Skyler yang melencunkan singlet hitam jejaka itu.

Skyler memandang wajah Victoria yang mirip dengan Vanessa meskipun mereka bukan kembar.

"No."

Victoria membungkam seketika sebelum dia terus berlalu ke dapur. Peti dibuka dan botol air topicana twister diambil lalu dituang ke dalam gelas berisi ais. Gelas itu dibawa ke dalam bilik.

"Nah." Gelas itu dihulurkan pada Skyler. Skyler memandang gelas yang mengandungi air oren sejuk itu lalu mengambil dan meneguk rakus.

Victoria memerhati halkum Skyler yang bergerak gerak sewaktu meminum air. Hampir meleleh air liurnya melihat jejaka yang dikategorikan sebagai jejaka hot.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now