CHAPITRE TRENTE-QUATRE 🐺

8.7K 663 99
                                    

"Hazzel dah okey. Doktor cakap dia cuma pengsan sebab demam panas." Skyler memandang Vanessa yang menunduk dari tadi.

Vanessa mengetap bibir sebelum pantas bangun dan memeluk Skyler serta menghamburkan tangisan di dada Skyler.

"I takut sangat tadi kalau jadi apa apa pada Hazzel." Tangis Vanessa. Skyler memandang Hazzel disebalik kaca wad VIP itu.

Hazzel cuma tidur kerana ubat tidur berdos rendah yang diberi pada Hazzel. Dengan cara ini, Hazzel boleh berada di bawah kawalan hospital untuk mengelakkan Vanessa terus mendera Hazzel di rumah.

"He's gonna be fine." Kata Skyler mendatar. Vanessa terus menangis.

"Aku kena balik. Kau jaga Hazzel, apa apa call je aku." Ujar Skyler sambil melepaskan pelukan. Vanessa angguk dan memandang kelibat jejaka itu yang semakin menjauh.

Air mata dilap dan bibir dicebikkan.

***

"Victoria?" Skyler memandang sekeliling rumah itu dan mencari Victoria. Tempat utama yang dituju semestinya bilik sendiri.

Pintu dibuka dan Skyler tersenyum kecil melihat si gadis yang tidur di atas katil miliknya. Skyler melangkah masuk ke dalam bilik lalu dia merenung wajah jelita yang sedang tidur itu.

"Victoria, hei." Perlahan lahan tubuh Victoria dikejutkan.

Gadis itu terus membuka matanya apabila terdengar suara garau Skyler masuk ke telinga. Ditangan jejaka itu terdapat plastik coklat dan makanan.

Mata dipejam kembali. Penat juga lah bergaduh dengan Titiara tadi.

"Victoria bangunlah. Aku belikan makanan ni. Makan jom." Skyler meletakkan plastik di atas meja dan mencium dahi Victoria seketika.

"Kau marah aku sebab keluar dengan Vanessa ke? Victoria, aku keluar demi Hazzel. Kesianlah dekat dia sebab dia tak bersalah pun, Hazzel tu kecil lagi. Lagipun Hazzel tu anak saudara kau juga." Jelas Skyler. Kemudian jejaka itu mengeluh.

"Aku minta maaf."

Victoria tersenyum kecil. Comel je dia minta maaf.

"Mana ada I marah you. I nak tidur, mengantuk tadi gaduh dengan Ti..." Bicara Victoria terhenti.

Alamak.

Skyler berkerut dahi.

"Kau bergaduh? Dengan siapa?" Soal Skyler laju. Victoria pantas menggeleng.

"Tak, I mimpi gaduh dengan Elijah. Haa Elijah! Eish geramnya I, nasib baik I menang tau even gaduh dalam mimpi?" Laju Victoria mereka cerita.

Jika dicerita perkara sebenar, memanglah Skyler akan mencari Titiara sekarang juga.

Skyler memandang Victoria dengan riak pelik sebelum bahu diangkat.

"Whatever. Jom makan, l'amour." Skyler mendukung Victoria. Terus terjerit gadis itu sambil melingkarkan tangan di leher Skyler.

Kemudian pipi Victoria mula memerah apabila Skyler merenungnya. Gadis itu memasukkan muka di celah leher Skyler dan leher jejaka itu dicium.

***

Hazzel memandang suasana sekeliling sebelum kanak kanak itu mula duduk di atas katil dalam keadaan bersila.

Mata memandang Vanessa yang baru masuk ke dalam wad nya bersama sebuah fail bersampul coklat.

"Ewah ewah senangnya hidup kau. Buat buat sakit lepastu menyusahkan aku?" Soal Vanessa sambil memeluk tubuh memandang anak tiga tahun itu.

Hazzel mula berganjak ke belakang sedikit kerana takut.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now