CHAPITRE TRENTE 🐺

9.1K 550 101
                                    

Bunyi loceng mematikan bicara kedua dua manusia itu.

"Biar aku tengok." Skyler terus bangun dari meja makan dan melangkah keluar ke ruang tamu. Pintu dibuka sebelum wajah seorang wanita muncul di pintu.

"Hai." Sapanya bersama senyum manis.

Skyler hanya diam dan menguak pintu rumahnya sebelum berlalu masuk. Wanita itu turut masuk tanpa dipelawa.

"Cantik rumah." Titiara melihat sekeliling kawasan rumah Skyler dan melabuhkan duduk di atas sofa.

"Nak apa." Skyler bersandar di dinding.

"Saja. Nak melawat anak I. You sihat?" Soal Titiara lembut. Hampir terkeluar tawa sinis dari Skyler sebelum jejaka itu berdehem seketika.

"Excuse me?" Sarkastik nada yang keluar dari bibir Skyler.

"Skyler, I tahu I banyak salah dengan you. I datang sini sebab I nak berdamai, kita berbaik ya? Dan pulang ke rumah. Simon nak sangat jumpa you. Dia menangis setiap kali bercakap tentang you sebab dia nak jumpa you." Titiara bangun dan mendekati Skyler namun jejaka itu mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Jangan dekat."

"Skyler.."

Skyler memanah tajam mata Titiara sehingga wanita itu turut terdiam dan terkelu melihat wajah Skyler.

"Okey, fine. I tahu I ni ibu yang teruk untuk you, I.."

"Kau bukan sahaja teruk, malah kau yang paling teruk diantara yang teruk. Maaf kau takkan dapat buat hati aku yang kau racun dulu sembuh. Jadi tolong jadikan ini kali terakhir kau jejakkan kaki kau di atas harta aku." Skyler memintas kata kata Titiara dan melihat wajah Titiara yang berubah.

Lily yang selesai mencuci pinggan mula keluar dari dapur dan dia terkedu melihat tetamu wanita yang datang ke rumah Skyler itu.

Terus mata Titiara menangkap kelibat gadis yang keluar dari dapur dan dahinya berkerut sedikit melihat tudung yang tersarung di kepala Lily. Gadis ini bukan Victoria yang selalu bersama Skyler dulu.

"You kata I teruk, tapi you pun teruk. Simpan perempuan simpanan di dalam rumah? A muslim girl? Wow." Titiara bernada sinis melihat gadis itu.

Skyler menoleh memandang Lily yang berada di hujung sudut ruang tamu.

Lily yang terasa dirinya diperhatikan turut melangkah mendekati Titiara dan Skyler.

"Err. Hai." Sapa Lily sambil tersenyum nipis memandang wanita yang seiras dengan wajah Skyler tetapi lebih tua. Mungkin ibu Skyler.

"Berapa Skyler bayar you untuk jadi pemuas nafsu dia?"

"Kau diamlah!" Skyler mula menaikkan tangan.

"Skyler!" Lily terus menarik baju Skyler menahan lelaki yang hampir melayangkan penampar ke wajah Titiara.

Skyler memejam matanya seketika dengan nafas yang berderu laju.

"Apa yang puan cakapkan ni?" Soal Lily perlahan dan lembut. Belakang Skyler digosok perlahan untuk menenangkan lelaki itu.

Skyler ialah seorang yang penyabar lebih lebih lagi dengan perempuan. Jadi, pastilah wanita di hadapan dia ini bukan sembarangan sehingga Skyler hampir naik tangan.

"Oh, nothing. I cuma kagum dengan perempuan muslim yang jual badan seperti you."

Lily terpanar.

"Astaghfirullah, kenapa puan cakap macamni? Saya masih ada maruah. Dan saya dengan Skyler bukan berdua dalam rumah ni, su..."

"Alah, you ni beria ria bela diri. I tak marah pun. Biasalah dunia sekarang kan semua perlukan duit. I tak salahkan you kalau you jual badan you pada Skyler demi duit." Titiara tersenyum manis memandang Lily dan Skyler.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now