CHAPITRE TRENTE DEUX 🐺

10K 618 110
                                    

Kaki berkasut tumit tinggi Louis Vuitton itu mula melangkah ke dalam kawasan lapangan terbang sebelum kaca mata dialihkan ke atas kepala. Mata biru memandang sekeliling kawasan lapangan terbang lalu bibirnya tersenyum lebar.

"Victoria!"

Laungan itu mematikan langkah si gadis berambut paras bahu itu sebelum dia menoleh dan melihat dua orang gadis sedang berlari ke arahnya.

"Oh my god! You're Victoria Abells, right?" Soal gadis pertama dengan wajah teruja. Victoria tersenyum sedikit dan mengangguk.

"Saya suka sangat tengok awak dekat fashion show. Awak cantik sangat." Luah gadis itu.

"Thank you." Victoria melihat gadis kedua mengeluarkan telefon pintar dari beg tangan.

"Boleh kita bergambar?" Soal gadis kedua dengan penuh berharap. Victoria menggosok lehernya dan mengangguk kecil.

Selesai sesi sapa menyapa itu, Victoria mengeluarkan mask berwarna hitam dari beg tangannya dan dipakai serta kaca mata hitam di atas kepalanya tadi disarung kembali.

Kaki melangkah keluar dari lapangan terbang menuju ke satu tempat.

Tempat yang akan menjadi kediamannya sekiranya dia pulang ke Malaysia. Sejak dari dahulu lagi.

Victoria memberhentikan kereta di hadapan banglo dua tingkat dan tersenyum lebar.

Rumah Skyler.

Terus kakinya melangkah keluar untuk menjenguk si kekasih hati. Pintu pagar yang tidak berkunci dibuka dan selamba sahaja dia masuk ke dalam rumah itu.

Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu, kedengaran tawa dari halaman tepi rumah Skyler.

Victoria mengerutkan dahi dan 1melangkah ke tepi rumah Skyler.

"Habis comotlah kau ni. Meh sini aku lap."

Mata biru Victoria menangkap kelibat jejaka yang sedang meriba seorang kanak kanak berusia tiga tahun dan tangan mengelap mulut si kanak kanak yang comot.

Victoria mengetap bibir dan berkerut dahi melihat keadaan itu. Anak siapa? Mustahil anak Skyler kerana kanak kanak lelaki itu sudah tiga tahun. Dan mereka berpisah tidak sampai sebulan.

"Hazzel."

Hampir terhenti jantung Victoria melihat Vanessa yang sedang duduk di hadapan Skyler bersama dua gelas air dan makanan ringan.

"Amboi, suka betul duduk dengan daddy ya?" Soal Vanessa sambil tergelak kecil dan mencubit lembut pipi Hazzel.

Hazzel Brayden. Anaknya bersama Bernard yang sudah dijatuhkan hak penjagaan ke atasnya. Juga menjadi salah satu kelebihan untuk dia memikat Skyler kerana Skyler sangat sukakan budak.

Hazzel yang sedang makan aiskrim di atas riba Skyler hanya diam dan menikmati aiskrim hasil dia menggeledah peti di rumah Skyler.

"Nanti hujung minggu you free? Kita boleh keluar jalan jalan." Satu idea timbul di dalam fikiran Vanessa. Skyler diam seketika.

"Aku sibuk."

"Takkan hujung minggu pun kerja lagi?" Soal Vanessa tidak puas hati. Skyler mengeluh. Bukan dia sibuk sangat pun, cuma dia tidak mahu keluar dengan Vanessa.

Rimas.

"Aku.."

"Dia dah janji nak keluar dengan I."

Satu suara mencelah serentak Skyler dan Vanessa menoleh.

Victoria tersenyum lebar sambil melangkah ke arah Skyler dan leher jejaka itu dipeluk dari belakang.

3 |   VILLAIN'S   [C]Where stories live. Discover now