CHAPITRE TRENTE-SIX 🐺

9.1K 683 201
                                    

"Doktor cakap apa?" Soal Victoria sambil memandang Skyler yang sedang masuk sambil memegang plastik mainan buat Hazzel.

"Doktor cakap Hazzel mungkin kena PTSD. Jadi aku dah bayar pakar psikiatri untuk bantu Hazzel pulih balik." Ujar Skyler sambil duduk di atas katil dan memandang Hazzel yang sedang tidur.

"Kesian dia." Bisik Victoria sebelum dia mencium dahi Hazzel. Kesam berbirat dan lebam di lengan dan kaki Hazzel diperhati.

"You tak kisah ke kalau kita jaga Hazzel? I nak jaga dia." Pinta Victoria. Skyler tersenyum nipis dan kepala Victoria diusap lembut.

"Sure."

"Oh, harini Hunter dengan Franky nak datang kan?" Soal Victoria.

Skyler angguk.

"Diorang dah on the..."

"Daddy Daddy Daddy Daddy!"

Suara kanak kanak di ruang tamu membuatkan Skyler tertoleh. Senyumannya mula melebar dan dia melangkah keluar.

"Hi, sugar." Tubuh Healy dipeluk dan pipi si kecil sebaya Hazzel itu dicium.

"Arh!!! Ddy!" Bentak Noah apabila melihat daddynya mencium orang lain selain dia.

Cemburu!

Lily menggeleng dan meletakkan Noah di atas permaidani dan anaknya terus merangkak ke arah Skyler. Skyler mengambil anak Lily itu lalu diletakkan di atas ribanya.

"Nahhh!" Marah Noah apabila Healy mengambil tempat diatas riba Skyler tangan kecil gemuknya menolak Healy agar terjatuh.

"Orang nak duduk!" Marah Healy kembali. Noah mula ingin menangis.

"Paha aku ni ada dua. Kau duduk sini biar kak Healy duduk satu lagi. Jangan tamak." Menggeleng kepala Skyler melihat perangai dengki Noah.

Noah terus menangis apabila perlu berkongsi paha Skyler dengan Healy.

"Noah mari dengan umi." Lily ingin mengambil Noah namun Noah menjerit geram.

"Nakk Ddy!" Jerit Noah. Wajahnya mula kemerahan dan hingus juga meleleh keluar.

"Noah." Victoria yang baru keluar kerana terdengar rengekan Noah melangkah keluar dari bilik.

"Mmy.." Noah bersinar mata melihat Mummy Victoria.

"Eh eh awak ni." Lily menggeleng apabila anaknya mudah bertukar angin. Sekejap nak dengan Skyler, ni nampak Victoria terus berhenti menangis.

Noah terus turun dari riba Skyler dan merangkak ke arah tangga.

"Hello." Victoria tunduk dan mendukung Noah sebelum pipi gebu itu dicium geram. Kemudian gadis itu membawa Noah ke tempat Skyler.

"Mana budak tu?" Soal Hunter yang baru melangkah masuk bersama Franky.

"Tidur." Jawab Skyler.

"Hai Victoria." Senyuman Lily beri kepada Victoria. Gadis itu hanya membalas kekok.

"Okay memandangkan Hazzel tidur, I nak hidang makanan ni." Quinn Davieka menunjuk plastik makanan.

Hari ini mereka datang ke rumah Skyler untuk melihat kanak kanak yang diambil sebagai anak angkat oleh Skyler dan Victoria.

"Nak tolong." Lily menawarkan diri. Kemudian gadis itu terdiam apabila menerima renungan tajam dari birasnya.

"Franky, ikat bini you ni. Tak padan dengan mengandung sibuk nak tolong orang." Quinn Davieka mengecilkan mata melihat Lily.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now